Puasa Ramadan Berteraskan Sunnah

Puasa mengikut etika sunnah, beramal di bulan Ramadan, Kempen Taja Shopping Raya, Projek Iqra', motivasi Ramadan,

Semasa kecil dahulu kita sering diusik dengan kata-kata orang tua; "Sesiapa yang tak puasa, tak boleh beraya". Itulah kata-kata yang memberi dorongan untuk kita berpuasa. Walaupun masih di sekolah rendah, kebanyakkan kita sudah dilatih dan digalakkan berpuasa. Mengerjakan puasa umpama menanam pokok yang matlamatnya adalah untuk menghasilkan buah taqwa. 

Ramadan 2015

Motivasi Ramadan Dan Hari Raya


Boleh dikatakan sepanjang melalui liku-liku zaman kanak-kanak sehingga berkeluarga, Hari Raya merupakan motivasi utama untuk anak-anak berpuasa. Hari Raya telah disinonimkan dengan baju raya, kuih raya, duit raya dan yang seangkatan dengannya. Sewaktu kecil, ada yang takut tidak dapat menikmati kemeriahan semua itu jika tidak berpuasa.

Itulah motivasi Ramadan dan Hari Raya yang dilihat dari perspektif kebanyakkan kanak-kanak. Mereka memahami Ramadan dan Hari Raya berdasarkan adat dan budaya yang diterjemahkan oleh kita sebagai orang dewasa. Namun setelah dewasa, Ramadan dan Hari Raya mula dilihat dari perspektif ibadah dengan menitik beratkan prinsip-prinsip Islamiah yang lebih jelas dan mendalam.

Melaksanakan Sunnah Di Bulan Ramadan 


Berdasarkan penyampaian ilmu dalam satu tazkirah yang dihadiri, ada mengingatkan bahawa ibadah puasa tidak sesekali boleh dilaksanakan mengikut adat, nilai tradisi atau kebiasaan. Beberapa garis panduan hukum sah dan batalnya puasa serta syarat-syarat dan adab yang ditentukan telah diperingatkan dalam sunnah Rasulullah saw. Antara keutamaan terkandung secara ringkas seperti di bawah:

1. Memantapkan Niat Puasa
Wajib berniat puasa sebelum terbit fajar. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; “Sesiapa yang tidak menetapkan menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya.” (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-Bahaiqi)

2. Melewatkan Makan Sahur
Nabi Muhammad saw melewatkan sahur sebaik-baiknya sebelum subuh (imsak). Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama salaf bersahur sehingga hampir fajar. Hadis Nabi saw yang bermaksud; “Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya.” (Riwayat al-Hakim).

3. Meninggalkan percakapan sia-sia, kotor, kesat dan penipuan
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; “Bukanlah dari itu, dari makan dan minum, namun puasa adalah menahan diri dari bercakapkosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakiti mu, maka katakan: Sesungguhnya aku sedang berpuasa” (Riwayat Ibn Khuzaimah, hadis sahih).

4. Tidak Berlebihan Dalam Berkumur
Rasulullah saw berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi tidak melakukan secara melampau. “Berlampau-lampau memasukkan air ke dalam hidung melainkan ia sedang berpuasa”. (Riwayat Abu Daud, hadis sahih).

5. Menahan Diri, Tidak Bercumbu Dengan Isteri
Jauhkanlah diri kepada pasangan suami isteri dari bercumbu-cumbuan hingga menaikkan nafsu syahwat. Sesungguhnya, puasa itu adalah landasan buat manusia mengawal nafsu. Maka jauhkanlah diri, mata dan hati dari terarah kepada sesuatu yang mampu mengundang nafsu dan membatalkan puasa.

6. Menyegerakan Berbuka Puasa
Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Rasulullah saw tetapi adalah larangan bagi kaum Yahudi dan Nasrani. Sabda Rasulullah saw; “Sentiasalah manusia itu berada dalam kebaikan selama dia mendahulukan berbuka puasa.” (Muttafaq ‘alaih).

7. Berpuasa Dan Tidak Meninggalkan Solat
Sesiapa meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting dalam rukun-rukun Islam selepas tauhid. Puasa tersebut tidak bermanfaat selagi dia meninggalkan solat. Sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya.

8. Menghidupkan Malam Dengan Solat Tarawih
Rasulullah saw bersabda; “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah berlalu.” (Riwayat al-Bukhari).

9. Berlumba-Lumba Mengerjakan Amal Dan Membayar Zakat Fitrah
Suburkan bulan Ramadan dengan amal ibadah kerana ia merupakan bulan yang besar fadilat keistimewaannya kepada sesiapa jua yang mengerjakan dengan ikhlas. Zakat fitrah pula merupakan amalan fardu di bulan Ramadan. Sabda Rasulullah saw; “Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan atas manusia”. (Muttafaq ‘alaih).

Marilah Bersama Membantu Insan Di Bulan Ramadan


Sempena Ramadan yang mulia, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan khidmat masyarakat membantu insan-insan yang memerlukan. Persatuan Projek Iqra’ SeMalaysia (Projek Iqra’) sedang menjalankan Kempen Taja Shopping Raya 2015 bagi mengutip sumbangan daripada sokongan ramai.

Sumbangan yang diperolehi akan digunakan untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra’.
Kempen Taja Shopping Raya 2015, Projek Iqra'
Taja seorang penerima manfaat = RM 200.00
600 penerima manfaat untuk ditaja. Berbaki 306 penerima untuk ditaja sewaktu artikel ini ditulis.

Mudah-mudahan dengan sokongan jariah anda pembaca yang dihormati sekelian dapat memberi keceriaan kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bulan Ramadan dan menyambut Syawal. Semoga amalan Ramadan bertambah keberkatannya di dunia dan akhirat… aamiin.

Untuk maklumat dan tajaan, anda boleh layari Facebook Projek Iqra’ dan juga laman web Projek Iqra’ >> http://bitly.com/shoppingraya2015 

      

COMMENTS

BLOGGER: 21
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Puasa Ramadan Berteraskan Sunnah
Puasa Ramadan Berteraskan Sunnah
Puasa mengikut etika sunnah, beramal di bulan Ramadan, Kempen Taja Shopping Raya, Projek Iqra', motivasi Ramadan,
https://2.bp.blogspot.com/-27vjMHVL_Dg/VX47DO40DXI/AAAAAAAAKWc/GMqfbfeFrIA/s640/ramadan-2015.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-27vjMHVL_Dg/VX47DO40DXI/AAAAAAAAKWc/GMqfbfeFrIA/s72-c/ramadan-2015.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/06/puasa-ramadan-berteraskan-sunnah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/06/puasa-ramadan-berteraskan-sunnah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy