Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 Dibuka Sekarang

Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015, SBBYEOS2015, Blogger Event, Denaihati Network, Yeo's Malaysia

Sekali lagi pihak Denaihati Network Sdn Bhd akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk kali ke 4 yang memberi peluang kepada para blogger untuk berkenalan antara satu sama lain dan bersua muka di alam nyata. Pada tahun ini, majlis SBB 2015 ini diadakan dengan kerjasama pihak Yeo’s Malaysia yang menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Pihak Yeo’s telah bersama-sama menjayakan majlis ini sejak 2014.

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015


Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 akan membawa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini, majlis akan diadakan dengan aktiviti di luar dewan. Acara akan diadakan di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015, bermula jam 8:00 pagi dan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pagi untuk acara Blogger Treasure Hunt dan sesi petang acara Blogger Sharing Session.

Setakat ini, pihak The Sumbs, eQurban Resources Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya telah sudi untuk sama-sama menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini. Sekiranya syarikat tuan puan ingin menaja majlis ini, boleh hubungi pihak Denaihati Network untuk maklumat selanjutnya.
Tuan Haji Amir Denaihati, Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Tuan Haji Amir Denaihati Network mengumumkan tarikh rasmi #SBBYEOS2015

Hashtag rasmi adalah #SBBYEOS2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent


Acara treasure hunt dengan pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Hadiah berjumlah tunai RM5000.00 akan disediakan untuk peserta yang menyertai treasure hunt ini. Selain itu, terdapat hadiah-hadiah lain seperti iPhone 6, Samsung Note Edge dan pelbagai lagi hadiah lain menanti para peserta yang menyertai SBBYEOS2015 pada tahun ini.

Pihak Yeo’s juga akan menganjurkan Yeo's Sitkom Blog Kontes untuk memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015. Kontes yang menawarkan hadiah GoPro Hero 4 sebanyak 3 unit untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman contest ini daripada pihak Denaihati Network.
pengumuman Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Sesi Soaljawab bersama Penaja Yeos dan The Sumbs

Pendaftaran SBBYEOS2015 Dibuka Sekarang!!!


Pendaftaran untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 akan dibuka mulai hari ini dan para peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari halaman rasmi SBB di www.sbb.my. Yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta.

Sebarang pertanyaan atau kemusyikilan boleh ajukan kepada mana-mana team Denaihati atau emel terus ke admin@denaihati.com

Gambar Rakan Blogger Sesi Pengumuman Rasmi SBBYEOS2015


Saya berkesempatan mengambil beberapa gambar bersama blogger-blogger hebat yang hadir dalam sesi pengumuman rasmi Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 ini. Semoga segala urusan dan majlis SBBYEOS2015 ini akan berjalan dengan lancar dan meriah.
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Tuan Haji Denaihati.com, Shakiddo.com, BroFramestone.com, HalimBrothers.com
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
PendekarBerkuda.org, AbangHensem.com, ProfHaris.com
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Sohoque.com, MelastikBintang.com, Eizil.com, Anarm.net
maaf yang sebelah bro Eizil tu lupalah.. baru je kenal tadi.. jangan hiraukan yg belakang sekali tu huhu.. :D
Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Kredit gambar FB bro Kid - shakiddo.com

Jom kita merapatkan silaturrahim. Blogger-blogger seluruh tanahair akan berkumpul lagi tahun ini. Jom Bloggers.. kita jumpa kasi gegar Putrajaya!!!.. :D


COMMENTS

BLOGGER: 60
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 Dibuka Sekarang
Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 Dibuka Sekarang
Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015, SBBYEOS2015, Blogger Event, Denaihati Network, Yeo's Malaysia
https://4.bp.blogspot.com/-YzWfP_V0YYk/VVswNYJOfjI/AAAAAAAAKD8/WZS5LYcb_kE/s640/Pendaftaran%2BSepetang%2BBersama%2BBlogger%2B%26%2BYeos%2B2015.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-YzWfP_V0YYk/VVswNYJOfjI/AAAAAAAAKD8/WZS5LYcb_kE/s72-c/Pendaftaran%2BSepetang%2BBersama%2BBlogger%2B%26%2BYeos%2B2015.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/pendaftaran-sepetang-bersama-blogger.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/pendaftaran-sepetang-bersama-blogger.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy