Dilema Kerjaya Dan Krisis Ekonomi Malaysia

Dilema kerjaya menangani krisis ekonomi global,

Baru-baru ini saya telah bertemu dengan beberapa kenalan yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di sekitar ibu negara. Hasil pertemuan juga membuka ruang bicara tentang cabaran dan arah tuju pembangunan negara berdasarkan perkembangan info-semasa yang diperolehi dari pelbagai sumber. Sahih atau tidak, ia pasti menjadi perhatian yang mempengaruhi tindakan terhadap realiti gaya hidup masyarakat dalam era informasi masa kini.
Krisis ekonomi Malaysia
Info Berita Semasa >> Malaysia Menuju Kegawatan Ekonomi

Petanda Krisis Ekonomi Malaysia

Pelbagai info menyatakan Malaysia secara realitinya sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dunia. Rantaian krisis yang berlaku juga dijangka akan menjadi seperti krisis sekitar tahun 1996 hingga 1998. Perkongsian 'whatssapp' yang menjadi perhatian ramai menggariskan 15 petanda Malaysia bakal berhadapan dengan krisis ekonomi yang serius. Selain negara, kita juga perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. 

1) Selepas Malaysia Airlines (MAS) menamatkan perkhidmatan 6000 pekerjanya pada Jun tahun ini, NAZA di Gurun, Kedah juga menamatkan perkhidmatan 300 kakitangannya pada Ogos lepas.

2) Kilang CCM di Shah Alam telah ditutup dan 200 pekerja hilang pekerjaan.

3) Kilang Ansell dan JVC di Shah Alam juga telah ditutup menyebabkan 200 dan 300 pekerja hilang pekerjaan.

4) RHB Bank akan memberhentikan 2000 pekerja melalui VES (Voluntari Exit Scheme). Ia dilakukan selepas CIMB Bank membuang 1800 pekerja di Malaysia dan 2200 di Indonesia.

5) Maybank telah dan sedang melaksanakan ERS (Early Retirement Scheme). Tidak dapat dipastikan jumlah pekerja yang bakal ditamatkan perkhidmatan.

6) Kuwait Finance House akan menutup seluruh operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Rundingan sedang dijalankan dengan bank yang akan mengambil alih operasi mereka termasuk aset dan liabiliti. Bila berlaku M&A (merger and acquisition) atau buy over, sebahagian kakitangan akan ditamatkan perkhidmatan.

7) Hari ini ringgit terus jatuh berbanding USD kepada RM4.35. Dijangka akan terus jatuh sehingga akhir tahun ini.      

8) Kadar inflasi akan terus meningkat, penganguran akan bertambah dan kuasa beli semakin berkurangan khususnya pada tahun 2016 kelak.

9) Sektor-sektor swasta sedang dalam proses mengurangkan kakitangan dan pengambilan kakitangan baru dibekukan.

10) Kerajaan akan mengurangkan bajet kepada semua kementerian. Perdana Menteri menyeru universiti-universiti awam mengambil inisiatif mencari dana sendiri dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.

11) Suasana politik dan ekonomi yang tidak stabil menghalang pelabur luar negara melabur di Malaysia. Kesannya ekonomi tidak berkembang dan peluang pekerjaan gagal diwujudkan.

12) Lemahnya nilai ringgit dan meningkatnya inflasi menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport barang-barang dari luar dengan harga yang lebih mahal dan membayar hutang dengan nilai yang lebih tinggi.

13) Kesannya ialah cukai yang lebih tinggi akan dikenakan kepada para peniaga yang akan mengakibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

14) Kesan kepada rakyat Malaysia juga akan lebih teruk dimana selain terpaksa membayar dengan lebih mahal untuk barangan dan perkhidmatan, subsidi juga akan ditarik seperti yang telah dilakukan terhadap harga petrol dan diesel. Subsidi lain juga akan ditarik atau dikurangkan menyebabkan kuasa membeli semakin jatuh.

15) Walaupun ekonomi tidak memberangsangkan, harga rumah akan semakin meningkat. Bank akan mengetatkan syarat pinjaman menyebabkan proses membeli dan memiliki rumah semakin sukar.

Peluang kerjaya sewaktu kegawatan ekonomi

Arah Tuju Kerjaya Dan Cabaran Kehidupan

Berdasarkan persepsi senario di atas, ia memberi kesan kepada individu dan keluarga, sama ada yang tiada pendapatan tetap, berpendapatan rendah, sederhana malah yang tinggi kerana 'makan gaji' bukanlah ruangan terjamin telus ekonomi. Ia pastinya menduga arah tuju kerjaya dan siasah diri kebanyakkan kita dalam keadaan meruncing ini. 

Saya juga antara usahawan yang terkesan sewaktu krisis kegawatan ekonomi era 90an. Alhamdulillah, saya berjaya pulih walaupun menempuh jalan sukar. Pengalaman adalah guru terbaik. Namun tetap ada beberapa perniagaan yang tidak terjejas malah meningkat naik ketika krisis kegawatan ekonomi melanda. Ia diakui bukan sahaja kebanyakan usahawan berjaya serata dunia, malah kerajaan. Selebihnya terletak pada doa, usaha dan komitmen diri sendiri.

COMMENTS

BLOGGER: 44
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Dilema Kerjaya Dan Krisis Ekonomi Malaysia
Dilema Kerjaya Dan Krisis Ekonomi Malaysia
Dilema kerjaya menangani krisis ekonomi global,
https://1.bp.blogspot.com/-IFpWe7Ec-zs/Vf3CTuBnCDI/AAAAAAAALHc/kCMuIoaav-Q/s640/Kegawatan-Ekonomi.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-IFpWe7Ec-zs/Vf3CTuBnCDI/AAAAAAAALHc/kCMuIoaav-Q/s72-c/Kegawatan-Ekonomi.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ruangan-kerjaya-dalam-krisis-ekonomi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/09/ruangan-kerjaya-dalam-krisis-ekonomi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy