Isu TPPA Serta Kesan Terhadap Masyarakat Kita

Bantah TPPA, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Trans-Pasific Partnership Agreement, neocolonialisme, kesan tppa keatas rakyat Malaysia, penjajahan era baru,

Terdapat banyak perkongsian baru-baru ini terutama di media sosial tentang isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pasific Partnership Agreement - TPPA). Boleh dikatakan kebanyakkan kita menentang serta tidak menyarankan pihak kerajaan untuk terlibat dalam perundingan perjanjian tersebut. Isu yang sebenarnya telah mula diperdebatkan sejak 2013 kini semakin rancak diperkatakan lagi.

Apa itu TPPA

Apa itu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Ia merupakan perjanjian berkenaan liberalisasi pasaran dimana setiap negara yang menyertai TPPA bebas berniaga di pasaran mana-mana negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Secara kasar ia dilihat sebagai satu peluang terutamanya kepada usahawan untuk meluaskan prospek pasaran ke negara-negara luar, namun berdasarkan pengamatan pembacaan serta perbualan, boleh diperkatakan ramai yang tidak bersetuju. Wujud kebimbangan ia boleh menjerat negara kita dalam kancah persaingan ekonomi global seterusnya memberi kesan negatif terhadap sosio-ekonomi jangka panjang Malaysia.

Sewaktu artikel ini ditulis, saya masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci memperjelaskan TPPA ini. Hanya kenyatan bahawa kesemua teks perbincangan TPPA ini dibuat secara rahsia. Ia sekaligus menimbulkan kesangsian masyarakat termasuk usahawan kecil seperti saya dalam konteks perlu berhadapan dengan persaingan global di pasaran tempatan.

Bantah TPPA

Kesan TPPA Terhadap Sosio-Ekonomi Malaysia

Saya sertakan pandangan berdasarkan sumber rujukan pemikir tempatan Prof Dr Agus Yusoff mengenai kesan TPPA yang membimbangkan masyarakat Malaysia.

1. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi luar negara. Ia seperti memberi kuasa kepada negara maju yang mempunyai nilai matawang tinggi serta kemantapan infrastruktur perniagaan yang lebih ‘advance’ untuk mendominasi pasaran dan ekonomi negara,

2. Dijangka hampir 80% harga ubat akan mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini disebabkan ubat generic yang lebih murah tidak boleh dijual kerana Malaysia terikat menggunakan ubat ‘patent’ yang dihasilkan syarikat farmakeutikal luar negara. Ia memberi kesan yang besar kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyara kos perubatan yang tinggi.

3. Bidang pelaburan dan khidmat undang-undang serta pelbagai khidmat professional tempatan terpaksa bersaing dengan pasaran terbuka. Industri perkhidmatan kita juga pastinya terjejas dengan daya saing syarikat-syarikat gergasi mendominasi pasaran tempatan.

4. Petani tempatan terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. TPPA juga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras bersubsidari tinggi dari Amerika Syarikat dipasarkan di Malaysia. Keluarga petani di negara ini akan terjejas jika TPPA dimaterai.

5. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar atau menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ia menjejaskan kuasa kerajaan untuk rakyat dan negara sendiri.

6. TPPA melanjutkan perlindungan hak cipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ia juga bermaksud segala bahan-bahan rujukan percuma yang telah didigitalkan akan menjadi terhad. Kebanyakan sumber rujukan wajib dibeli atau disewa dan menghadkan kemudahan ilmu kepada masyarakat.

Signage UIAM
Antara kontrak yang pernah diusahakan... adakah kontrak kecil seperti ini akan bersaing  dengan
kontraktor-kontraktor gergasi luar negara melalui TPPA ini?

Perhalusi TPPA Demi Kepentingan Rakyat Malaysia

Sememangnya diakui perundingan TPPA ini ada membuka peluang memperkasa ekonomi negara melalui kemasukan pelaburan, perniagaan, keusahawanan dan suntikan dana luar. Namun, dari segi persediaan dan kekuatan ekonomi dalaman masyarakat kita sendiri, ia boleh menjadi satu ancaman yang mampu menguburkan usahawan tempatan. Pastinya, kerjaya saya sebagai usahawan kecil juga turut merasai kebimbangannya.  

Negara seolah dijajah kembali dari satu sudut pemerhatian kerdil dan picisan ini. Sejarah mengajar kita bagaimana liciknya dunia barat memanipulasi dan mendominasi sumber-sumber berharga di Asia termasuk Malaysia. Berdasarkan ilmu dan persaingan dunia barat, sememangnya mereka hauskan sumber-sumber yang banyak terdapat di Asia sejak berzaman lagi. 

Bantah TPPA, neocolonialism,

Adalah diharapkan agar TPPA ini diperhalusi sebaiknya demi martabat agama, bangsa dan negara. Sejarah penjajahan mungkin berulang… namun dengan strategi halus yang berbeza… wallahualam...

Semoga Malaysia istiqamah untuk tidak terlibat dalam perjanjian yang membinasakan kedaulatan sebagai sebuah negara yang merdeka... aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Isu TPPA Serta Kesan Terhadap Masyarakat Kita
Isu TPPA Serta Kesan Terhadap Masyarakat Kita
Bantah TPPA, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Trans-Pasific Partnership Agreement, neocolonialisme, kesan tppa keatas rakyat Malaysia, penjajahan era baru,
http://4.bp.blogspot.com/-1dj846SkWco/VbMBl3D4B0I/AAAAAAAAK60/nTE6w-Xbk7Y/s640/What%2BIs%2BTPPA.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-1dj846SkWco/VbMBl3D4B0I/AAAAAAAAK60/nTE6w-Xbk7Y/s72-c/What%2BIs%2BTPPA.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/07/isu-tppa-serta-kesan-terhadap.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/07/isu-tppa-serta-kesan-terhadap.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy