INTI Perkenal Pelan Ransangan Pembelajaran Menangani Cabaran Ekonomi Masa Kini

Pakej Ransangan Pembelajaran INTI International University and Colleges, Program institusi pengajian tinggi,

INTI International University and Colleges (INTI) baru-baru ini telah memperkenalkan Pelan Ransangan Pembelajaran (Education Stimulus Plan) dalam usaha membantu menangani tekanan ekonomi yang berlaku. Kini semakin ramai penuntut institusi pengajian yang terkesan dengan implikasi kejatuhan nilai Ringgit dan kenaikan kos sara hidup yang membebankan dan secara tidak langsung mengganggu fokus penumpuan serta misi pembelajaran kepada kebanyakkan penuntut dan bakal penuntut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik.

INTI Education Stimulus Plan

Kesan Tekanan Ekonomi Terhadap Peluang Melanjutkan Pelajaran


Melalui sidang media yang diadakan pada 12 November 2015 bertempat di Kampus INTI Kuala Lumpur menyatakan, Pakej Ransangan Pembelajaran ini dirangka hasil cetusan dari laporan London-based Expert Market yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-5 termahal dalam penyediaan kos pembelajaran institusi pengajian lanjutan berdasarkan pendapatan isi rumah. 

Hasil kajian juga mendapati ibu bapa di Malaysia membelanjakan 55% pendapatan yang diperolehi untuk kos pendidikan anak. Lebih membimbangkan apabila terdapat lebih dari seorang anak yang perlu ditanggung pada waktu yang sama.

INTI Education Stimulus Plan

Justeru, Pelan Ransangan Pembelajaran yang diperkenalkan ini memfokuskan solusi strategik kepada penuntut dan bakal penuntut agar berpeluang melanjutkan pelajaran sebaiknya dengan memperolehi kelulusan yang diiktiraf global untuk prospek kerjaya yang luas dengan kadar kos yang berpatutan.  

Program Terkini Pelan Ransangan Pembelajaran INTI


Selaras dengan cabaran ekonomi semasa, INTI telah menyediakan pakej program terkini yang cukup fleksible dan kos efektif bagi memenuhi keperluan kepada mereka yang berhasrat melanjutkan pelajaran. Ia juga merupakan program pembelajaran yang mengurangkan kadar kehadiran ke kampus melalui sistem pembelajaran online terkini.

Program ini menawarkan, Bachelor of Arts in Business Administration dengan kerjasama University of Hertfordshire dan Diploma in Business Management dengan kadar yuran berbeza dan strategik. INTI menyedari kebanyakkan generasi muda terpaksa menangguhkan impian melanjutkan pelajaran dengan berkerja sejurus tamat SPM akibat bebanan kewangan masa kini. Justeru, pakej ini membuka peluang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara dengan kadar yuran yang kurang membebankan.

INTI Education Stimulus Plan

Solusi Inovatif INTI Untuk Peluang Melanjutkan Pelajaran


Bagi menampan permasalahan nilai Ringgit yang lemah dan kenaikan kos sara hidup, INTI telah memulakan kolaborasi bersama institusi pengajian antarabangsa dibawah rangkaiannya untuk menyediakan solusi yang inovatif. Antaranya termasuk perundingan bersama rakan institusi di Amerika Syarikat yang berjaya mengurangkan kos pembelajaran sebanyak 65% dari kadar kebiasaan.

INTI Education Stimulus Plan

Selain itu, kolaborasi INTI bersama Torrents University Australia yang merupakan sebahagian dari 'Laureate Network' menawarkan model yang menjimatkan 40% kos pembelajaran dengan waktu kelayakan yang singkat. Ini membuka peluang yang lebih baik kepada penuntut untuk menceburi bidang kerjaya dengan lebih cepat dan berdaya maju.

INTI Education Stimulus Plan

Pakej Mampu Bayar Program Pembelajaran INTI


Program pembelajaran INTI telah dirangka dengan skim pembayaran strategik agar setiap penuntut mampu menjelaskan yuran secara ansuran tanpa faedah. Antara lain, kepada yang memiliki kad kredit Maybank, Citibank, Public Bank atau RHB Bank berpeluang menjelaskan ansuran yuran tanpa perlu bayaran penuh apabila semester pembelajaran dimulakan.

INTI Education Stimulus Plan

Menurut Rohit Sharma selaku Ketua Pegawai Eksekutif INTI, adalah menjadi tanggungjawab INTI menyokong pembangunan negara dengan menyediakan peluang pembelajaran yang terbaik kepada masyarakat. Kami yakin solusi ini dapat membantu ramai penuntut dan bakal penuntut mengurangkan beban kewangan bagi memperolehi kelayakan profesional dalam merealisasikan impian kerjaya dan kehidupan demi mencapai wawasan negara.

Maklumat lanjut Pelan Ransangan Pembelajaran INTI boleh layari di laman rasmi : www.newinti.edu.my     


COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: INTI Perkenal Pelan Ransangan Pembelajaran Menangani Cabaran Ekonomi Masa Kini
INTI Perkenal Pelan Ransangan Pembelajaran Menangani Cabaran Ekonomi Masa Kini
Pakej Ransangan Pembelajaran INTI International University and Colleges, Program institusi pengajian tinggi,
http://1.bp.blogspot.com/-cRSEWc_rjO8/VkVUQTP-YMI/AAAAAAAALUo/ilRKess3TCA/s640/INTI%2BEducation%2BStimulus%2BPlan.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-cRSEWc_rjO8/VkVUQTP-YMI/AAAAAAAALUo/ilRKess3TCA/s72-c/INTI%2BEducation%2BStimulus%2BPlan.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/11/inti-perkenal-pelan-ransangan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/11/inti-perkenal-pelan-ransangan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy