Mentor Inspirasi Kerjaya Dan Keusahawanan

Ikon dan Mentor sebagai inspirasi kerjaya dan keusahawanan, kenali mentor yang sesuai, motivasi usahawan,

Saya pernah putus semangat ketika menghadapi kekalutan kerjaya yang punah satu ketika dahulu. Saya tidak dapat tidur dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sewaktu kekusutan saya cuba mencari semangat baru dengan pelbagai cara yang mampu dilakukan seorang insan. Selain doa dan tawakal, terdetik dalam hati yang saya perlu mencari kekuatan melalui kisah seseorang yang mungkin pernah mengalami kekalutan dan menempuhi segala ujian hingga kembali berjaya. Saya perlu belajar dari seseorang yang layak untuk saya contohi berdasarkan situasi yang ditempuhi… 

Mentor motivasi dan jutawan

Motivasi Ikon Dan Mentor Dalam Kerjaya


Motivasi ikon dan mentor bukan sekadar kejayaannya, tetapi menimba ilmu tentang sesuatu perkara yang terkait dengan situasi yang kita tempuhi. Justeru, saya mula memilih ikon dan mentor yang paling sesuai. Memandangkan keadaan ketika itu yang agak ‘senak’… saya hanya mampu menjadikan buku sebagai tapak menimba ilmu. Perkongsian individu yang paling sesuai untuk saya jadikan pencetus inspirasi semangat dalam kerjaya dan kehidupan.

Saya banyak membaca tentang kejayaan ikon usahawan yang dikenali ramai. Namun diwaktu kesempitan hidup, kisah-kisah ikon tersohor tidak semua berjaya memotivasikan diri ini. Saya mula meneliti pandangan beberapa ikon dan mentor melalui pembacaan yang benar-benar sesuai dan mampu dicerna minda yang sedang 'stress' dan serabut. Antaranya saya kongsikan secara ringkas di artikel ini.

Buku motivasi keusahawanan

Ikon Dan Mentor Antarabangsa Pilihan


1. Robert T Kiyosaki
Saya diperkenalkan oleh seorang rakan niaga pada tahun 2000 dengan penulisan mentor jutawan dan ‘public speaker’ yang sedang meningkat naik ketika itu bernama Robert T Kiyosaki. Pada mulanya saya hanya sekadar membaca untuk menambah pengetahuan. Tetapi sewaktu susah, buku beliau menjadi pencetus saya merenung kembali dan mengkaji kesilapan yang berlaku. Ia memotivasikan saya untuk mendalami lagi ilmu melalui pelbagai buku penulisan beliau. Perkongsian ilmu sangat bernilai bagi yang serius memperkasa bidang keusahawanan sebagai kerjaya.

2. Warren Buffett
Memandangkan saya pernah berkecimpung dalam bidang pelaburan, Warren Buffett adalah seorang ikon billionaire yang berani dan tidak pernah berputus asa walaupun menemui kegagalan. Beliau mengkaji semula tindakan yang tersasar dan mencuba kaedah baharu walaupun ia belum pasti menjamin kejayaan. Beliau yakin pada perancangan sendiri. Melalui penulisan, beliau layak digelar “bold and smart’.

Warren Buffett

Ikon Dan Mentor Tempatan Pilihan


Dato' Dr Rusly Abdullah (Chef Li)
Saya tidak mempunyai ramai ikon dan mentor tempatan yang sesuai dijadikan motivasi diri pada peringkat awal mengalami kegagalan kerjaya. Satu-satunya mentor yang menyuntik motivasi diri adalah Dato' Dr Rusly Abdullah melalui buku-buku beliau yang dibaca. Ia sangat bersesuaian dengan situasi dan keadaan yang saya alami ketika itu.

Antara penulisan Chef Li yang menceritakan pengalaman pahitnya jatuh dari kerjaya ada beberapa persamaan. Penulisan perkongsian kisah kerjaya dan formula keusahawanan di buku-bukunya cukup membuahkan inspirasi semangat untuk saya mengharungi permasalah dengan usaha yang istiqamah. Namun sehingga kini saya belum berpeluang bertemu beliau walaupun banyak yang saya pelajari dari kisah yang dikongsikan. Beliau adalah ahli perniagaan, ikon dan mentor jutawan tempatan yang amat saya hormat dan kagumi.

Buku-buku Chef Li

Ikon Dan Mentor Sepanjang Zaman


Ikon dan mentor utama yang sesekali jangan kita lupa adalah Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw. Baginda adalah sebaik-baik contoh ikutan buat semua muslimin dan muslimat. Saya pernah berkongsi tentang personaliti Baginda Rasullullah dari perspektif keusahawanan yang boleh anda baca di sini >>> Rasulullah S.A.W Ahli Perniagaan Terulung

Justeru, mengenalpasti ikon dan mentor yang bersesuaian dengan inspirasi anda adalah antara asas penting memperkasa kerjaya. Ada beberapa lagi ikon dan mentor keusahawanan, kepimpinan termasuk dalam inspirasi berblogging yang saya hormati. Ia akan saya kongsikan lagi di artikel yang lain nanti, in shaa Allah. 

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat dalam membantu merealisasikan hasrat kerjaya anda demi kejayaan di dunia dan akhirat... aamiin.

Jurnal ringkas kerjaya dan keusahawanan saya boleh dibaca di bawah:


COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Mentor Inspirasi Kerjaya Dan Keusahawanan
Mentor Inspirasi Kerjaya Dan Keusahawanan
Ikon dan Mentor sebagai inspirasi kerjaya dan keusahawanan, kenali mentor yang sesuai, motivasi usahawan,
https://2.bp.blogspot.com/-P-Ia0KIvPEg/VZAyqw8oEyI/AAAAAAAAKno/P5NqUmsh8fw/s640/mentor%2Bjutawan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-P-Ia0KIvPEg/VZAyqw8oEyI/AAAAAAAAKno/P5NqUmsh8fw/s72-c/mentor%2Bjutawan.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/06/mentor-inspirasi-kerjaya-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/06/mentor-inspirasi-kerjaya-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy