Jurnal Kem Ramadan Yeos 2015

Kem Ramadan Yeo's 2015, Beramal Bersama Bintang, Kempen Yeo's Malaysia, Pertubuhan Nur Kasih Klang, Nad Zainal, Atikah Suhaime,

Ramadan mulia yang berbaki sebelum Syawal menjelma telah diserikan dengan Kem Ramadan Yeo’s 2015 anjuran pelopor industri makanan dan minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s Malaysia). Berlangsung pada Sabtu 11 Julai 2015, merupakan program amal bagi mengakhiri kempen ‘Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya’ yang telah pun diadakan sepanjang Ramadan.

Kem Ramadan Yeos 2015

Beramal Bersama Bintang Di Kem Ramadan Yeo’s 2015

Jurnal Kem Ramadan Yeo’s 2015 sebagai pengalaman manis kerana dapat melibatkan diri menambah kenalan disamping beramal bersama bintang tanah air Akim Ahmad, Atikah Suhaimie, AG, Heliza Helmi, Nad Zainal dan Ajak Shiro. Mereka merupakan wakil kepada beberapa pertubuhan amal menjayakan kempen ini. Pernah saya kongsikan info terdahulu di sini >>> Yeo’s : Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya.

Berpusat di Shah Alam Convention Centre (SACC) seawal jam 8 pagi. Setiap hadirin telah dibahagi-bahagikan kepada 6 kumpulan yang diwakili bintang-bintang tanah air tersebut. Bermula dengan sesi perasmian majlis, pelbagai acara menarik turut diadakan sebelum berangkat melaksanakan kerja-kerja amal ke lokasi yang ditentukan. Saya dipilih menyertai kumpulan Krisantimum yang diwakili Nad Zainal. Yeay.. dapat bermesra berkenalan dengan Nad Zainal.. :D

Blogger Malaysia di Kem Ramadan Yeo's 2015
Bersama rakan blogger yang tak asing lagi, sebelum acara bermula
Kem Ramadan Yeo's 2015
Sesi briefing Kem Ramadan Yeo's 2015
Nad Zainal, Khir Khalid, Kem Ramadan Yeo's 2015
Nad Zainal.. Bintang platoon kami, Krisantimum
Kem Ramadan Yeo's 2015
Sesi ice breaking.. buat bendera sebelum pergi berjuang.. :D
Kem Ramadan Yeo's 2015, Atikah Suhaime, Heliza Helmi, Khir Khalid,
Sempat groupfie dengan Atikah Suhaime dan Heliza Helmi.. Akim, Ajak dan AG kat belakang
Kem Ramadan Yeo's 2015, AG, Khir Khalid,
Selfie dengan AG sebelum bertolak ke destinasi yang dituju

Kem Ramadan Yeo's Ke Pertubuhan Nur Kasih Klang

Kumpulan kami ditugaskan melaksanakan kerja-kerja amal di Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih, Klang. Selain menyerahkan sumbangan hasil kutipan kempen Yeo’s, kami bersama-sama membantu mengemas persekitaran kawasan Nur Kasih sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Beramal Bersama Bintang di Kem Ramadan Yeo's 2015
Groupfie dulu sebelum memulakan tugasan.. Together We Stand.. yeah!!
Kem Ramadan Yeo's 2015
Mengemas dan menyusun buku-buku bacaan untuk kegunaan anak-anak yatim
Kem Ramadan Yeo's 2015
Abam-abam sado tengah bersihkan kipas...

Kedatangan kami juga telah menambahkan keceriaan anak-anak yatim yang merupakan penghuni rumah kebajikan ini. Namun atas asbab menghormati 'privacy' penghuni, kami telah dimaklumkan oleh pihak Yeo's agar tidak memuat naik gambar bersama anak-anak yatim di sini untuk kebaikan bersama. Justeru, saya abadikan gambar-gambar bersama Platoon Krisantimum sebagai kenangan.

Kem Ramadan Yeo's 2015
Menganyam ketupat hiasan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Kem Ramadan Yeo's 2015
Abam KK bersama bunga-bunga Krisantimum.. :D
Kem Ramadan Yeo's 2015
Abam orang kuat platoon Krisantimum tu.. yeah!!.. :)
Boleh ambil info sekali kepada sesiapa yang nak menyumbang

Sungguh terkesan mengenang nasib anak-anak yatim membuatkan diri ini bersyukur atas kurniaan Illahi. Ya Allah.. anak-anak yang comel… kalau berkemampuan terasa nak ambil je jadi anak angkat… subhanallah… Berat melangkah meninggalkan mereka, namun kami perlu kembali berkumpul semula di SACC sejurus selesai melaksanakan kerja-kerja amal.

Acara Berbuka Puasa Kem Ramadan Yeo’s 2015

Acara diteruskan dengan aktiviti kreatif berkumpulan yang mengubat keletihan berpuasa. Terdapat sesi cabutan bertuah, penyampaian anugerah ‘instagram photo challenge’ dan Kumpulan Semangat Berpasukan Terbaik sebelum berbuka puasa bersama-sama. Turut diadakan acara kemuncak persembahan bintang-bintang sebelum majlis berakhir sekitar jam 9 malam dalam suasana yang sungguh menceriakan.
     
Atikah Suhaime, Khir Khalid, Kem Ramadan Yeo's 2015, Beramal Bersama Bintang,
Kenangan bersama peminat.. eh!.. Atikah Suhaime.. ingat tak nama Tania Katsura.. :) :)
Kem Ramadan Yeo's 2015
Berbuka puasa bersama rakan Krisantimum 7
Kem Ramadan Yeo's 2015
Persembahan bintang-bintang.. blogger Fatin berduet dengan Akim.. berbakat..
Kem Ramadan Yeo's 2015, Ajak Shiro, Khir Khalid,
Selfie dengan Ajak Shiro sebelum acara berakhir

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Yeo’s Malaysia atas penganjuran Kem Ramadan Yeo's 2015 ini. Tidak ketinggalan juga kepada Denaihati Network, Rotikaya dan Metro sebagai rakan media termasuk kepada semua kenalan yang berkongsi kenangan manis ini. Moga kita berjumpa lagi.

“ Mr Yeo’s… Kalau ada program macam ni lagi, jangan lupa ajak saya tau”… :) :)


COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Jurnal Kem Ramadan Yeos 2015
Jurnal Kem Ramadan Yeos 2015
Kem Ramadan Yeo's 2015, Beramal Bersama Bintang, Kempen Yeo's Malaysia, Pertubuhan Nur Kasih Klang, Nad Zainal, Atikah Suhaime,
http://3.bp.blogspot.com/-JhuOoix8rRA/VaO5dMNi3QI/AAAAAAAAK1I/Qv_dJKjAbkc/s640/Kem%2BRamadan%2BYeos%2B2015.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-JhuOoix8rRA/VaO5dMNi3QI/AAAAAAAAK1I/Qv_dJKjAbkc/s72-c/Kem%2BRamadan%2BYeos%2B2015.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/07/jurnal-kem-ramadan-yeos-2015.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/07/jurnal-kem-ramadan-yeos-2015.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy