Berbelanja Secara Berhemah Di Bulan Ramadan

Shopping secara berhemah, Kempen Taja Shopping Raya, Projek Iqra',

Seperti yang kita sedia maklum, Ramadan merupakan bulan yang melatih dan mendidik kita untuk menahan diri dari pujukan hawa nafsu sendiri. Berbelanja di bulan Ramadan, ada yang sudah merancang bajet kewangan dengan menyimpan pada bulan-bulan sebelumnya untuk dibelanjakan secara berhemah sebagai persiapan menyambut Syawal. Namun, di bulan Ramadan ini juga adakalanya mampu membuatkan kita 'bershopping sakan' melangkau batas norma waktu kebiasaan.

Berbelanja di bulan Ramadan

Persaingan Pasaran Di Bulan Ramadan


Sebagai pembeli dan pengguna, kita biasanya mudah terpesona dengan pelbagai promosi yang ditawarkan di bulan Ramadan ini. Hakikatnya setiap kali menjelang musim perayaan, peniaga sama ada di pusat membeli belah hingga deretan kedai dan bazar-bazar pasti akan menjaja promosi seperti ‘diskaun 70 peratus’, ‘harga terus dari kilang’, ‘beli 1 percuma 1’ dan pelbagai lagi.

Ia tidaklah bersalahan malah menceriakan lagi hati kita untuk mendapatkan sesuatu yang berbaloi dengan jumlah yang dibelanjakan. Namun, perlulah juga kita sedar ia merupakan pendekatan peniaga bagi mewujudkan tarikan pasaran dalam bersaing meningkatkan pendapatan jualan. Kita yang pada asalnya tidak terlintas untuk membeli adakalanya teruja dan terus membeli tanpa berfikir panjang. Lebih memburukkan ada juga yang teruja berbelanja seperti ‘tak ingat dunia’... wallahualam.

Berbelanja Secara Berhemah Dan Berhati-Hati


Selagi mana strategi jualan yang dilakukan tidak melanggar syarat perundangan dan syarak, ia sememangnya tidak menjadi satu kesalahan. Apa yang diharapkan agar peniaga tidaklah mengambil kesempatan menganiaya pembeli dengan menjual sesuatu yang tidak bertepatan dengan apa yang dicanangkan. Peniaga juga harus merealisasikan amalan tanggungjawab sosial sebagai kaedah pemasaran jangka panjang keuntungan perniagaan.

Bershopping Ramadan

Apa pun, kuasa membeli ditangan kita. Berbelanjalah dengan berhemah di bulan Ramadan yang mulia ini agar tidak hanyut dengan penawaran ‘diskaun hebat’ sehingga taksub dan menjadi mangsa bisikan nafsu atau taktik penipuan peniaga yang tidak beretika. Ia menjadi peringatan buat diri ini juga kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Kempen Taja Shopping Raya 2015


Kesempatan ini, saya sekali lagi ingin memanjangkan pesanan khidmat masyarakat untuk kita sama-sama membantu insan-insan yang memerlukan. Persatuan Projek Iqra’ SeMalaysia sedang menjalankan Kempen Taja Shopping Raya 2015 bagi mengutip sumbangan daripada sokongan ramai.

Sumbangan anda akan digunakan untuk menaja persiapan Hari Raya Aidilfitri anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra’. Tajaan adalah berjumlah RM 200.00 untuk seorang penerima manfaat.
Kempen Taja Shopping Raya 2015
Taja seorang penerima manfaat = RM 200.00
600 penerima manfaat untuk ditaja, kini berbaki 226 orang

Mudah-mudahan sokongan dari anda pembaca yang dihormati sekelian dapat menceriakan jiwa anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf ini di bulan Ramadan dan menyambut Syawal. Semoga berkat Ramadan terus berpanjangan menyinari kehidupan di dunia dan akhirat… aamiin.

Untuk tajaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Projek Iqra’ dan juga laman web Projek Iqra’ >>> http://bitly.com/shoppingraya2015


COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Berbelanja Secara Berhemah Di Bulan Ramadan
Berbelanja Secara Berhemah Di Bulan Ramadan
Shopping secara berhemah, Kempen Taja Shopping Raya, Projek Iqra',
https://2.bp.blogspot.com/-un6AUDakj7g/VYW4dzorT6I/AAAAAAAAKfA/UusihSvBqI0/s640/Waspada%2Bbershopping%2Bdi%2Bbulan%2BRamadan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-un6AUDakj7g/VYW4dzorT6I/AAAAAAAAKfA/UusihSvBqI0/s72-c/Waspada%2Bbershopping%2Bdi%2Bbulan%2BRamadan.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/06/berbelanja-secara-berhemah-di-bulan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/06/berbelanja-secara-berhemah-di-bulan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy