Shaklee Malaysia Perkenal Program Youth Entrepreneur System (YES)

Shaklee Youth Entrepreneur System, YES, Shaklee Blogger Day, Program usahawan belia Shaklee, Shaklee Malaysia, Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim, Shaklee Cares for Our Youth, Shaklee Cares,

Shaklee Product (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan program Youth Entrepreneur System (YES) untuk membuka peluang kepada belia-belia Malaysia yang mahukan kejayaan, kesihatan dan taraf kehidupan yang lebih baik. Pada Isnin, 1 Jun 2015 saya bersama rakan komuniti HaiBlogger telah berpeluang menyaksikan penerangan Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim dalam sesi temubual yang diadakan di ibu pejabat Shaklee Malaysia, The Pinnacle Sunway.
Shaklee Youth Entrepreneur System (YES)
Sesi penerangan dan temubual bersama Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim

Shaklee : Youth Entrepreneur System (YES)


YES mula diperkenalkan pada awal Mei 2015 mensasarkan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan dengan memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah namun pulangan yang hebat. Ia diperkenalkan pada awal Mei 2015, merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan 'Shaklee Cares for Our Youth' dibawah Shaklee Cares.  

Program YES menawarkan peluang menjana pendapatan, latihan kecerdasan emosi (softskills), latihan produk termasuk bimbingan daripada barisan mentor berjaya demi merealisasikan impian untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri. Selain itu, ia juga merupakan platform terbaik bagi ibu-ibu muda menjadi usahawan untuk menambah pendapatan keluarga disamping melahirkan generasi yang lebih sihat dan suasana kehidupan yang lebih berkualiti.  
Shaklee Malaysia HQ
Ibu pejabat Shaklee Malaysia, The Pinnacle Sunway

Melawat Ibu Pejabat Shaklee Malaysia


Kami juga berpeluang melawat persekitaran ibu pejabat Shaklee Malaysia, meninjau kemudahan prasarana disamping melihat produk-produk yang dipamerkan sebelum sesi temubual berlangsung. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada usahawan Shaklee bagi memudahkan mereka melaksanakan urusniaga walaupun kepada yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil. Satu inisiatif keperihatinan yang membantu melahirkan usahawan berdaya saing dalam konsep kekeluargaan yang positif.
Shaklee Malaysia HQ
Ruang perbincangan usahawan Shaklee
Shaklee Malaysia HQ
Shaklee online business centre
Shaklee Malaysia HQ
Bilik permainan kanak-kanak turut disediakan
Shaklee Malaysia HQ
Maklumat dan penerangan berkaitan Shaklee

YES : Peluang Terbaik Maju Bersama Shaklee


Program YES yang diperkenalkan ini merupakan satu peluang terbaik untuk maju bersama Shaklee. Mr Victor turut menjelaskan, untuk menjadi seorang usahawan bersama YES amat mudah. Anda hanya perlu menyertai Shaklee, menggunakan produk serta berkongsi kebaikannya bersama rakan, keluarga dan orang sekeliling.

Pek Kesihatan telah pun dirangka dibawah program YES iaitu Healty Young Living, Healthy Fitness, Healty Prenatal dan Healthy Postnatal bagi golongan belia yang aktif, ibu bekerja dari rumah dan semua golongan yang mencari peluang kerjaya dan kesihatan yang baik dengan bimbingan yang sewajarnya. 
Produk Shaklee : Youth Entrepreneur System (YES)
Pek kesihatan Youth Entrepreneur System (YES)

Shaklee Malaysia mensasarkan sentuhan kepada lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda meraih pendapatan tambahan sebanyak 50 peratus daripada pendapatan bersih mereka. Selain komited menjalankan pelbagai aktiviti dalam memperkasa program kemasyarakatan, banyak aktiviti yang telah dirancang untuk menyokong program YES dalam melahirkan usahawan-usahawan belia Shaklee Malaysia yang berjaya.
Shaklee Youth Entrepreneur System
Shaklee Blogger Day 2015 - kredit foto : halimbrothers.com

Saksikan video Shaklee Blogger Day 2015 di ibu pejabat Shaklee Malaysia, The Pinnacle Sunway.


Kepada yang berminat menyertai program Youth Entrepreneur System (YES), jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.shaklee.com.my


COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Shaklee Malaysia Perkenal Program Youth Entrepreneur System (YES)
Shaklee Malaysia Perkenal Program Youth Entrepreneur System (YES)
Shaklee Youth Entrepreneur System, YES, Shaklee Blogger Day, Program usahawan belia Shaklee, Shaklee Malaysia, Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim, Shaklee Cares for Our Youth, Shaklee Cares,
http://3.bp.blogspot.com/-TNqIBbHP8Vw/VXKQ81L3FhI/AAAAAAAAKQY/_OjS1KEwdxo/s640/Blogger%2BShaklee%2BMalaysia1.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-TNqIBbHP8Vw/VXKQ81L3FhI/AAAAAAAAKQY/_OjS1KEwdxo/s72-c/Blogger%2BShaklee%2BMalaysia1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/06/shaklee-malaysia-perkenal-program-youth.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/06/shaklee-malaysia-perkenal-program-youth.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy