Majlis Anugerah Pemenang Pereka Muda Nippon Paint 2015

Nippon Paint Young Designer Award 2015, Majlis anugerah pemenang pereka muda, design with heart, for a sustainable future, with people in mind, IJM Land Berhad,

Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) bersama IJM Land Berhad (IJM Land) telah mengumumkan pemenang pertandingan Anugerah Pereka Muda Nippon Paint 2015 (Nippon Paint Young Designer Award 2015 – NPYDA) yang telah dilancarkan pada Mei 2015. Majlis penganugerahan berlangsung pada 19 November 2015 di dewan auditorium Wisma Bentley, Mutiara Damansara dan merupakan platform aspirasi pereka muda senibina dan hiasan dalaman di seluruh Malaysia dan Asia. NPYDA 2015 menerima lebih 700 penyertaan pereka muda dari 38 universiti dan kolej di serata Malaysia. 

Nippon Paint Young Designer Award 2015, NPYDA

NPYDA : Persaingan Pereka Muda Nippon Paint Ke Liga Asia


Majlis anugerah ini telah menyaksikan pemenang Anugerah Emas (Gold Award Winner) dari 2 kategori yang dipertandingkan. Tan Kwon Chong dari Universiti Teknologi Malaysia telah memenangi kategori senibina (architectural design), juga menerima Anugerah Inovasi Hijau Terbaik dan Pemilihan Warna Terbaik (Best Green Innovation and Best Colour Choice Award). Manakala Ong Kian Gee dari Malaysian Institute of Arts telah memenangi kategori hiasan dalaman (interior design), juga menerima Anugerah Inovasi Hijau Terbaik (Best Green Innovation Award).

Kedua-dua pemenang menerima hadiah wang tunai RM3,000.00 setiap seorang serta beroleh tawaran 6 bulan internship berbayar oleh IJM Land Berhad. Selain itu, pemenang juga berpeluang menimba ilmu dari pereka-pereka pakar bagi melengkapkan diri untuk bertanding ke liga Asia bersama pemenang-pemenang yang mewakili setiap negara dalam pertandingan akhir (Grand Finale NPYDA 2015) di Bangkok, Thailand pada awal tahun hadapan.
Tan Kwon Chong dari Universiti Teknologi Malaysia
bersama Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Mr Edward Chong Sin Kiat dan
Ms Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia Group
Ong Kiat Gee, Malaysian Institute of Arts, Nippon Paint, IJM Land,
Ong Kiat Gee dari Malaysian Institute of Arts memenangi kategori Hiasan Dalaman
juga Anugerah Inovasi Hijau Terbaik NPYDA 2015

Tema NPYDA Dari Hati Untuk Kelestarian Masa Hadapan


Tema NPYDA 2015 adalah berteraskan keperihatinan sosio-masyarakat dan alam sekitar : ‘Design With Heart : For a Sustainable Future : With People In Mind’. Ia bertujuan menyuntik inspirasi kepada pereka-pereka muda melahirkan senireka bangunan dan hiasan dalaman yang menepati citarasa mesra kehidupan dan alam sekitar. Ia juga merupakan cabaran kepada semua peserta dimana setiap senireka yang ditampilkan perlu mempunyai manfaat kepada semua lapisan masyarakat merangkumi warga muda, tua dan orang kurang upaya (OKU).

Pemenang kategori senibina, Tan Kwon Chong yang berasal dari Pontian, Johor telah menghasilkan senibina bertemakan ‘evolving nature’. Ia diinspirasikan dari persekitaran perkampungan nelayan di Pontian kechil merupakan senibina tapak rekreasi komuniti yang berteraskan pembangunan mesra masyarakat dan alam semulajadi. Selain itu ia mengetengahkan ‘eco-learning centre’ sebagai platform ilmu tentang budaya kehidupan perkampungan nelayan kepada masyarakat masa kini.

Eco Learning market centre, evolving nature, pontian,
Antara lakaran pelan berkonsepkan 'Evolving Nature' oleh Tan Kwong Chong
yang memenangi Anugerah Emas, Anugerah Inovasi Hijau Terbaik dan Anugerah Warna Terbaik
Eco learning market centre, evolving nature, pontian,
'Bird eye view' Eco-Lerning Centre oleh Tan Kwon Chong

Bagi pemenang kategori hiasan dalaman, Ong Kian Gee telah memperkenalkan ‘homeless centre’ bagi insan gelandangan. Menurut beliau, tema ‘design with heart’ telah menginspirasikannya untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Fokus senireka menumpukan transformasi stesen keretapi terbiar menjadi tempat berteduh yang selamat dan selesa serta mempunyai ciri-ciri penjimatan berasaskan bahan kitar semula termasuk penggunaan sumber tenaga yang rendah.      
Homeless centre, visual rumah gelandangan,
Antara lakaran 'Homeless Centre' oleh Ong Kiat Gee yang memenangi
Anugerah Emas dan Anugerah Inovasi Hijau Terbaik
Homeless centre, rumah gelandangan, visual,
Antara visual ''train couch view' pusat gelandangan rekaan Ong Kiat Gee

NPYDA yang telah dipelopori pada tahun 2008 di Malaysia merupakan pertandingan senireka bagi pelajar senibina dan hiasan dalaman di seluruh Asia. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan setiap tahun dan pada tahun ini telah menyaksikan penglibatan sebanyak 12 negara di asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Hong Kong, Jepun, Pakistan, Bangladesh dan Papua New Guinea.

Nippon Paint, IJM Land, Ong Kian Gee, Tan Kwon Chong,

Panel juri dan hakim terdiri daripada pakar dan veteran dalam industri senibina dan hiasan dalaman termasuk pemenang NPYDA 2014 sebagai panel hakim undangan. Ia turut disokong Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID), Pertubuhan Indeks Bangunan Hijau (GBI), Lembaga Pembagunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan Belia Pemaju Perumahan Dan Hartanah Malaysia (REDHA Youth), Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) termasuk Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KETTHA).




COMMENTS

BLOGGER: 18
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Anugerah Pemenang Pereka Muda Nippon Paint 2015
Majlis Anugerah Pemenang Pereka Muda Nippon Paint 2015
Nippon Paint Young Designer Award 2015, Majlis anugerah pemenang pereka muda, design with heart, for a sustainable future, with people in mind, IJM Land Berhad,
http://3.bp.blogspot.com/-aN2UdS3aNw0/Vk9xyAc864I/AAAAAAAALYA/UrqWty0IlhU/s640/Nippon%2BPaint%2BYoung%2BDesigner%2BAward.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-aN2UdS3aNw0/Vk9xyAc864I/AAAAAAAALYA/UrqWty0IlhU/s72-c/Nippon%2BPaint%2BYoung%2BDesigner%2BAward.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/11/majlis-anugerah-pemenang-pereka-muda.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/11/majlis-anugerah-pemenang-pereka-muda.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy