Kempen Woman’s Aid Organisation Tentang Keganasan Terhadap Wanita

Woman's Aid Organisation, Can You Keep A Secret, Kempen kesedaran tentang isu keganasan dan penganiayaan wanita, info hotline aduan keganasan terhadap wanita,

Baru-baru ini saya telah diundang oleh Woman’s Aid Organisation (WAO) ke pameran yang diadakan di The Garden Mid Valley agar dapat berkongsi kepada anda informasi kempen ‘Can You Keep A Secret?’ yang dianjurkan. Ia merupakan kempen kesedaran yang menyuntik keperihatinan kepada orang ramai berkenaan isu keganasan dan penganiayaan terhadap wanita yang masih berlaku dikalangan masyarakat kita pada masa kini.

can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,

Kempen ‘Can You Keep A Secret’

Kempen kesedaran orang ramai ‘Can You Keep A Secret?’ ini telah berlangsung pada 5 sehingga 16 Ogos 2015. Ia bukan sekadar menyalurkan maklumat kepada umum tentang isu keganasan yang berlaku terhadap wanita, tetapi menekankan bahawa ia juga menjadi tanggungjawab setiap lapisan masyarakat untuk sentiasa prihatin membantu dan membenteras isu ini.

Pameran berbentuk kesenian ini turut mempamerkan beberapa petikan pengakuan mangsa penderaan dalam bentuk audio dan penulisan yang menjelaskan kejadian sebenar penganiayaan wanita yang kadangkala tidak diambil peduli atas sebab “jangan jaga tepi kain orang”. Sesungguhnya bukan semua perkara patut kita diamkan terutama jika ia melibatkan ancaman nyawa, manipulasi, penganiayaan fizikal dan emosi terhadap wanita.

can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,

Tanggungjawab Woman’s Aid Organisation Menghulur Pertolongan

Kempen ‘Can You Keep A secret’ ini juga menjelaskan kepada orang ramai tentang kesediaan Woman’s Aid Organisation (Pertubuhan Pertolongan Wanita) sebagai organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam membantu setiap wanita yang berhadapan krisis permasalahan berkaitan. Adalah menjadi tanggungjawab pertubuhan ini dalam membantu membuka jalan penyelesaian yang selamat dengan bimbingan sebaiknya.

can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,
can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,

Justeru, sekiranya anda melihat unsur-unsur keganasan terhadap wanita ada berlaku di kejiranan atau persekitaran kehidupan, atau anda sendiri merupakan salah seorang wanita yang sedang mengalami krisis sepertinya… janganlah dirahsiakan. Tindakan positif anda pastinya dapat membantu jiwa demi kesejahteraan kehidupan dan masyarakat seluruhnya.

can you keep a secret, Woman's Aid Organisation,

Hubungi Woman’s Aid Organisation di : WAO Hotline – 03 7956 3488

Ambil peduli... anda boleh dapatkan maklumat selanjutnya dengan melayari laman web rasmi Woman’s Aid Organisation di >>> www.wao.org.my   

#NoSilenceForViolance


COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,122,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,35,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,141,MDEC,3,Motivasi,123,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,47,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,92,Sunway,8,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kempen Woman’s Aid Organisation Tentang Keganasan Terhadap Wanita
Kempen Woman’s Aid Organisation Tentang Keganasan Terhadap Wanita
Woman's Aid Organisation, Can You Keep A Secret, Kempen kesedaran tentang isu keganasan dan penganiayaan wanita, info hotline aduan keganasan terhadap wanita,
http://1.bp.blogspot.com/-CxqfZ-aBAU0/Vc8O7SU1RFI/AAAAAAAAK-w/FW1nTiiJS-A/s640/Can%2BYou%2BKeep%2BA%2BSecret.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-CxqfZ-aBAU0/Vc8O7SU1RFI/AAAAAAAAK-w/FW1nTiiJS-A/s72-c/Can%2BYou%2BKeep%2BA%2BSecret.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/08/kempen-womans-aid-organisation-tentang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/08/kempen-womans-aid-organisation-tentang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy