Cabaran Perpaduan Sehati Sejiwa Merdeka ke-58

Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58, perpaduan dan permuafakatan membasmi kebatilan, hari merdeka, hari kebangsaan 2015,

Tarikh keramat 31 Ogos 2015, Malaysia tercinta menyambut kemerdekaan negara yang ke 58 tahun. Setelah mengharungi pelbagai kegetiran perjuangan demi mencapai impian kemerdekaan, cabaran pasca kemerdekaan diharungi bersama sehingga ke hari ini. Selama 58 tahun tercatat pelbagai cabaran yang tidak pernah putus-putus menjengah menduga perpaduan, permuafakatan serta kebijaksanaan masyarakat kita.

Logo kemerdekaan Malaysia ke 58

Cabaran Pasca Kemerdekaan Negara

Baru-baru ini saya ada bertanya kepada beberapa orang yang terdiri daripada dua golongan generasi yang berbeza berkenaan persepsi mereka tentang harga sebuah kemerdekaan. Golongan pertama adalah mereka yang terdiri daripada warga senior yang berumur sekitar 55 sehingga 65 tahun. Manakala golongan kedua adalah mereka yang berumur sekitar 30 hingga 45 tahun.

Berdasarkan perbualan saya dapat simpulkan sesuatu kefahaman berbeza dan terpanggil untuk dikongsikan sekadar menjadi renungan bersama pembaca sekelian. Secara dasarnya, setiap pandangan yang diberikan berasaskan sentimen patriotisme terhadap negara, cuma ia adakala diintepretasikan dengan cara yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Rakyat Malaysia

Pandangan Masyarakat Malaysia Tentang Kemerdekaan

Pandangan kebanyakkan warga senior biasanya menekankan tentang tingginya nilai penat lelah perjuangan masyarakat pra kemerdekaan dalam merealisasikan impian merdeka. Justeru, pentingnya kefahaman yang mendalam perlu disuntik kepada generasi kini agar sentiasa memandang kemerdekaan bukan sesuatu yang datang bergolek. Kemana nasib kita jika anugerah Illahi terhadap bumi Malaysia itu ditarik balik... nauzubillah.

Berdasarkan pandangan kebanyakkan golongan kedua yang terdiri dari mereka yang dikategorikan sebagai teraju penggerak negara masa kini. Mereka merupakan lapisan pertama masyarakat yang merasa kepelbagaian kesan terhadap polisi kepimpinan negara. Malah, mereka juga sedar bahawa segala implikasi baik dan buruk yang dirasai bukan sahaja memberi kesan kepada mereka tetapi kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan generasi penyambung kepimpinan akan datang.

Rakyat Malaysia merdeka

Justeru, dalam dunia yang serba terbuka ini juga merubah tindakan mereka terhadap nilai-nilai patriotisme. Mereka berasa setiap rakyat berhak tahu tentang perihal negara agar nilai kemerdekaan itu dapat dijaga sebaiknya bersama. Ada diantaranya berasa berhaknya untuk mempersoalkan kemusyikilan kepimpinan kerana pemimpin dipilih rakyat membawa amanah untuk negara. 

Nilai Patriotisme Rakyat Menggalas Amanat Merdeka

Cabaran dan dugaan Malaysia sebagai negara demokrasi dan berdaulat pasti berbeza dahulu dan kini. Pada waktu ini kita berhadapan dengan pelbagai ujian; dari kenaikan harga minyak, harga barang, GST, kejatuhan ringgit, suasana politik yang merimaskan, kenyataan pemimpin yang dipersoalkan dan menjadi kemusyikilan ramai serta pelbagai lagi dugaan dalaman serta luaran negara. 

Dunia era maklumat di hujung jari. Rakyat semakin bijak menilai dan mengadili. Apa jua pandangan, kesemuanya menuntut kesabaran, kebijaksanaan serta permuafakatan yang menjamin kebatilan dihapuskan dan ditangani dengan sebaiknya, adil, telus dan paling penting tidak membawa kepada tergadainya kemerdekaan negara.

Jalur gemilang, bendera malaysia, merdeka,

Salam kemerdekaan ke-58 buat Malaysia. Semoga Allah lindungi kemerdekaan tanahair tercinta ini dengan kepimpinan dan perpaduan yang makmur sejahtera... aamiin.    

Artikel berkaitan: 


COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cabaran Perpaduan Sehati Sejiwa Merdeka ke-58
Cabaran Perpaduan Sehati Sejiwa Merdeka ke-58
Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58, perpaduan dan permuafakatan membasmi kebatilan, hari merdeka, hari kebangsaan 2015,
http://2.bp.blogspot.com/-o691jwn-kLQ/VeKn_O6yEAI/AAAAAAAALCk/6SBoFKNec8g/s640/Logo-Merdeka-2015.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-o691jwn-kLQ/VeKn_O6yEAI/AAAAAAAALCk/6SBoFKNec8g/s72-c/Logo-Merdeka-2015.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/08/cabaran-perpaduan-sehati-sejiwa-merdeka.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/08/cabaran-perpaduan-sehati-sejiwa-merdeka.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy