Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian

Laman Diraja Pontian, tepi laut bandar Pontian, Johor,

Laman Diraja Pontian



Hari Raya Aidilfitri telah pun menjejaki hari ke 3 sewaktu artikel ini ditulis. Saya sekeluarga masih berada di Pontian Johor, menyambut Syawal di kampung halaman. Usai menunaikan solat Aidilfitri, kami mengambil kesempatan waktu singgah ke Laman Diraja Pontian untuk bergambar.

Laman Diraja Pontian, Johor


Mengabadikan kenangan bergambar di Laman Diraja Pontian, merupakan pengalaman kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke sini sejak ia siap dibuka. Sebelum ini hanya berpeluang melihat gambar yang dikongsikan rakan- rakan yang berkunjung sejurus ia siap dibina dan dibuka kepada pengunjung baru-baru ini.

Ada satu artikel yang pernah saya kongsikan pada Aidilfitri tahun sebelumnya berkenaan >>> Panorama Bandar Pontian Johor. Namun ketika itu Laman Diraja Pontian ini masih belum lagi dibina. Sungguh pantas masa berlalu, kini ia menjadi sebahagian lanskap yang menghiasi kawasan tepi laut Pontian... lokasi yang menyimpan pelbagai nostalgia buat diri ini.
Laman Diraja Pontian
Suasana berlatar belakangkan laut Selat Melaka
dan Pulau Pisang... port kaki pancing..

Tepi Laut Dan Laman Diraja Pontian


Lokasi Laman Diraja Pontian ini menyimpan pelbagai kenangan sewaktu saya membesar. Inilah kawasan saya bersantai diwaktu petang bersama arwah bapa melihat matahari terbenam sambil makan burger atau rojak yang ada dijual dahulu. Bermain dan bersenam bersama ibu dan arwah bapa ketika saya di sekolah rendah.

Inilah juga kawasan saya bermain bersama rakan-rakan terutama sewaktu bersekolah menengah... berjogging pada pagi hujung minggu, bermain basikal, skateboard, memancing, ponteng sekolah, ngorat aweks huhu... adakala berkumpul mengulangkaji pelajaran pada waktu petang malah melepak tanpa matlamat, sekadar menghabiskan masa berborak kosong, petang atau malam.

Laman Diraja Pontian
Laman Diraja Pontian

Paling meninggalkan kesan hingga ke hari ini ialah, tempat ini juga antara lokasi saya ber'dating' dengan puan mem... alhamdulillah, berjodoh dan kini dengan keizinanNya juga dapat berkunjung ke sini menyaksikan perubahan bersama isteri dan anak-anak.. :D

Laman Diraja Pontian

Setelah 20 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di Selangor, kehadiran Laman Diraja Pontian ini pastinya membuatkan hati ini senantiasa terpaut segar dengan segala nostalgia kehidupan membesar di bandar Pontian, Johor, tanah besar penghujung benua Asia ini.

Daulat Tuanku dan salam ceria Aidilfitri buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian... :)


* Terima kasih kepada Razenn Wardrobe atas tajaan jahitan Baju Melayu saya dan anak lelaki untuk Aidilfitri 2015. Semoga terus sukses hendaknya... aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 27
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian
Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian
Laman Diraja Pontian, tepi laut bandar Pontian, Johor,
https://3.bp.blogspot.com/-PgmW9MLbtjg/VaqQKDy4KfI/AAAAAAAAK5k/pdajpKdVC1w/s640/P_20150717_111320.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-PgmW9MLbtjg/VaqQKDy4KfI/AAAAAAAAK5k/pdajpKdVC1w/s72-c/P_20150717_111320.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/07/santai-aidilfitri-di-laman-diraja.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/07/santai-aidilfitri-di-laman-diraja.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy