Maal Hijrah : Memperkasa Azam Dan Memartabat Perjuangan Islam

Maal Hijrah, awal muharram, peristiwa hijrah dalam sejarah Islam, salam maal hijrah 1437,

Maal Hijrah bertandang lagi menandakan ketibaan tahun baru dalam kiraan kalender Islam (Hijrah). Saban tahun pasti kita menyambutnya dengan doa dan harapan yang kebiasaannya dimulakan selepas waktu asar dengan doa akhir tahun, seterusnya membaca doa awal tahun selepas usai Maghrib disertakan dengan bekalan semangat dan tawakkal untuk beroleh kehidupan yang lebih baik dan diberkati, in shaa Allah.

Salam Maal Hijrah

Peristiwa Penting Maal Hijrah Dalam Sejarah Islam

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Kalender Hijrah secara rasmi bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan dari para sahabat untuk penetapan tarikh bagi madinah ketika itu. Ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul. Namun pandangan yang disepakati mencadangkan tarikh kalender Islam bermula pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Doa awal dan akhir tahun Hijrah

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul berjaya membentuk kerajaan yang sah. Perjuangan dengan segala kesukaran akhirnya berjaya membina hubungan diplomatik dan intelek dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah sehingga Islam tersebar ke serata dunia.

Sambutan Maal Hijrah Di Malaysia

Malaysia sebagai sebuah negara yang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi juga prihatin menyambut Awal Muharram di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Malah kebanyakkan masjid dan surau-surau mengambil kesempatan mengadakan tazkirah bagi mengimarahkan kedatangan tahun baru Islam ini. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram juga merupakan hari cuti umum di Malaysia. 

Saban tahun di Malaysia, kita juga mempunyai tema dan slogan yang dibuat bertujuan menyuntik semangat dan peringatan buat umat Islam seluruhnya sebagai panduan memperkasa azam dan cita-cita untuk terus maju dan berdaya saing. Mudah-mudahan dengan berkat usaha yang dilakukan beroleh kejayaan yang diberkati untuk kebaikan di dunia dan juga akhirat.

Hijrah diri

Salam Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1437 

Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah buat semua saudara pembaca yang beragama Islam. Bersama-samalah kita berdoa agar sentiasa dilindungi dari pelbagai cabaran serta dugaan dalam dunia masa kini. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipermudahkan urusan dan beroleh rezeki yang halal dan diberkati.

Semoga Allah swt menerima segala niat ikhlas dan amalan baik yang kita usahakan serta sentiasa mencurahkan kemakmuran yang berterusan kepada tanah air kita yang tercinta ini... aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 20
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Maal Hijrah : Memperkasa Azam Dan Memartabat Perjuangan Islam
Maal Hijrah : Memperkasa Azam Dan Memartabat Perjuangan Islam
Maal Hijrah, awal muharram, peristiwa hijrah dalam sejarah Islam, salam maal hijrah 1437,
http://2.bp.blogspot.com/-sUQKg1lWRcM/Vhym9SZJ8XI/AAAAAAAALSI/xnthycV3f6s/s640/maalhijrah.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-sUQKg1lWRcM/Vhym9SZJ8XI/AAAAAAAALSI/xnthycV3f6s/s72-c/maalhijrah.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/10/maal-hijrah-memperkasa-azam-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/10/maal-hijrah-memperkasa-azam-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy