Waspada Penipuan Internet Dan Media Sosial

Jenis-jenis penipuan di internet, jenayah teknologi maklumat (IT), kegiatan jenayah siber dan media sosial,

Sewaktu beratur membeli tiket KTM Komuter beberapa hari lepas, saya terpandang beberapa poster yang dipaparkan tentang jenayah penipuan dunia siber. Seperti yang kita sedia maklum, sudah banyak kali kita diperingatkan tentang kegiatan seperti ini, malah terdapat juga pelbagai perkongsian yang menyeru agar kita sentiasa berhati-hati dalam penggunaan internet. Justeru, terpanggil untuk saya berkongsi serba sedikit perkara yang berkaitan dengannya untuk kebaikan bersama.

Waspada penipuan di internet

Penipuan Dunia Siber Dan Media Sosial


Sejak mula berkecimpung sebagai blogger, saya juga tidak terkecuali menerima pelbagai undangan dan tawaran sama ada melalui emel atau ‘private message’ di media sosial yang berbaur penipuan. Ada yang telah sedia dikategorikan spam dalam ruangan emel dan ada juga yang segar menanti maklumbalas.

Paling mencuit hati adalah emel yang menawarkan saya harta warisan bernilai berjuta-juta dollar, malah ada juga yang menawarkan untuk berkahwin sekiranya saya sudi membantu menunaikan hajat pemberi emel… wow!!!... tidak terlepas juga yang ingin berkenalan. Ironinya kebanyakkan mereka menggunakan identiti wanita cantik malah seksi dari Timur Tengah, Eropah atau Amerika Latin. Saya pasti ramai diantara anda juga yang pernah menerimanya, bukan?
Penipuan di media sosial
Piiweett.. beri salam, tapi ada dear pulak huhu.. hampir setiap hari saya menerima mesej seperti ini..


Jenis-Jenis Penipuan Internet Dan Media Sosial


Terdapat pelbagai jenis penipuan yang sentiasa berubah maju mengikut peredaran zaman. Sekadar memaklumkan, saya juga bukanlah seorang yang arif dalam menjelaskan definasi-definasi penipuan siber ini. Namun ada beberapa yang ingin saya kongsikan untuk pengetahuan bersama. Ia merupakan antara kegiatan penjenayah siber mengambil kesempatan dari kebergantungan kita kepada kemudahan internet dalam kehidupan seharian.

1. Jenayah Phishing

Phishing merupakan jenayah penipuan siber yang kebiasaannya disasarkan dalam urusan perbankan online atau yang berkaitan. Ia merupakan percubaan penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat peribadi seseorang seperti butiran akaun, kad kredit, password atau pelbagai lagi melalui penyediaan laman web yang menyerupai dengan laman web yang sebenar.

Laman web penipuan tersebut juga disebut ‘spoofed website’. Sekiranya anda menjalankan urusan di website phishing, maklumat peribadi anda akan disalurkan terus kepada penggodam. Sebagai contoh; laman web sebenar perbankan www.maybank2u.com dicipta seakan www.maybank.com. Tanpa disedari, laman web yang kita langgani bukanlah yang sebetulnya. Penjelasan terperinci menjelaskan jenayah phishing boleh anda rujuk di laman berikut >>> Apa Itu Phishing

2. Jenayah Spoofing

Spoofing juga berperanan hampir serupa dengan Phishing cuma ia bertindak melalui pemalsuan IP Address kepada mangsa yang disasarkan. Menurut kefahaman saya yang cetek ini, ia diumpamakan seperti saya mengirim sesuatu mesej kepada anda namun ia sebenarnya bukan berasal dari saya.

Maksudnya, penggodam menggunakan kemudahan akaun nama dan alamat orang lain untuk menyampaikan mesej kepada individu yang disasarkan. Mesej tersebut boleh jadi ugutan, berbaur lucah atau sebagainya yang tidak baik tanpa pengetahuan pemilik sebenar akaun tersebut. Penjelasan terbaik yang saya temui berkenaan Spoofing ini saya sertakan sebagai rujukan di sini >>> Serangan Spoofing

3. Jenayah Scammer

Menurut pemahaman saya, scam sering berlaku kepada mereka yang mencari peluang menjana pendapatan online. Ia juga berlaku kepada mereka yang membeli secara online tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran peluang atau jualan yang ditawarkan. Kita sedia maklum ada individu yang kerugian beribu ringgit disebabkan percaya dengan tawaran kontrak perniagaan atau belian online yang sebenarnya adalah scam.

Ia boleh terjadi kepada saya sendiri sebagai individu yang terlibat dalam urusniaga online, kepada anda malah kepada sesiapa jua. Berhati-hatilah sebelum membuat sebarang urusan yang melibatkan kewangan atau pembelian online. Informasi lanjut berkenaan scammer boleh dirujuk di sini >>> Apa Itu Scammer
Penipuan menerusi emel
Nak wariskan harta mendiang suami USD 9.5 juta, memeluk Islam dan berkahwin
sekiranya saya sudi membantu... chewahh.. 
Email spam juga masuk hampir setiap hari dengan pelbagai tawaran dan kontest merapu

Berhati-Hati Dengan Penipuan Di Internet Dan Media Sosial


Sesungguhnya artikel ini sekadar berkongsi kebimbangan agar sentiasa berhati-hati. Dunia siber merupakan medan komunikasi penting kini dan akan datang, maka janganlah pula kita berfikiran jumut mengatakan internet ini tiada gunanya… jangan sesekali berfikiran sedemikian kerana ia hanya akan merugikan diri sendiri.

Bagi saya, internet umpama jalanraya atau lebuhraya yang memudahkan urusan kehidupan ini. Pelbagai kemalangan kita ketahui di jalanraya malah ada yang melibatkan kematian. Namun setiap kita memerlukan jalanraya untuk berhubung antara satu destinasi dengan yang lain. Sama ada kita menggunakannya secara merbahaya atau tidak memikirkan keselamatan sendiri, terpulang kepada persediaan kita… ‘shit might happens’…

Bersamalah kita sentiasa berhati-hati. Semoga kita semua sentiasa dilindungi… aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 29
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Waspada Penipuan Internet Dan Media Sosial
Waspada Penipuan Internet Dan Media Sosial
Jenis-jenis penipuan di internet, jenayah teknologi maklumat (IT), kegiatan jenayah siber dan media sosial,
https://2.bp.blogspot.com/-wO6oV3zjCF0/VYhBastmy0I/AAAAAAAAKfw/kMwNLVxc0DI/s640/Penipuan%2Bdan%2Bjenayah%2Bdi%2Binternet.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-wO6oV3zjCF0/VYhBastmy0I/AAAAAAAAKfw/kMwNLVxc0DI/s72-c/Penipuan%2Bdan%2Bjenayah%2Bdi%2Binternet.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/06/waspada-penipuan-internet-dan-media.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/06/waspada-penipuan-internet-dan-media.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy