Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya

Yeo's Malaysia, Sinari kemuliaan Ramadhan bersama Yeo's, Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya, WeChat Yeos,

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad, pelopor produk minuman yang dipercayai ramai dengan penjenamaan Yeo’s, telah melancarkan sebuah program mesra Ramadan iaitu Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya sebagai pengisian bermanfaat di bulan yang mulia. Pada Isnin 25 Mei 2015, saya berpeluang menghadiri majlis pelancaran Beramal Bersama Bintang undangan Denaihati Network yang berlangsung di Grand Ballroom A, Aloft KL Sentral.

Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya

Yeo’s Beramal Bersama Bintang Dan Menangi RM 300,000 Duit Raya!!!


Kempen Yeo’s: Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya ini bertujuan menggalakkan amalan menderma untuk golongan yang memerlukan. Apa yang lebih menarik, setiap sumbangan yang disalurkan melalui penyertaan di WeChat memberi peluang kepada anda untuk memenangi duit raya sehingga RM300,000.00!!!

Kempen ini bermula pada 25 Mei sehingga 5 Julai 2015. Terdapat banyak ‘duit raya’ lumayan yang boleh anda rebut. Pemenang bertuah akan memenangi Hadiah Utama sejumlah RM30,000.00, hadiah ke-2 RM15,000.00 dan pemenang ke-3 sejumlah RM10,000.00. Disamping itu, para peserta turut berpeluang merebut 42 Hadiah Harian yang ditawarkan iaitu duit raya berjumlah RM3,000.00 untuk setiap pemenang. Dalam masa yang sama, 10 pemenang bertuah juga boleh mengaut sebanyak RM300.00 yang ditawarkan sepanjang 42 hari tersebut.
Majlis pelancaran Yeo’s : Beramal Bersama Bintang
Majlis Pelancaran Yeos; Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya

Yeo’s Mengajak Warga Malaysia Beramal Bersama Bintang


Majlis pelancaran yang diadakan turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang-bintang terkenal tanah air yang terlibat dalam kempen Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya. Bintang-bintang popular seperti Akim Ahmad, Atikah Suhaimie, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi telah dibahagikan dalam pasukan dan diwakili dengan rangkaian minuman Yeo’s serta rumah kebajikan masing-masing untuk dibantu.

Pasukan 1
Akim Ahmad : (Yeo’s Yeogurt) - Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Atikah Suhaime : (Yeo’s Yeogurt) - Teratak Nur Barakah, Shah Alam

Pasukan 2
Nad Zainal : (Yeo’s Krisantimum) - Pertubuhan Nur Kasih, Klang
Ajak Shiro : (Yeo’s Teh Kundur) - Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang

Pasukan 3
AG : (Yeo’s Laici) - Rumah Aman, Sungai Buloh
Heliza Helmi : (Yeo’s Soya) - Rumah Opah Hasnah, Klang
Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Sesi beramah mesra Yeos: Beramal Bersama Bintang

Jumlah sumbangan yang dapat didermakan oleh bintang-bintang bergantung pada sokongan anda dan semua lapisan masyarakat. Setiap satu unit minuman Yeo’s mewakili satu nilai derma yang diperolehi. Dengan penerimaan rekod WeChat sebanyak 50,000 derma mata, pasukan bintang tersebut akan dapat mengumpul RM3,000.00 lalu disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili masing-masing.

Nilai sumbangan 100,000 derma mata akan mengumpul RM5,000 dan 250,000 derma mata akan mendapat RM10,000.00. Ingin memberi lebih lagi, Yeo’s akan menambah RM10,000.00 kepada produk diwakili pasukan bintang yang berjaya mencatat jumlah derma yang paling tinggi. Justeru, kumpulan bintang mana yang akan mengungguli tangga pertama adalah bergantung kepada sokongan anda.
Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Perasmian Beramal Bersama Bintang yang disempurnakan oleh
Ketua Operasi Yeo's, Mr Ong Chay Seng
Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Sesi temubual Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya
Ajak Shiro bersama Khir Khalid
Sempat minta rakan tolong snap gambar dengan Ajak Shiro.. :D

Cara Menyertai WeChat Yeo's Beramal Bersama Bintang


Cara-cara menyertai Kempen Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya ada saya sertakan di bawah. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah yang disediakan. Maaf juga kerana borang di gambar tersebut sedikit renyuk disebabkan terhempap bersama-sama produk minuman Yeo's yang saya dapat untuk dibawa pulang semalam.. :D
WeChat Yeo’s : Beramal Bersama Bintang
Langkah-langkah menyertai juga boleh di rujuk di laman rasmi Yeo's yang disediakan di bawah artikel ini
WeChat Yeo’s : Beramal Bersama Bintang
Cara mengikuti akaun rasmi WeChat Yeo's Malaysia

Sumbangan Terkumpul Beramal Bersama Bintang


Sumbangan yang terkumpul akan diserahkan ketika lawatan ke rumah-rumah kebajikan di Kem Ramadhan Yeo’s yang bakal berlangsung pada 11 Julai 2015 di Shah Alam. Kem Ramadhan Yeo’s ini hanya terbuka kepada 300 orang. 

Satu siri aktiviti “Jumpa & Salam” dengan bintang-bintang kempen Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya juga akan berlangsung di MYDIN Mall seperti yang telah dijadualkan berikut:

MYDIN Mall USJ, Subang Jaya - 30 Mei 2015 (2:00 - 4:00 petang)
MYDIN Mall Gong Badak, Terengganu – 6 Jun 2015 (2:00 - 4:00 petang)
MYDIN Mall Parit Buntar, Perak – 7 Jun 2015 (2:30 - 4:30 petang)
MYDIN Mall MiTC, Melaka – 13 Jun 2015 (2:30 - 4:30 petang)
Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Jom kita beramal bersama bintang-bintang tanah air sempena Ramadan ini

Jom sertai sekarang!!... Marilah kita beramal bersama Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi dan AG pada Ramadan ini. Untuk mengetahui cara penyertaan, layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau menghubungi talian di 1 300-80-2828 

  

COMMENTS

BLOGGER: 35
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya
Yeo's Malaysia, Sinari kemuliaan Ramadhan bersama Yeo's, Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya, WeChat Yeos,
https://3.bp.blogspot.com/-a4X_L_m6b8k/VWPP8d2qd1I/AAAAAAAAKJU/DtbyVxQky2w/s640/Yeos%252C%2BBeramal%2BBersama%2BBintang.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-a4X_L_m6b8k/VWPP8d2qd1I/AAAAAAAAKJU/DtbyVxQky2w/s72-c/Yeos%252C%2BBeramal%2BBersama%2BBintang.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/yeos-beramal-bersama-bintang-dan-menang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/yeos-beramal-bersama-bintang-dan-menang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy