Aspirasi Bersama Yasmin Hani #Dedicated2Cikgu

Yasmin Hani, #Dedicated2Cikgu, Kempen Hari Guru, INTI International University and College, Kempen Dedicated2Cikgu bersama artis,

Pada 22 Mei 2015 (Jumaat), sesi temubual bersama personaliti televisyen terkenal, Yasmin Hani telah diadakan untuk beliau berkongsi pengalaman di zaman persekolahan. Ia merupakan sebahagian intipati kempen #Dedicated2Cikgu anjuran INTI International University and Colleges sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru di Malaysia. Sesi temubual berlangsung bersama rakan media di kampus INTI, Subang Jaya, Selangor.

Yasmin Hani #Dedicated2Cikgu

Apa Itu #Dedicated2Cikgu  


#Dedicated2Cikgu merupakan kempen menghargai seluruh guru dengan menggalakkan para-pelajar sekolah mengabadikan kata-kata ucapan sempena Sambutan Hari Guru. Kempen ini bermula pada tahun 2012 dengan menyampaikan 40,000 bunga ros kepada guru-guru di 400 buah sekolah seluruh Malaysia. Kovensyen Hari Guru juga telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Atas sambutan yang menggalakkan, tema INTI, “Sharing Your Best Teaching Moments” pada kempen #Dedicated2Cikgu pada 2013 telah menyaksikan penglibatan guru-guru berkongsi pengalaman paling indah sebagai guru menerusi laman web INTI. Pada 2014, INTI telah memperkenalkan ‘microsite’ kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mengabadikan ucapan penghargaan mereka melalui ‘#Dedicated2Cikgu 1.0 Campaign’.

#Dedicated2Cikgu, INTI International University and Colleges

Kini INTI meluaskan kemeriahan kempen ini kepada ‘#Dedicated2Cikgu Campaign 2.0’, dimana ucapan penghargaan pelajar kepada guru yang terpilih akan diumumkan oleh artis-artis tempatan terkenal iaitu Rozita Che Wan, Amar Asyraf, Elfira Loi, Fizz Fairuz dan FORTEEN. Tahun 2015 ini, INTI telah menerima lebih 700 ucapan daripada lebih 100 sekolah di seluruh Malaysia. Seramai 150 ucapan guru dan pelajar terpilih akan menerima ganjaran menarik.

Perkongsian Yasmin Hani sempena #Dedicated2Cikgu


Sesi perkongsian Yasmin Hani mengingatkan kembali guru-guru yang telah mengajar beliau. Pernah bersekolah dibeberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur, antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lee Rubber Setapak, Sekolah Menengah Chong Hwa Gombak, Pin Hwa High School Klang, Sekolah Sri Inai sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Jeram, Kuala Selangor sewaktu di tingkatan 4. Pengalaman melalui kepelbagaian budaya persekolahan merupakan satu nostalgia menarik yang beliau kongsikan.

Yasmin Hani, #Dedicated2Cikgu

Antara guru yang dikenang adalah Cikgu Ali, Sir Dorai, Cikgu Salbiah dan Ms Lopes yang merupakan guru kelas beliau. Manakala Mr Loy adalah ‘the best teacher’ dalam sejarah persekolahan. Selain itu, beliau masih mengingati jasa seorang guru yang sanggup melapangkan masa duduk bersama agar apa yang diajarkan dapat difahami murid sepenuhnya. Ia merupakan contoh kesabaran dan keperihatinan jasa dan pengorbanan guru yang patut menjadi inspirasi ikutan kepada semua warga pendidik.  

Sebagai pelajar, beliau juga pernah nakal namun tidak pernah menyusahkan kedua ibu bapa dan keluarga. Menyentuh soal kepimpinan, Yasmin Hani pernah dilantik sebagai pengawas. Pengalaman mencabar sebagai pengawas ialah apabila ditugaskan menjaga kelas pelajar-pelajar nakal dan berjaya menyempurnakan tugasan tersebut dengan sebaiknya. Guru juga merupakan antara faktor yang membentuk beliau sentiasa berkeyakinan dan berfikiran positif dalam kerjaya serta kehidupan.

#Dedicated2Cikgu

Pesanan Yasmin Hani Sempena #Dedicated2Cikgu


Sebagai seorang personaliti televisyen yang turut terlibat dalam pembangunan sosial dan kebajikan membantu gelandangan, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada guru-guru atas usaha dan pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Beliau juga mengingatkan pelajar-pelajar seluruhnya agar menghargai guru dengan memanamkan sifat ketekunan dalam pembelajaran serta sentiasa prihatin dengan apa yang guru sampaikan sebagai wadah ilmu demi kejayaan di masa hadapan.

Khir Khalid, Yasmin Hani, #Dedicated2Cikgu

Beliau turut menyatakan pandangan tentang cabaran guru-guru masa kini yang agak berbeza dengan waktu-waktu sebelumnya. Justeru, kesabaran, keperihatinan dan kreativiti setiap guru dalam mendidik murid-murid era informasi di hujung jari ini sangat penting dan perlulah bersesuaian dengan peredaran masa agar mampu menarik minda generasi kini menerima ilmu dengan sebaiknya. 

Kempen #Dedicated2Cikgu ini juga merupakan salah satu cara terbaik menyuntik kesedaran serta merapatkan lagi hubungan guru dan murid masa kini untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.


COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Aspirasi Bersama Yasmin Hani #Dedicated2Cikgu
Aspirasi Bersama Yasmin Hani #Dedicated2Cikgu
Yasmin Hani, #Dedicated2Cikgu, Kempen Hari Guru, INTI International University and College, Kempen Dedicated2Cikgu bersama artis,
https://3.bp.blogspot.com/-4fyedIfSLew/VWAG0zen1JI/AAAAAAAAKGw/rZ7ALDV5LMY/s640/Yasmin%2BHani%2B%2523Dedicated2Cikgu.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-4fyedIfSLew/VWAG0zen1JI/AAAAAAAAKGw/rZ7ALDV5LMY/s72-c/Yasmin%2BHani%2B%2523Dedicated2Cikgu.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/temubual-bersama-yasmin-hani.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/temubual-bersama-yasmin-hani.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy