Kaji Selidik Perspektif Remaja Di Malaysia

Kaji selidik perspektif remaja di Malaysia oleh Perspective Strategies,

Perspectives Strategies, Andy See

Kaji selidik perspektif remaja di Malaysia mendedahkan fakta terkini mengenai remaja dan generasi muda di Malaysia. Pembentangan laporan 'Youth Perspectives' telah berlangsung di The Penthouse @ Rev Asia Berhad anjuran Perspective Strategies dengan kerjasama AIA Berhad, Kumpulan Nippon Paint Malaysia, Centre of Strategic Engagement (CENSE) dan organisasi peneraju remaja terbesar dunia AIESEC.

Fakta Perspektif Remaja Malaysia


Kaji selidik Perspektif Remaja ini telah dilaksanakan ke atas lebih 2000 pelajar institusi pengajian tinggi dan tingkatan 6 seluruh Malaysia. Ia memfokuskan kepada 3 lapangan utama iaitu mengenai Tabiat Penggunaan Media (media consumption habit), Tingkahlaku Membeli (Purchasing behavior) serta Bakat dan Kerjaya (talent and career).

Kumpulan sasaran kajiselidik adalah golongan remaja Malaysia yang akan memasuki dunia pekerjaan dalam tempoh jangka masa 12 hingga 24 bulan akan datang. Justeru, hasil kajiselidik rasmi mendedahkan 3 fakta utama seperti berikut:

  1. 62.3% remaja bersetuju bahawa ibu bapa mempengaruhi pemilihan kerjaya mereka.
  2. 77.0% akan berbincang dan mendapatkan pandangan dari keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dalam kerjaya mahupun kehidupan.
  3. Terdapat hanya 9.2% remaja sahaja yang benar-benar mempercayai sebarang maklumat yang diperolehi melalui media sosial.

Kajiselidik Perspektif Remaja Malaysia
Keluarga dan rakan adalah sumber rujukan yang paling dipercayai remaja

Kajiselidik Perspektif Remaja Dan Sosio-Ekonomi


Menurut Mr Andy See selaku Pengarah Urusan Perspektif Strategies, fakta pengkajian ini mempengaruhi permintaan pekerjaan, trend pasaran dan sosial Malaysia.

Kajiselidik menunjukkan pengaruh ‘word-of-mouth' keluarga dan rakan merupakan sandaran utama majoriti remaja kini. Mereka mengambil kira pandangan keluarga dan rakan sebagai rujukan paling dipercayai sebelum mengambil keputusan penting berkaitan kewangan dan kerjaya.

Seperti yang dijangka juga, kebanyakan remaja Malaysia merupakan pengguna tegar media sosial dan mendapati seramai 53.5% remaja ber’online’ melebihi 5 jam sehari. Sungguh pun begitu, fakta menunjukkan hanya 9.2% generasi ‘hiper-connected’ yang benar-benar ambil peduli dan mempercayai maklumat yang disampaikan melalui media sosial.

Kajiselidik Perspektif Remaja, Perspective Strategies,
Panelis (dari kiri) : Ms Rita Sim (Pengarah & Co-Founder CENSE), Mr Shamzi Ali (Pengarah HR Pfizer Malaysia),
Mr Andy See, Ms Canny Lee (Presiden AIESEC Tailor's University) dan Mrs Tan May Lee selaku moderator.

Generasi muda ‘hiper-connected’ Malaysia cenderung mendapatkan kepastian tentang sesuatu informasi di media sosial melalui rujukan lanjut seperti laman web, blog, akhbar, majalah termasuk ‘word-of-mouth’ sumber terdekat yang dipercayai.

Justeru, organisasi yang terlibat dalam pasaran berkaitan perlu mengkaji semula dan meningkatkan mutu penyampaian maklumat bagi menarik perhatian serta kepercayaan generasi muda masa kini.

Faktor Bahasa Dan Pengaruh Pasaran Pekerjaan


Faktor bahasa dan ‘interpersonal skills' juga merupakan kriteria dalam bersaing merebut peluang pekerjaan ideal. Seramai 41.2% remaja meletakkan kemahiran ‘soft skill’ sebagai cabaran terbesar yang menghalang mereka memperolehi pekerjaan.

Seramai 51.0% remaja Melayu tidak berkeyakinan dalam bahasa Inggeris berbanding 37.0% Cina dan 16.0% India. Selain itu, 38.0% Melayu dan 39.0% India mendapati kelemahan berbahasa Cina menjadi cabaran merebut peluang kerjaya.

Kajiselidik Perspektif Remaja Malaysia
Cabaran terbesar remaja dalam dunia pekerjaan

Sebahagian besar (70.4%) remaja Malaysia juga meluahkan keinginan untuk bekerja di luar negara. Antara punca tersebut, 45.2% - keadaan politik dan sosial, 45.2% - peluang kemahiran tertentu yang hanya terdapat di luar negara dan 42.1% mendapati prospek kerjaya yang lemah di Malaysia.

Namun untuk jangka panjang, sebahagian besar remaja mahu pulang dan tetap mahu menjadi warganegara Malaysia walaupun bekerja di luar negara.

Punca utama remaja memilih untuk bekerja di luar negara

Kaji Selidik Remaja Sebagai Pelan Tindakan Strategik Era Digital


Laporan Kajiselidik Perspektif Remaja Di Malaysia ini mengetengahkan fakta yang perlu dikenalpasti setiap organisasi dalam memperkasa reputasi pemasaran, penjenamaan dan ruang pasaran pekerjaan termasuk penawaran sosio-ekonomi agar beroleh pencapaian sewajarnya daripada kluster remaja dan generasi muda masa kini.

Penjelasan ini turut saya kongsikan dalam pelbagai program dan modul melibatkan pembangunan sosio-remaja sebagai landasan aspirasi sosio-pendidikan negara.


Info terkait: Kaji Selidik Generasi Z di Malaysia.

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kaji Selidik Perspektif Remaja Di Malaysia
Kaji Selidik Perspektif Remaja Di Malaysia
Kaji selidik perspektif remaja di Malaysia oleh Perspective Strategies,
https://1.bp.blogspot.com/-_SMeNrLS5EE/VZ1HOgL0PnI/AAAAAAAAKw8/w-sSiYmyZ-s/s640/Perspektif%2BRemaja%2BMalaysia.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-_SMeNrLS5EE/VZ1HOgL0PnI/AAAAAAAAKw8/w-sSiYmyZ-s/s72-c/Perspektif%2BRemaja%2BMalaysia.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/07/laporan-kajiselidik-perspektif-remaja.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/07/laporan-kajiselidik-perspektif-remaja.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy