Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat

Motivasi usahawan, jurnal motivator keusahawanan, cabaran kerjaya perniagaan, pelaburan, pengurusan aset korporat, keusahawanan sosial,

Artikel ini merupakan lembaran pertama saya berkongsi jurnal motivasi keusahawanan. Ia tercetus hasil usul beberapa pihak yang mencadangkan saya berkongsi pengalaman jatuh bangun kerjaya. Justeru, saya mengambil peluang memulakan perkongsian di blog ini sebelum diketengahkan dalam sesi motivasi keusahawanan yang akan dilaksanakan nanti. Setiap insan pasti ada pengalaman kehidupan yang boleh dijadikan motivasi tauladan kepada insan yang lain.

Istilah kegagalan

Keusahawanan Sebagai Kerjaya Sepenuh Masa


Saya pernah gagal dalam kerjaya. Ada beberapa artikel saya kongsikan sebelum ini dan boleh dibaca di akhir jurnal ini. Sejujurnya, saya bukan dilahirkan dalam keluarga usahawan. Ibu dan arwah bapa saya merupakan pesara guru dalam keluarga sederhana. Saya meminati bidang keusahawanan sejak persekolahan dan lebih tertarik dengan jaminan ‘retirement plan’ sendiri. Berkerjaya sama ada di sektor kerajaan atau swasta tidak langsung memotivasikan diri ini. Ibarat pepatah “why struggle climbing the corporate ladder while you can create one?... even small, it’s totally yours”.

Namun, bekerja dalam sektor swasta adalah permulaan tapak menimba pengalaman sebelum menceburi bidang keusahawanan. Bermula sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan aset bertaraf berhad di Kuala Lumpur sejurus selepas tamat praktikal. Ia merupakan satu pekerjaan mencabar dalam mempraktikkan pengetahuan yang melibatkan ‘corporate prospecting’ dan ‘market research’ dalam elemen pasaran tempatan dan global.

Membina Kerjaya Keusahawanan Melalui Sektor Korporat


Saya bersyukur melalui kenalan sepengajian di kolej dan universiti telah membantu memperolehi kepercayaan prospek pelaburan untuk beberapa projek syarikat kumpulan di Malaysia, Indonesia, Australia, Germany dan United Kingdom. Selama 3 tahun berhempas pulas, saya berjaya menjana pelaburan bernilai RM8 juta, seterusnya dilantik menjawat jawatan pengarah pemasaran termuda untuk 5 daripada 11 anak syarikat dibawah payung niaga syarikat kumpulan.
Pengurusan aset korporat
Sewaktu usia 24 tahun.. nampak matang bila tengok balik huhu..

Pada usia 24 tahun, saya berjaya memperolehi pendapatan 5 angka sebulan. Ia menyemarakkan lagi hasrat untuk tersenarai sebagai salah seorang jutawan muda di awal millennium. Saya mula mengorak langkah memulakan perniagaan sendiri dalam bidang pembinaan dan pengiklanan dengan modal berbayar RM350,000.00. Melalui prospek kontrak bernilai RM500,000.00, saya juga telah membuka cawangan perniagaan di Johor bagi meluaskan pasaran demi merialisasikan cita-cita kerjaya.

Namun, pertelagahan perancangan lembaga pengarah kumpulan disebabkan keegoan, kuasa dan tamak haloba telah mencetuskan konspirasi yang menjadikan kami berpuak-puak. Campur tangan pengaruh politikus dan perbalahan perundangan menjadikan syarikat induk kumpulan tempat saya bekerja mula kucar-kacir. Sesungguhnya, ini bukan drama atau ceritera layar perak. Ia benar berlaku… 

Konspirasi Korporat Yang Menjahanamkan Cita-Cita


Permasalahan dalaman syarikat induk kumpulan niaga menjadikan saya terpaksa mengubah 100% perancangan keusahawanan, 5 tahun lebih awal dari jangkaan. Saya tidak mempunyai pelan sokongan dan terpaksa meletak jawatan beberapa syarikat dalam usaha mengelakkan krisis yang diluar kemampuan diri. Syarikat sendiri yang telah dibina ketika itu juga mula terkesan dan terjejas. Keadaan yang berlaku membuatkan jiwa sangat kalut dan tertekan, malah menulis ini juga tidak dapat menggambarkan situasi tekanan yang berlaku.

Namun, takdir memutuskan syarikat kumpulan tersebut akhirnya rebah satu persatu. Saya turut kehilangan reputasi kepentingan pelaburan sehingga pelbagai aset peribadi juga terpaksa dileburkan demi menyelamatkan komitmen kerjaya dan menampung kehidupan. Lebih memburukkan, saya merupakan antara pengarah yang dipertanggungjawabkan kepada 5 syarikat dibawah payung kumpulan dan menanggung liabiliti berjumlah RM2 juta. Akhirnya saya diistihar muflis, sehelai sepinggang... selangkah kaki ke penjara.. 
Masalah syarikat dan perniagaan
Antara liabiliti paling teruk yang pernah saya tanggung sebagai pengarah syarikat dan usahawan
Saya hadapi dengan senyuman dan tidak pernah lari... (Pengakuan : kantoi nama sebenar)

Memulihkan Kerjaya Dengan Cara Sendiri


Secara purata, 15 tahun saya menyelesaikan satu persatu kekusutan dengan jalan sendiri. Bermula tahun 2001 sehingga 2011 adalah tempoh paling sukar disamping menanggung keluarga serta menyara anak-anak bersekolah dan membesar. Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga ikhlas buat isteri, seluruh keluarga, saudara, sahabat dan insan-insan yang sudi membantu memberi sokongan, motivasi dan memudahkan jalan penyelesaian. Kini segalanya selesai… Alhamdulillah.
Projek iklan 2008
Antara projek periklanan pada 2008 yang diusahakan dengan ikhtiar sendiri
Projek iklan 2008
Aku bos, akulah kuli.. rezeki ditangan Illahi.. tetapkan niat, yakinlah dengan senyuman!

Perbagai kekalutan yang ditempuhi dalam mengatasi masalah pensyarikatan, muflis, blacklist, urusan perbankan, pemiutang dan perundangan, menyusun kembali strategi kewangan, aset dan kerjaya sehingga mampu berdiri kembali walaupun sebagai usahawan kecil… segalanya akan saya kongsikan lebih lanjut dalam artikel-artikel akan datang.

Sesungguhnya saya belum layak dikategori sebagai seorang usahawan berjaya, tetapi apa yang ditempuhi bukan sesuatu yang boleh dilupakan. Bukan mudah melangsaikan beban kewangan bermula dengan angka negatif tatkala sudah berkeluarga dan beranak pinak... saya tidak sesekali mengalah… melangkah kehadapan mengejar impian, menjadikan pengalaman lalu sebagai iktibar sandaran. 
Khir Khalid
Gambar terkini 2015.. alhamdulillah, masih mampu tersenyum...

Semoga perkongsian jurnal keusahawanan ini dan yang seterusnya ada nilai manfaatnya. Mudah-mudahan juga ia dapat membuka peluang keusahawanan baru mencipta prospek kejayaan yang lebih bermakna dan diberkati bersama-sama yang mengenali, in shaa Allah... aamiin.

#NeverGiveUp #NeverSurrender .

Artikel berkaitan
>>> Kegagalan Adalah Motivasi Terbaik


COMMENTS

BLOGGER: 29
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat
Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat
Motivasi usahawan, jurnal motivator keusahawanan, cabaran kerjaya perniagaan, pelaburan, pengurusan aset korporat, keusahawanan sosial,
https://4.bp.blogspot.com/-26y6UTzLmSI/VYwzUPp6ZJI/AAAAAAAAKlY/zT9L0YRC0XA/s640/famous-quotes-and-sayings.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-26y6UTzLmSI/VYwzUPp6ZJI/AAAAAAAAKlY/zT9L0YRC0XA/s72-c/famous-quotes-and-sayings.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/06/motivasi-keusahawanan-sebagai-iktibar.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/06/motivasi-keusahawanan-sebagai-iktibar.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy