Ephyra Bloggers Day : Beramah Mesra Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

Ephyra Bloggers Day, Oceanlife Marketing, Ephyra Skin Bar, Inteemor, M2Flex, Ephyra Premium, Memey Suhaiza, Normal Hakim, Duta Ephyra,

Ephyra, jenama produk minuman tambahan yang dipasarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd, merupakan produk yang telah mendapat tempat di hati jutaan pengguna sejak ia diperkenalkan pada tahun 2012. Ephyra juga sememangnya jenama yang dipercayai dan digemari terutamanya dikalangan para blogger dan pengguna media sosial bukan sahaja di serata Malaysia, malah di Singapura dan Brunei.

Ephyra, Oceanlife Marketing, Khir Khalid, blogger,

Penjenamaan Ephyra Dan Peranan Media Sosial

Pada Sabtu (12.9.2015), saya berpeluang menghadiri acara 'Ephyra Bloggers Day' di pejabat urusan Oceanlife Marketing Sdn Bhd di Platinum Walk Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Ia merupakan inisiatif syarikat demi memantapkan lagi penjenamaan Ephyra dengan mengundang para blogger untuk sesi perkenalan produk disamping beramah mesra bersama duta Ephyra, Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim.
Ephyra, Amiza Amiruddin, Memey Suhaiza, Norman Hakim,
Ucapan aluan dari Puan Amiza Amiruddin selaku CEO Oceanlife Marketing Sdn Bhd.

Bermula sejak 3 tahun lepas, Oceanlife Marketing Sdn Bhd sentiasa optimis dalam berkerjasama dengan para blogger melalui pelbagai kempen, rebiu, aktiviti penajaan sehinggalah kepada skim program keusahawanan dan perniagaan. Blogger merupakan aset bernilai yang memberi manfaat bukan sahaja kepada syarikat malah kepada para blogger sendiri dan masyarakat di luar sana.

Penulisan dan pandangan blogger amat penting dalam meluaskan pemasaran produk Ephyra dengan menyampaikan maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat. Bermula dari produk Ephyra Premium sehingga kini kepada Ephyra Skin BarEphyra Inteemor dan M2Flex, pihak Oceanlife Marketing Sdn Bhd sentiasa membina hubungan kerjasama yang baik, malah merupakan satu-satunya produk yang sentiasa mendapat perhatian para blogger.
Duta Ephyra, Norman Hakim, Memey Suhaiza,
Duta Ephyra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkongsi pengalaman bersama rakan blogger

Formulasi Minuman Tambahan Ephyra

Minuman tambahan Ephyra diformulasikan melalui teknologi dari Perancis dan menggabungkan kolagen ikan laut dalam sebagai formula utama bersama dengan ramuan bahan semulajadi yang lain seperti Acai Berry, Acacia Gum, Salmon Ovary Peptide, Asthaxanthin, Tomato Powder, Acerolla Cherry, Marygold Flower Extract dan Superberry. 


Kesemua bahan ini terbukti secara klinikal mampu memberikan impak maksimum dalam mengekalkan kejelitaan secara semulajadi. Disamping mencerah dan memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat dan pigmentasi, ia juga memberi khasiat yang besar untuk kesihatan seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser dan menguatkan sistem anti-oksida badan yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.

Minuman tambahan Ephyra ini juga selamat untuk ibu yang mengandung dan menyusukan bayi kerana khasiat vitamin dan mineral yang tinggi didalamnya dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.
Duta Ephyra Memey Suhaiza, blogger Khir Khalid,
Bersama Memey Suhaiza dan antara produk Ephyra
Ephyra Bloggers Day, Blogger Malaysia,
Kami berpeluang merasa sendiri keistimewaan produk Ephyra... wefie sikit.. :) 

Produk Dibawah Penjenamaan Label Ephyra

Kini pada tahun 2015, Oceanlife Marketing Sdn Bhd telah melancarkan tiga produk terbaru iaitu sabun kecantikan untuk muka dan badan; Ephyra Skin Bar, jus premium wanita; Inteemoor dan minuman bertenaga buat kaum lelaki; M2Flex.

Ephyra Skin Bar

Ephyra Skin Bar diformulasi 100% dari bahan asli semulajadi dan dirumuskan untuk kegunaan muka dan badan. Ia dapat memberikan kebaikan untuk merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat serta jeragat. Kulit bukan sekadar lebih lembut malahan lebih anjal dan tegang serta bebas kotoran dan minyak.


Ephyra Inteemor

Inteemor adalah minuman jus premium yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti.
Ephyra Inteemor

Ephyra M2Flex

M2Flex adalah minuman kesihatan tambahan yang dirumus khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gym. Selain dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, ia dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang diidamkan setiap lelaki.
Ephyra M2Flex
Ephyra M2Flex
Duta Ephyra, Norman Hakim, blogger Khir Khalid,
Amalkan minum M2Flex sebelum dan selepas aktiviti GYM untuk sado macam Norman Hakim... yeah!!

Dapatkan Produk Ephyra Sekarang

Rangkaian produk Ephyra sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Tambahan harganya amat berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang diberikan. Bermula serendah RM 39.00 sehingga RM 197.00, produk Ephyra dipasarkan melalui lebih 500 stokis, toko-toko jamu dan farmasi terpilih di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Anda juga boleh membeli secara online di laman web dan Facebook Oceanlife Marketing Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.oceanlife2u.com atau Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u . Anda juga boleh berhubung terus dengan Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan : Innanie Ariffin di talian 019 301 5577
Ephyra Bloggers Day, Hai Blogger,
Ephyra Bloggers Day : Beramah Mesra Bersama Duta Ephyra
Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

*Terima kasih kepada HaiBloggers atas undangan ke majlis Ephyra Bloggers Day; Beramah Mesra Bersama Duta Ephyra, Memey Suhaiza Dan Norman Hakim. Satu pengalaman bermanfaat dan menyeronokkan bersama rakan-rakan blogger untuk dikongsikan bersama. 

Kredit foto : Mohd Fakhrul Islam


COMMENTS

BLOGGER: 44
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ephyra Bloggers Day : Beramah Mesra Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim
Ephyra Bloggers Day : Beramah Mesra Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim
Ephyra Bloggers Day, Oceanlife Marketing, Ephyra Skin Bar, Inteemor, M2Flex, Ephyra Premium, Memey Suhaiza, Normal Hakim, Duta Ephyra,
https://4.bp.blogspot.com/-lBFu4PhX-gQ/Vfd1hCE7lWI/AAAAAAAALFE/FFpZF6ZLggw/s640/Ephyra%2BOceanlife%2BMarketing.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-lBFu4PhX-gQ/Vfd1hCE7lWI/AAAAAAAALFE/FFpZF6ZLggw/s72-c/Ephyra%2BOceanlife%2BMarketing.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ephyra-bloggers-day-beramah-mesra.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ephyra-bloggers-day-beramah-mesra.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy