Hukum Forex Trading Adalah Haram

Hukum Forex Trading, perdagangan pertukaran matawang asing, dr Zaharuddin Abd Rahman, penasihat syariah kewangan malaysia dan antarabangsa,

Perdagangan Forex (Forex Trading) merupakan perniagaan pertukaran matawang asing yang diniagakan sama ada melalui entiti pensyarikatan mahupun persendirian bertujuan memperolehi keuntungan atas transaksi nilai matawang dalam kadar dan waktu tertentu.

Justeru, baru-baru ini saya terbaca hujahan Dr Zaharuddin Abd Rahman, penasihat Syariah kewangan Islam tempatan dan antarabangsa tentang Forex Trading yang membuatkan saya terpanggil berkongsi di sini sebagai sebaran peringatan dan panduan bersama.

Perdagangan matawang asing

Pendapat Terseleweng Hukum Forex Trading Itu Harus


Implikasi dari individu yang mengatakan Forex trading sebagai harus.

1. Dia anggap matawang sebagai komoditi yang boleh dijual beli untuk mendapat untung. ini adalah pandangan kapitalis Barat yang tamak harta serta tidak mengira halal haram.

2. Dia anggap matawang boleh disewakan. Hasilnya, tindakan itu sekalugus bakal menghalalkan riba di bank konvensional kerana akan dianggap semua bank konvensional diharuskan menyewakan wang kepada pelanggan dengan mengenakan kadar faedah tertentu dan diakhir tempoh perlu dipulang semula barang sewaan iaitu wang pokok pinjaman. Itulah implikasi apabila menganggap matawang sebagai komoditi, sedang ulama Islam silam dan kontemporari semua menolak anggapan matawang sebagai komoditi.

Dr. Zaharuddin Abd. Rahman
Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Itulah pendapat yang terseleweng dari kebenaran, tidak kiralah jika ia disebut oleh mana-mana ustaz pemain Forex (biasanya bukan specialist bab muamalat walaupun dia mengakui dia mengaji Syariah kerana itu hanya asas sahaja).

Justeru Forex trading adalah HARAM sama ada ia dilaksanakan oleh individu mahupun oleh bank yang bayar cukai kepada kerajaan. Islamic Banking tidak melakukan tidak melakukan forex trading, jika ada, maka Penasihat Syariah mungkin terlepas pandang.

Juga sebahagian Islamic Bank menggunakan Forex transaction sebagai hedging (lindungi nilai dan risiko bisnes untuk pelbagai pihak) dan perlu difahami bahawa FOREX TRANSACTION itu tidak sama dengan FOREX TRADING.

Hujah Membidas Matawang Sebagai Komoditi


Imam Ibn Qayyim dalam Al-Turuq al-Hukmiyah membidas tindakan menjadikan matawang sebagai barang komoditi dengan katanya;

Imam Ibn Qayyim dalam Al-Turuq al-Hukmiyah,

Ertinya : Mesti ditegah bagi sesiapa menjadikan matawang sebagai barang dagangan kerana itu bakal menyebabkan kerosakan yang besar serta tidak diketahui kecuali Allah swt menyelusup masuk ke dalam masyarakat, bahkan apa yang wajib adalah, duit mestilah menjadi matawang yang orang berniaga melaluinya (sebagai perantaraan membeli komoditi) dan bukan pada matawang itu sendiri.

Imam al-Ghazzali juga sebelumnya di dalam Ihya 'Ulumuddin (4/91) telah menyebut berkenaan kesalahan menjadikan matawang sebagai barang dagangan ini yang bakal merosakkan dan membawa mafsadah dengan katanya;

Imam al-Ghazzali, Ihya 'Ulumuddin (4/91),
Manakala ulama besar mahzab Hanafi iaitu Ibn 'Abidin mengatakan yang sama menegaskan matawang bukan dibeli untuk dirinya sendiri tetapi ia adalah harga bagi barangan, lalu ia bukan komoditi yang harus diperniagakan. Katanya;

Ibn 'Abidin

Sumber : facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman 

Perdagangan Forex Dan Kesedaran Syariah


Kepada sesiapa yang berkecimpung dalam pasaran saham pasti sedar bahawa ramai dikalangan kita yang beragama Islam terlibat dalam Forex Trading. Justeru, bersama kita dalami setiap perkara dengan rujukan ilmu dari mereka yang pakar dan bertauliah dalam bidangnya serta akur terhadap kebenaran terutama yang melibatkan hukum agama. 

Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati setiap rezeki yang kita perolehi untuk kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat... aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hukum Forex Trading Adalah Haram
Hukum Forex Trading Adalah Haram
Hukum Forex Trading, perdagangan pertukaran matawang asing, dr Zaharuddin Abd Rahman, penasihat syariah kewangan malaysia dan antarabangsa,
https://2.bp.blogspot.com/-oocmKv_-Uas/VhWzBTVUofI/AAAAAAAALQY/MkHT9Yiqjzk/s640/Forex-Tukaran%2Bwang%2Basing.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-oocmKv_-Uas/VhWzBTVUofI/AAAAAAAALQY/MkHT9Yiqjzk/s72-c/Forex-Tukaran%2Bwang%2Basing.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/10/hukum-forex-trading-adalah-haram.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/10/hukum-forex-trading-adalah-haram.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy