Malaika Oil : Hilangkan Jerawat, Jeragat Dan Pudarkan Parut Dengan Berkesan

Malaika Oil, Rawatan minyak muka, menghilangkan jerawat, menghapuskan jeragat, memudarkan parut, mencantikkan kulit,

Kulit muka licin dengan tonasi yang sekata pastinya menjadi idaman setiap wanita mahupun lelaki pada masa kini. Ia merupakan aset penting yang mampu menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan berketerampilan. Justeru pada artikel ini, saya ingin memperkenalkan produk Malaika Oil, sebagai solusi terbaik untuk penyelesaian kepada permasalahan kulit muka anda.

Malaika Oil, melicinkan kulit muka berkesan,

Produk Rawatan Minyak Muka Malaika Oil

Malaika Oil merupakan rawatan minyak muka semulajadi yang membersihkan kulit wajah secara mendalam seterusnya berkesan menghilangkan jerawat dan jeragat degil. Ia juga mampu menanggalkan minyak kotor dari muka anda terutama dari alat solek dan bahan kimia yang terdedah setiap hari dan boleh dijadikan sebagai serum untuk menghilangkan parut jerawat dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah.

Keunikan adunan bahan-bahan semulajadi antaranya, Extra Virgin Olive Oil, Lemon Oil, Castor Oil, Temu Lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan adalah intipati asli dalam menghasilkan Malaika Oil. Sesungguhnya kesemua bahan ini mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri yang pastinya membantu memulihkan kulit wajah anda. Ianya sesuai untuk digunakan oleh lelaki mahupun wanita. 
Malaika Oil, khasiat herba semulajadi,
Malaika Oil : Keunikan adunan 100% bahan semulajadi

Malaika Oil diformulasikan sendiri oleh pengasasnya, Cik Humaira Hasnan yang pada asalnya hanya diperkenalkan kepada rakan-rakan terdekat. Namun atas permintaan yang tinggi, beliau telah mengkomersilkannya untuk berkongsi rahsia kejelitaan. Produk ini dikilangkan di Kota Bharu dan disahkan halal serta selamat dengan kelulusan KKM bernombor pendaftaran NOT150403152K.
Humaira Hasnan, Pengasas Malaika Oil,
Pengasan Malaika Oil, Cik Humaira Hasnan

Kelebihan Dan Keistimewaan Malaika Oil

Malaika Oil berkesan seawal sapuan pertama dan mampu menghilangkan jerawat seawal 3 hari penggunaannya. Terdapat pelbagai testimoni yang mengakui kelebihan dan keistimewaan Malaika Oil sebagai solusi terbaik menghapuskan jerawat, menghilangkan jeragat dan memudarkan parut, antaranya saya kongsikan di sini.
Malaika Oil, jerawat, jeragat, parut muka,
Malaika Oil menghilangkan jerawat, menghapuskan jeragat dan memudarkan parut.
Testimoni pengguna Malaika Oil
Testimoni pengguna Malaika Oil

Soalan Lazim Mengenai Malaika Oil

Terdapat beberapa soalan lazim mengenai penggunaan Malaika Oil untuk pengetahuan sahabat pembaca saya yang dihormati sekelian, diantaranya adalah seperti berikut:

Apakah fungsi utama Malaika Oil?
Malaika Oil merupakan rawatan minyak muka yang mampu membersihkan kulit muka secara mendalam seterusnya menghilangkan jerawat dan jeragat degil.

Adakah Malaika Oil ini serum?
Malaika Oil boleh dijadikan sebagai serum untuk menghilangkan parut dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah sebelum tidur.

Adakah Malaika Oil sesuai untuk muka berminyak?
Sudah semestinya kerana Malaika Oil membersih muka secara mendalam dan mampu menanggalkan minyak kotor dari muka anda terutama dari make up dan bahan kimia. Minyak semulajadi Malaika Oil akan menggantikan minyak kotor itu.

Malaika Oil boleh putihkan kulit?
Malaika Oil tidak menjamin boleh memutihkan kulit tetapi mampu bertindak membersihkan kulit secara total dan menghilangkan sel kulit mati serta menjadikan kulit anda sihat dan berseri-seri sepanjang hari tanpa jerawat dan jeragat.

Boleh tak pakai dengan produk lain?
Boleh digunakan dengan mana-mana produk yang bersesuaian dengan kulit muka anda. Tapi seelok-eloknya elakkan produk yang dibuat dari bahan kimia berbahaya.

Cadangan Penggunaan Malaika Oil

Cara penggunaan rawatan minyak muka Malaika Oil sungguh mudah dan berkesan. Anda hanya perlu menggunakannya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Ia juga boleh dijadikan serum untuk menanggalkan parut dengan menyapukannya pada kawasan bermasalah dan biarkan ianya semalaman. Jom tonton cara-cara penggunaan Malaika Oil melalui video ini: 


Tempahan : Whatssap 'Malaika' ke 0112-572 1213  

Malaika Oil: Hilangkan jerawat, jeragat dan pudarkan parut dengan berkesan. Buat tempahan anda sekarang melalui whatssap dengan menaip 'Malaika' ke 0112-5721213. Untuk info lanjut, anda juga boleh melayari laman web dan berinteraksi di laman sosial Malaika Oil yang disediakan di bawah:



COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Malaika Oil : Hilangkan Jerawat, Jeragat Dan Pudarkan Parut Dengan Berkesan
Malaika Oil : Hilangkan Jerawat, Jeragat Dan Pudarkan Parut Dengan Berkesan
Malaika Oil, Rawatan minyak muka, menghilangkan jerawat, menghapuskan jeragat, memudarkan parut, mencantikkan kulit,
http://4.bp.blogspot.com/-7MjaK2fPyts/Vgg2l8KBMqI/AAAAAAAALN8/L1JTSHovHtw/s640/Malaika%2BOil%2BProduct.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-7MjaK2fPyts/Vgg2l8KBMqI/AAAAAAAALN8/L1JTSHovHtw/s72-c/Malaika%2BOil%2BProduct.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/09/malaika-oil-hilangkan-jerawat-jeragat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/09/malaika-oil-hilangkan-jerawat-jeragat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy