Majlis Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL

Pada Isnin 29 Jun 2015, telah diadakan Program Temu Seru Dan Majlis Iftar anjuran Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur (Parol WPKL) bertempat di Rumah Perantaraan WPKL, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis iftar yang diadakan bertujuan mengambil kesempatan dibulan mulia ini mengeratkan silaturrahim bersama agensi-agensi, ketua-ketua komuniti, ODP termasuk sukarelawan dan kumpulan sokongan motivasi Parol dan koreksional.

Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur

Program Temu Seru Dan Iftar Bersama Parol WPKL


Program Temu Seru Dan Iftar bersama Parol WPKL bermula pada jam 6 petang dengan sesi temu mesra bersama-sama. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan serta penyampaian cenderahati kepada tetamu yang hadir. Saya juga bersyukur kerana diberi kesempatan masa menghadiri majlis, menjalin kemesraan disamping menikmati juadah iftar bersama-sama. Berkesempatan juga merakamkan beberapa gambar untuk diabadikan di blog ini buat tatapan maya.

Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur
Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur
Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur

Majlis ini juga telah menemukan saya dengan beberapa rakan seperjuangan yang lama tidak berkesempatan bertemu. Selain itu, saya berpeluang menambah kenalan dengan wakil komuniti dan agensi sekitar Kuala Lumpur yang baharu. Melalui perbualan, kami juga berkesempatan bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan yang menjurus melahirkan beberapa hasrat perancangan untuk dilaksanakan demi kebaikan motivasi insan dan masyarakat yang disasarkan kelak.

Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur
Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur
Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WP Kuala Lumpur

Majlis Iftar Memperkasa Masyarakat Sejahtera          


Majlis iftar menikmati juadah berbuka yang dihidangkan dinikmati bersama sejurus selesai menunaikan solat Maghrib sehingga jam 8:30 malam bagi membuka laluan hadirin menunaikan solat terawih. Perjalanan majlis yang ringkas namun penuh dengan pengisian yang murni. Semoga dipermudahkan segala hasrat untuk kebaikan masyarakat dan negara… aamiin.

Iftar Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur. 
Ia merupakan sebahagian Perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutama jenayah berulang 
demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di bawah
Parol dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


13 comments:

  1. Semoga perancangan KK dan rakan2 dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. aktiviti kemasyarakatan tanggungjawab bersama kan...

    ReplyDelete
  3. Mesti berbual onjg ni... da berjumpa kwn2 la kt kn... ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat berbuka berpuasa.
    Moga Parol WPKL akan terus mangadakan aktiviti2 yang lebih 'mantop' untuk menbantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  5. majlis yg dpt eratkan ukhuwah ...

    ReplyDelete
  6. seronok dapat berbuka reramai camni kan
    lagipun bukan selalu, siap dapat jumpa kawan lama lagi =)

    ReplyDelete
  7. Bagus juga kan dapat bertemu kembali dengan rakan lama...

    ReplyDelete
  8. Apalah juadah nyer tu yer....meriah nampak..

    ReplyDelete
  9. iftar beginilah baru boleh eratkan silaturrahman :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.