Saat Berharga Bersama Yusuf Islam

Yusuf Islam, Cat Stevens, Mengapa saya masih memetik gitar, Pelancaran buku Institut Terjemahan Buku Malaysia, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,

Alhamdulillah… pada petang Jumaat yang berkat (1/5/2015), dengan izin Illahi saya berpeluang bertemu Yusuf Islam sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Ia bersempena pelancaran buku beliau bertajuk Mengapa Saya Masih Memetik Gitar (Why I Still Carry A Guitar) anjuran Institut Terjemahan Buku Malaysia. Pengalaman tersebut merupakan saat keemasan. Mungkin sekali dalam seumur hidup ini saya berpeluang bersalaman, berbicara dan mendapat autograf untuk koleksi buku penulisannya. Satu penghormatan berharga walaupun cuma seketika…
Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Sesi autograf Yusuf Islam : Mengapa Saya Masih Memetik Gitar

Mengenali Yusuf Islam / Cat Stevens


‘Oh baby, baby it’s a wild world.. It’s hard to get by, just upon a smile’

Masih saya ingat berkumandangnya lagu ‘Wild World’ di corong radio pada satu malam tahun 1987. Ketika saya masih bersekolah darjah 5 dan merupakan waktu-waktu terawal menjinakkan diri mendengar lagu-lagu Inggeris. Ia memikat hati sewaktu pertama kali mendengarnya dan ingin mengetahui siapakah penyanyi lagu tersebut. Itulah antara pengalaman yang tetap segar dalam ingatan mengenali Cat Stevens yang telah memeluk Islam bernama Yusuf Islam.

Sewaktu mula mengenali lagu-lagunya, nama Cat Stevens merupakan antara ikon yang mempengaruhi jiwa muda saya, apatah lagi bila mengetahui beliau telah memeluk Islam. Secara jujur, lagu beliau menjadi inspirasi saya mempelajari bahasa Inggeris disamping menarik minat mempelajari gitar pada tahun-tahun seterusnya. Atas sifat ingin tahu, saya sentiasa mencari maklumat karya-karya Cat Stevens sewaktu dunia masih asing dengan apa itu 'world wide web'.
Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Menyampaikan ucapan sebelum sesi autograf

Di sini saya sertakan biodata beliau berdasarkan buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar untuk pengetahuan bersama. Yusuf Islam dilahirkan pada 21 Julai 1948 di London. Selain tersohor sebagai pendidik dan aktivis Islam berketurunan British, beliau juga masih dikenali dan disanjungi oleh jutaan peminat muzik di seluruh dunia sebagai Cat Stevens. Memeluk Islam pada 23 Disember 1977, beliau antara saudara baru yang paling dikenali di dunia dan menjadi pendukung aktif dalam pendidikan Islam di United Kingdom. Beliau ialah pengasas Muslim Aid yang merupakan artis dan penerbit perintis bagi nasyid Islam dalam bahasa Inggeris. 
Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Foto Fb Page Institut Terjemahan Buku Malaysia

Saat Pertemuan Dengan Yusuf Islam


Saya sangat berpuas hati apabila dapat menyampaikan apa yang terhasrat di hati pada kesempatan bertemu beliau. Justeru, saya pahatkan saat berharga perbualan yang diterjemahkan sebagai suntikan inspirasi kehidupan diatas landasan perjalanan hambaNya di muka bumi ini... in shaa Allah.

Saya : "Assalam tuan.. saat ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya dapat bertemu dan bersalaman dengan tuan. Saya antara penggemar karya-karya tuan sejak di zaman persekolahan lagi. Saya membesar dan belajar gitar antaranya dengan lagu-lagu tuan…"

Yusuf Islam : "Waalaikummussalam... Apa lagu yang paling diminati dan dimainkan tu?"

Saya : "Oh baby, baby it’s a wild world…" (bernada secara perlahan)… "Wild World tuan..., Peace Train.. Moonshadow.." (sambil tersenyum). "Anak saya juga menggemari lagu-lagu baru tuan, antaranya.. I look, I look, I look I see…" (bernada sambil tersengeh).

Yusuf Islam : "Saya amat menghargainya.. terima kasih" (sambil melihat dengan senyuman sebelum menandatangani autograf ).

Saya : "Allah tidak mengizinkan bertemu tuan sewaktu saya menuntut di Wolverhampton, begitu juga sewaktu menetap di London. Pertemuan ini sememangnya tidak saya sangka.. syukur Alhamdulillah.. mungkin sekali dalam hidup ini bertemu ‘my greatest icon’… amat berharga buat saya walaupun cuma seketika."

Yusuf Islam : "Alhamdulillah… Bila diizinkan, pasti kita bertemu sesuai dengan aturanNYA. Terima kasih sekali lagi Khir Khalid. Semoga diberkati dalam apa jua yang dikerjakan, in shaa Allah."

Saya : "Aamiin.. Terima kasih kembali tuan" (sambil bersalam kali kedua mengakhiri pertemuan).

Tercapai juga hasrat meninggalkan kad nama sekadar kenangan yang menambah kegembiraan hati ini… Alhamdulillah… syukur ke hadrat Illahi atas jodoh pertemuan aturan Mu ini.
Azree Ariffin, Khir Khalid, Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Bersama saudara saya yang kebetulan bertugas di sini.
Beliau juga ada menulis blog dan boleh dilawati di sini >> www.azreeariffin.blogspot.com

Yusuf Islam : Mengapa Saya Masih Memetik Gitar


Buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar mengisahkan perjalanan kerohanian Cat Stevens menjadi Yusuf Islam. Setelah 25 tahun menyepi, beliau kembali memetik gitar untuk mengadunkan kepercayaan dan kerjayanya. Beliau sentiasa berusaha mendalami maksud sebenar Islam setelah mengkajinya selama lebih dua dekad. Buku yang terkandung kisah yang amat menarik terutamanya buat diri ini sebagai penggemar muzik dan gitar sebagai instrument pilihan.
Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Penghargaan buat kak long dan abang ngah yang sudi menemani, tolong ambil gambar
dan memahami obsesi bapanya... terima kasih sayangku..

Hasil kerja dan usaha Yusuf Islam dalam bantuan kemanusiaan dan pendidikan diiktiraf di seluruh dunia. Inisiatif beliau telah membantu menyelamatkan sekolah Islam pertama yang dibiayai oleh kerajaan British. Yusuf Islam dianugerahkan World Social Award pada 2003 dan Man for Peace 2004. Beliau juga dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah daripada University of Gloucestershire dan University of Exeter, United Kingdom.

Yusuf Islam Foundation kini terlibat dalam penubuhan Maqam Centre iaitu Pusat Budaya dan Pameran di London Utara. Kini Yusuf sekeluarga menetap di Emiriah Arab Bersatu. Usaha beliau dalam bidang pendidikan diteruskan melalui yayasan dan laman web beliau www.mountainoflight.com.

Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar

Saat berharga bersama Yusuf Islam… walaupun seketika, ia membawa erti yang besar buat diri dalam pengalaman hidup ini… subhanallah walhamdulillah.


Artikel lain yang terkait:


COMMENTS

BLOGGER: 30
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Saat Berharga Bersama Yusuf Islam
Saat Berharga Bersama Yusuf Islam
Yusuf Islam, Cat Stevens, Mengapa saya masih memetik gitar, Pelancaran buku Institut Terjemahan Buku Malaysia, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,
http://1.bp.blogspot.com/-aU5UcaQUD7M/VUZaSD403_I/AAAAAAAAJ10/Vq_8KJIBPSc/s1600/Pelancaran%2Bbuku%2BYusuf%2BIslam.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-aU5UcaQUD7M/VUZaSD403_I/AAAAAAAAJ10/Vq_8KJIBPSc/s72-c/Pelancaran%2Bbuku%2BYusuf%2BIslam.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/saat-berharga-bersama-yusuf-islam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/saat-berharga-bersama-yusuf-islam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy