Program Munajat Perdana Sempena PT3 Dan SPM

Munajat Perdana PT3 dan SPM, Penilaian Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia, SMS Banting, doa kejayaan buat anak-anak Malaysia,

Mulai Isnin (12 Oktober 2015), pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia akan menduduki Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Begitu juga dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki pelajar tingkatan 5 tidak lama lagi. Tahun ini salah seorang anak saya juga merupakan calon yang menduduki peperiksaan PT3.

Sek Menengah Sains Banting, SMS Banting

Persediaan Peperiksaan PT3 Dan SPM

Bermula sejak di awal tahun lagi sebenarnya terdapat pelbagai persediaan padu telah dilakukan pihak sekolah kepada semua calon peperiksaan dengan harapan agar setiap pelajar dapat bersedia sepenuhnya menghadapi setiap peperiksaan. Ia bukan sahaja penting untuk kebaikan prestasi sekolah, malah merupakan bimbingan sokongan buat pelajar terutama kepada yang menuntut di asrama penuh.

Tanggungjawab dan segala persediaan juga tidak hanya tertumpu kepada pihak sekolah, tetapi juga ibu bapa. Kerjasama serta persefahaman usaha diantara ibu bapa dan guru perlu sentiasa berjalan dengan komunikasi yang efektif. Begitu juga hubungan ibu bapa pelajar antara satu dengan yang lain. Sekurang-kurangnya perhubungan anak-anak diperkukuhkan lagi dengan silaturrahim keibubapaan dan kekeluargaan yang terbina.

Sek Menengah Sains Banting, SMS Banting

Munajat Perdana Sempena PT3 dan SPM 

Saya juga bersyukur kerana dapat menghadiri program Munajat Perdana PT3 dan SPM yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Menjadi kewajipan kami suami isteri untuk berusaha agar dapat hadir dalam program-program seperti ini. Selain memohon keredaan Illahi, ia secara psikologi juga menjadi pencetus semangat kepada anak-anak untuk tetap tabah dan fokus dalam pembelajaran juga peperiksaan yang dihadapi, in shaa Allah.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memudahkan jalan kejayaan buat anak-anak juga kami sekeluarga. Saya bukanlah seorang bapa yang terbaik, tetapi akan sentiasa berusaha melaksanakan yang terbaik seorang bapa lakukan untuk anak-anaknya. Justeru, saya memohon jasa sahabat pembaca yang dihormati sekelian agar dapat mendoakan kelancaran anak saya menduduki PT3 serta beroleh kejayaan yang cemerlang.

Sek Menengah Sains Banting, SMS Banting

Selamat Menduduki Peperiksaan PT3 Dan SPM 

Melalui artikel ini saya juga mendoakan kejayaan setiap pelajar dan calon peperiksaan yang menduduki PT3 dan SPM semoga diberi kelancaran menjawab segala soalan peperiksaan serta beroleh keputusan yang cemerlang. Semoga kejayaan yang diperolehi dapat dijadikan sandaran kebaikan bukan sahaja untuk manfaat diri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

Merekalah bakal pemimpin masa hadapan. Semoga Allah memudahkan jalan kejayaan buat semua... aamiin aamiin ya Robbalalaamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Program Munajat Perdana Sempena PT3 Dan SPM
Program Munajat Perdana Sempena PT3 Dan SPM
Munajat Perdana PT3 dan SPM, Penilaian Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia, SMS Banting, doa kejayaan buat anak-anak Malaysia,
http://4.bp.blogspot.com/-jrjrFMfDHaw/Vhn-4VYY-aI/AAAAAAAALRg/8ZtYXzp7zvQ/s640/Munajat%2BPerdana%2BSMS%2BBanting.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-jrjrFMfDHaw/Vhn-4VYY-aI/AAAAAAAALRg/8ZtYXzp7zvQ/s72-c/Munajat%2BPerdana%2BSMS%2BBanting.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/10/program-munajat-perdana-sempena-pt3-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/10/program-munajat-perdana-sempena-pt3-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy