Urus Kewangan : Raya Cuba Jangan Balik Kampung

Raya jangan balik kampung, tak balik kampung jimat belanja, urus kewangan, motivator, celik kewangan, gaji oh gaji, Selamat Pagi Malaysia, Syed Abdul Aziz Al Qubra,

Kecoh dilaman sosial baru-baru ini apabila Syed Abdul Aziz Al Qubra, seorang pakar motivasi menyarankan agar warga kota jangan balik kampung menyambut Hari Raya kali ini. Saranan yang saya anggap kurang sesuai dari seorang pakar motivasi ketika ditemuramah sebagai tetamu jemputan program Celik Kewangan : Gaji Oh Gaji dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV 1.

Celik kewangan : Gaji Oh Gaji

Raya Tahun Ini Jangan Balik Kampung

Saya terpanggil menulis pendapat sendiri mengenai saranan Syed Abdul Aziz Al Qubra biar pun mungkin ada yang beranggapan artikel ini sekadar mengejar rating. Namun berdasarkan pengalaman, saranan sebegini adalah tidak munasabah dan bukan satu nasihat yang baik dalam kaitan mengatur urus kewangan dan memperkasa silaturrahim kekeluargaan yang harmoni.

"Tahun ini, cuba jangan balik kampung. Pertama, jimatkan minyak, minyak dah naik 10 sen. Kedua, tol. InshaAllah, saya pun tak tahu. Dah naik rasanya. Yang ketiga, kalau dah ramai-ramai mesti tidur di hotel. Trend orang sekarang balik raya, tak tidur rumah mak bapa lagi. Sempitlah, itulah, maka tidur hotel, belanja bertambah. Balik kampung hanya nak mertua puji..."  


Pengalaman Tidak Balik Kampung Beraya

Budaya balik kampung terutamanya dihari perayaan sebenarnya sudah mendarah daging dalam masyarakat kita. Pasti memerlukan alasan beradab selain “untuk jimat belanja” terutama jika ibu bapa di kampung masih hidup. Saya ada beberapa pengalaman tidak dapat balik kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kali pertama sewaktu menuntut di United Kingdom. Suasana sayu dipagi Aidilfitri jelas terasa kebanyakkan pelajar Malaysia. Tambahan ketika itu tiada lagi media sosial yang memudahkan lagi perhubungan. Ramai yang hanya mampu membuat panggilan ke rumah masing-masing sehingga menyebabkan ‘public phone’ penuh dengan pelajar Malaysia di pagi 1 Syawal.

Pengalaman kedua ketika saya bertugas ke Jakarta. Saya perlu bersiap ke Frankfurt seawal raya kedua hingga terpaksa menyambut hari pertama lebaran di tempat orang. Sayu perasaan bila mendengar takbir lebaran tatkala kebanyakan insan berkumpul ceria bersama keluarga di tanah air.
Komen di Media Sosial, Raya cuba jangan balik kampung,
Antara reaksi di media sosial

Sewaktu dilanda permasalahan kerjaya yang pernah saya kongsi di >> SINI, 3 tahun saya tidak mampu menyambut 1 Syawal di kampung. Terdapat juga beberapa raya yang kami memutuskan pulang menaiki bas demi menjimatkan kos kenderaan. Alhamdulillah, rezeki bertambah murah... kalau dengan ibu bapa dan mertua pun nak terlalu berkira bab balik raya selagi mampu, tak taulah betapa kedekutnya hati kita ni.. nauzubillah

Bagi saya, 'jimat berbelanja' bukan alasan utama untuk tidak balik kampung beraya tetapi terpaksa disebabkan situasi tertentu. Tidak balik kampung merebut peluang menyambung silaturrahim di bulan yang mulia semata-mata kerana 'nak jimat duit' bukanlah satu sikap yang beradab apatah lagi tujuan kebiasaannya adalah untuk bertemu ibu bapa dan berkumpul sekeluarga.

Tidak Balik Raya Bukan Satu Saranan Bijak Kewangan

Pernah seorang pekerja kontrak warga Indonesia menunjukkan contoh untuk saya teladani. Setiap Hari Raya beliau akan mengambil cuti seminggu untuk pulang ke seberang semata-mata untuk bersama keluarga terutama ibu bapanya. Beliau sanggup ikat perut makan nasi putih berencahkan mee segera hampir setiap hari demi menjimatkan kos hidup asalkan dapat pulang setahun sekali menyambut lebaran bersama seisi keluarga... berkat katanya...

Balik Kampung Beraya

Apa yang penting, janganlah kebijaksanaan kita membuatkan kita dilabel sebagai “anak tanggang”, semata-mata kerana duit. Motivasi kedekut tak bertempat... kaya taklah seberapa pun. Banyak lagi cara sebaiknya untuk membentuk sikap jimat berbelanja. Sesungguhnya, berkat ibu bapa mahu pun mertua amatlah besar. Hari Raya merupakan waktu terbaik untuk bersama…

P/s: Tahun ini syarikat-syarikat gergasi jangan buat iklan Aidilfitri bersentimenkan balik kampung agar tidak mendidik masyarakat kepada sikap yang tidak kos efektif!!!


COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Urus Kewangan : Raya Cuba Jangan Balik Kampung
Urus Kewangan : Raya Cuba Jangan Balik Kampung
Raya jangan balik kampung, tak balik kampung jimat belanja, urus kewangan, motivator, celik kewangan, gaji oh gaji, Selamat Pagi Malaysia, Syed Abdul Aziz Al Qubra,
http://3.bp.blogspot.com/-aFeWfpU12i4/VZgLx4GxuYI/AAAAAAAAKuM/Bx2IKTRRgho/s640/Jangan%2BBalik%2BKampung%2BBeraya.png
http://3.bp.blogspot.com/-aFeWfpU12i4/VZgLx4GxuYI/AAAAAAAAKuM/Bx2IKTRRgho/s72-c/Jangan%2BBalik%2BKampung%2BBeraya.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/07/urus-kewangan-raya-cuba-jangan-balik.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/07/urus-kewangan-raya-cuba-jangan-balik.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy