Kaji Selidik 'Industri Vs Graduan' Serta Cabaran Besar Pasaran Pekerjaan

Kajiselidik industri vs graduan, Jangkaan berbeza antara majikan dan pelajar, cabaran besar dalam senario pasaran meruncing, INTI Industry vs Graduates Survey,

INTI Industry vs Graduates Survey,

INTI International University and Colleges (INTI) telah menjalankan kaji selidik penting 'Industry vs Graduates Survey' yang mendapat pelbagai maklumbalas pandangan jangkaan berbeza antara majikan dan graduan yang merupakan cabaran besar dalam senario pasaran yang meruncing pada masa kini.

Pembentangan kaji selidik telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif INTI, Rohit Sharma pada Selasa 15 Disember 2015 bertempat di Dewan Auditorium Kampus INTI, Subang Jaya, Selangor.

Pembentangan Kaji Selidik 'Industri Vs Graduan' INTI


Berdasarkan kaji selidik mendapati wujudnya jurang perbezaan yang semakin membesar diantara jangkaan pihak majikan dan para lepasan universiti yang sedang membuat persiapan untuk memasuki pasaran pekerjaan. Keadaan ini menjadi ujian paling hebat kepada graduan disaat keadaan ekonomi semakin meruncing dan polisi pengambilan pekerja juga semakin ketat.

Menurut Rohit Sharma, sekiranya sesuatu tidak dilakukan mengatasi perkara ini, jurang perbezaan jangkaan antara majikan dan graduan akan memberi impak kepada keseluruhan sistem. Kita akan menyaksikan lebih ramai graduan muda yang tidak bekerja atau kerap bertukar kerja dan pihak majikan akan mengalami kadar pengambilan pekerja yang tinggi atau langsung tidak berjaya mengambil pekerja yang sesuai untuk memenuhi keperluan syarikat dan industri.
INTI Industry vs Graduates Survey
Pembentangan Kaji Selidik Industri vs Graduan oleh Rohit Sharma

Pihak INTI telah melakukan kaji selidik kepada 600 responden di tiga pusat pemasaran di Malaysia dan telah membuktikan wujudnya perbezaan pendapat berkenaan keupayaan dan kebolehpasaran graduan baharu di Malaysia. Ia bertujuan mendalami jangkaan para graduan selepas tamat pengajian dan juga syarikat-syarikat yang bakal menjadi majikan mereka.

Perbezaan Jangkaan Antara Majikan Dan Graduan


Kaji selidik dikalangan ibu bapa dan pelajar mendapati 79% percaya kemahiran ‘soft skills’ semakin meningkat dikalangan graduan kini. Namun 84% majikan tidak bersetuju dan menyatakan walaupun keputusan akademik yang cemerlang, graduan tidak memiliki ‘soft skills’ yang sangat penting untuk berjaya dalam dunia pekerjaan sebenar.

Ibu bapa turut memberi keutamaan ‘soft skills’ merangkumi komunikasi, kemahiran bekerjasama, berfikir secara kritikal dan kreatif, manakala majikan pula menganggap komunikasi adalah kemahiran utama dan sangat penting.

Responden dikalangan majikan mendapati 81% memberi keutamaan kepada graduan serba boleh dengan minat yang pelbagai, sementara 65% memilih graduan yang mempunyai pengalaman praktikal. Latihan industri dan latihan sambil belajar juga dipilih antara faktor penting bagi 57% majikan. Walaubagaimana 88% ibu bapa dan pelajar turut sama bersetuju bahawa kemahiran ‘soft skills’ lebih penting daripada keputusan akademik sewaktu memohon pekerjaan.

INTI Industry vs Graduates Survey
Panel perbincangan Industri vs Graduan (dari kanan) Moderator : Khoo Hsu Chuang, Presenter & producer BFM
Panelis : Daren Yoong, Pengurus Perhubungan LinkedIn, Rohit Sharma,
Nur Azre Abdul Aziz, Pelajar Bachelor of Business Admin INTI dan Leon Foong, Pengurus Besar Uber Malaysia 

Golongan pelajar turut mengutamakan institusi pengajian tinggi yang menekankan kemahiran ‘soft skills’ (87%), dan ia turut disokong pihak majikan. 83% majikan menyatakan terdapat perbezaan ketara pada mutu graduan dari institusi yang mementingkan peningkatan dan pembangunan kemahiran ‘soft skills’.

Selain itu, aspek pengalaman bekerja juga mendapat persetujuan responden dimana 87% pihak majikan bersetuju graduan dari institusi yang menjalankan latihan sambil belajar (internship) lazimnya lebih cemerlang dan 90% ibu bapa percaya ia meningkatkan prospek graduan untuk mendapat pekerjaan.

Dalam pada itu, kaji selidik juga mendapati jangkaan berbeza yang ketara dimana ibu bapa dan pelajar menjangkakan gaji pertama sebanyak RM3,400 manakala purata pasaran adalah diantara RM2,100.00 dan RM2,500.00. (Sumber JobStreet 2015).

Cabaran Besar Dalam Senario Pasaran Meruncing


Justeru, keupayaan memahami isu-isu berbangkit dan menanganinya di peringkat akar umbi amat penting bagi institusi akademik yang mahu membangunkan bakat-bakat yang memiliki jalinan kemahiran, kelayakan akademik juga keseimbangan antara bakat dan sikap.

INTI bekerja dengan lebih 400 rakan industri dan prihatin akan wujudnya perbezaan jangkaan ini dan sentiasa berazam untuk memahami keadaan dengan lebih baik agar dapat menyediakan penyelesaian terbaik, jelas Sharma lagi.

INTI Industry vs Graduates Survey
Sesi media Rohit Sharma dan Leon Foong selepas pembentangan kaji selidik Industri Vs Graduan INTI

Walaupun senario sekarang semakin rumit, dimana 53% majikan mempunyai dasar pengambilan pekerja yang semakin ketat, INTI dengan rakan industri yang merangkumi syarikat global seperti IBM, Google, Microsoft dan juga syarikat gergasi tempatan seperti Maybank, mempunyai kelebihan memastikan 100% pelajarnya mendapat latihan internship. Tambahan lagi, 78% daripada graduan INTI dibayar gaji pertama lebih tinggi daripada purata pasaran dan 97% mendapat pekerjaan dalam masa 6 bulan selepas majlis graduasi mereka.

Kaji selidik 'Industri Vs Graduan' INTI ini adalah yang ketiga dalam siri kaji selidik utama yang dijalankan oleh INTI untuk memastikan ia memenuhi janji menjadi juara perubahan 'Champion Of Change' di Malaysia.


COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kaji Selidik 'Industri Vs Graduan' Serta Cabaran Besar Pasaran Pekerjaan
Kaji Selidik 'Industri Vs Graduan' Serta Cabaran Besar Pasaran Pekerjaan
Kajiselidik industri vs graduan, Jangkaan berbeza antara majikan dan pelajar, cabaran besar dalam senario pasaran meruncing, INTI Industry vs Graduates Survey,
https://1.bp.blogspot.com/-5Eib2ieW4YA/Voa3PlOfYCI/AAAAAAAALdo/KcCrJzJivlk/s640/INTI%2BIndustry%2Bvs%2BGraduates%2BSurvey.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-5Eib2ieW4YA/Voa3PlOfYCI/AAAAAAAALdo/KcCrJzJivlk/s72-c/INTI%2BIndustry%2Bvs%2BGraduates%2BSurvey.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/12/kaji-selidik-industri-vs-graduan-serta.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/12/kaji-selidik-industri-vs-graduan-serta.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy