Tingkat Kemahiran Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020

MBA INTI Learning Simplified, program pembelajaran strategik, mempertingkat kemahiran ke arah negara berpendapatan tinggi, inti upskilling to achieve high income nation status,

Hasrat INTI International University and Colleges, meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia telah diterjemahkan dalam sesi pembentangan kaji selidik yang telah berlangsung pada 9 Julai 2015 (Khamis), bertempat di Auditorium utama, kampus INTI International College, Subang Jaya. Ia merupakan komitmen INTI dalam menyediakan platform akademik terbaik terutama warga profesional di Malaysia demi menyokong usaha strategik memperkasa wawasan ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.    

Kaji selidik warga profesional di Malaysia, MBA INTI Learning Simplified,

Kaji Selidik INTI Terhadap Warga Profesional Malaysia


Berdasarkan kaji selidik INTI terhadap Warga Profesional di Malaysia mendapati 1 dalam 3 rakyat Malaysia bercita-cita untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui kelayakan akademik baru dan berhasrat melanjutkan pelajaran dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Kaji selidik juga mendapati, 60% Warga Profesional di Malaysia ingin berbuat demikian untuk tujuan;
- Prospek kenaikan pangkat yang lebih cerah dalam kerjaya
- Mendapat pekerjaan dengan gaji dan pendapatan yang lebih tinggi
- Mencapai status pekerjaan yang diidamkan

Kaji selidik ini tertumpu kepada tingkah laku, aspirasi serta cabaran yang dihadapi Warga Profesional di Malaysia, merangkumi penyelidikan kualitatif dan kuantitatif untuk memahami lebih tepat melibatkan Warga Profesional berusia antara 22 dan 44 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja.

Persaingan global dan pekerjaan yang semakin meningkat adalah antara faktor mendorong memperkasa kelayakan profesional dan peribadi. Namun, alasan kos melanjutkan pelajaran yang semakin tinggi dan tiada masa luang kerana komitmen kepada keluarga merupakan antara cabaran utama, walaupun mempunyai keinginan untuk terus meningkatkan kemahiran dan keupayaan profesional mereka.  
MBA INTI Learning Simplified
Pelancaran MBA INTI - Learning Simplified

Tingkat Kemahiran Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi


Bagi memenuhi keperluan serta cabaran berubah-ubah yang dihadapi modal insan Malaysia, INTI telah melancarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan iaitu Program MBA INTI – Learning Simplified (Pembelajaran Dipermudah). Ia satu program MBA yang dirumus khusus untuk Warga Profesional bercirikan pendekatan pembelajarannya yang fleksibel dan berasaskan individu, bagi memenuhi tuntutan yang padat golongan bekerja.

Berdasarkan kenyataan Encik Rohit Sharma selaku Ketua Pegawai Eksekutif, INTI International University and Colleges, “Mempercepatkan pembangunan modal insan adalah penting dalam transformasi negara kita ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan pada tahun 2020. Oleh itu, INTI menjalankan kajian ini untuk memahami Warga Profesional dengan lebih mendalam supaya kami dapat menyediakan dasar pembangunan yang diperlukan bagi menyokong matlamat negara.”
MBA INTI Learning Simplified
Sesi media MBA INTI - Learning Simplified

Program ini disesuaikan dengan keperluan setiap individu bagi memudahkan Warga Profesional untuk belajar pada kadar kemampuan masing-masing. Kaedah pembelajaran yang inovatif ini juga turut membantu mereka membangunkan kemahiran ‘soft skills’ masing-masing dari segi komunikasi, kolaborasi, berfikir secara kritikal dan kreatif. Kesemuanya adalah amat penting dalam persekitaran kerja hari ini.

Program MBA INTI – Learning Simplified


Program MBA INTI – Learning Simplified adalah amat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran untuk kekal relevan di tempat kerja serta membina prospek kerjaya. Program ini boleh dijalani dalam tempoh 14 hingga 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MBA INTI – Learning Simplified ini, anda boleh layari laman web >> www.newinti.edu.my


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Tingkat Kemahiran Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020
Tingkat Kemahiran Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020
MBA INTI Learning Simplified, program pembelajaran strategik, mempertingkat kemahiran ke arah negara berpendapatan tinggi, inti upskilling to achieve high income nation status,
http://3.bp.blogspot.com/-5M5WteQr48g/VZ6bws8wVVI/AAAAAAAAKys/UOEt0GzdjCo/s640/Program%2BMBA%2BINTI%2BLearning%2BSimplified.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-5M5WteQr48g/VZ6bws8wVVI/AAAAAAAAKys/UOEt0GzdjCo/s72-c/Program%2BMBA%2BINTI%2BLearning%2BSimplified.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/07/tingkat-kemahiran-ke-arah-negara.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/07/tingkat-kemahiran-ke-arah-negara.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy