INTI Raikan Kepentingan Inovasi Dan Memperkasa Bakat

Pelancaran program INTIpreneur 2016 sempena ulangtahun ke 30 INTI International Universities & Colleges, Celebrating 30 years of empowering young minds,

Sejak 1986, INTI International University & Colleges telah menjadi peneraju dalam pembangunan bidang pengajian tinggi di Malaysia. Menekankan kepentingan inovasi dalam pendidikan, INTI sentiasa berusaha membawa penambahbaikan pendidikan ke arah memenuhi keperluan generasi pemimpin akan datang. Ini dilakukan dengan memberi penekanan kepada kebolehpekerjaan. Para pelajar dilengkapkan dengan persediaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk membantu mereka memenuhi jangkaan industri. Ia telah sekian lama menjadi keutamaan bagi INTI. 

Tan Yew Sing, INTI International University & Colleges,
Mr Tan Yew Sing, Chairman dan co-founder INTI

#INTI30 : Kepentingan Inovasi Dan Memperkasa Bakat


Rohit Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif, INTI berkata, “Dengan keadaan ekonomi global yang semakin merisaukan, para majikan kini mempunyai jangkaan yang lebih tinggi terhadap warga kerja mereka. Pada tahun 2015 sahaja, hampir 25,000 orang pekerja telah kehilangan pekerjaan akibat syarikat terpaksa memperbaiki kecekapan operasi untuk kekal kompetitif. Graduan baru yang mencari pekerjaan dalam pasaran yang tidak menentu sekarang ini berhadapan dengan cabaran yang begitu hebat.”

Akur akan pentingnya pelajar memiliki kemahiran yang menyerlahkan keistimewaan mereka, dan sempena menyambut ulangtahun ke-30, INTI telah melancarkan program INTIpreneur 2016. Ini adalah inisiatif unik yang bertujuan mengajak dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal bagi mencipta inovasi yang menghasilkan impak sosial. Inisiatif ini disokong oleh pemimpin terkenal dari industri yang telah bersetuju untuk memainkan peranan sebagai mentor kepada pelajar yang menyertai program tersebut. Mereka berpeluang meningkatkan pengetahuan perniagaan, keusahawanan dan kemahiran soft skill – semua kelebihan yang diutamakan para majikan pada masa ini.

Bagi melancarkan pertandingan tersebut, INTI menjemput Sajith Sivanandan, Pengarah Urusan, Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran Baharu; Nazrin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Dana Cradle; Elia Talib, Pengarah Urusan, GRADUAN; dan Melvin Lim, ahli alumni INTI dan Pengasas Bersama, Cubinet Interactive, bagi menjayakan perbincangan panel bertajuk ‘Rethinking Employability’. Mereka memberi pencerahan akan keadaan sebenar dunia pekerjaan pada tahun 2016, dan bagaimana institusi pengajian tinggi serta para majikan boleh memainkan peranan penting dalam mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk bertahan dalam pasaran pekerjaan.

#INTI30, Rethinking Employability discussion,
Rethinking Employability

“Kami percaya INTIpreneur 2016 akan memberi peluang yang baik untuk pelajar kami mendapatkan pengetahuan penting mengenai dunia pekerjaan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran para majikan yang akan menjadi mentor dalam pertandingan ini. Dengan memberi mereka pendedahan kepada syarikat-syarikat terkenal ini, kami membantu mereka untuk memahami dan meningkatkan kemahiran yang diutamakan oleh para majikan. Ini termasuk kreativiti, inovasi dan kemahiran menyelesaikan masalah, semuanya ciri yang perlu dimiliki untuk karier mereka pada masa hadapan,” tambah Sharma, yang juga moderator sesi panel tersebut.

INTIpreneur ialah satu daripada pelbagai inisiatif INTI yang bertujuan meningkatkan hasil graduan. Sehingga kini, 97% daripada graduan INTI mendapat pekerjaan dalam masa 6 bulan tamat pengajian, sementara 16% menerima tawaran pekerjaan sebelum mereka tamat pengajian. 78% daripada graduan ini menerima gaji lebih tinggi daripada purata pasaran – yang membuktikan kelebihan mereka dari segi mutu dan keupayaan yang dimiliki.

Sambutan 30 tahun penuh kecemerlangan


INTI juga meraikan ulangtahun ke-30 institusi tersebut menjalin pelbagai kolaborasi dan kerjasama lain demi menyediakan pelajar sebuah platform untuk meningkatkan kemahiran dan bakat mereka. INTI turut berganding bahu dengan ahli alumni yang sudah berjaya serta para pemimpin industri untuk menjayakan usaha tersebut.

“Dapat bertahan 30 tahun dalam industri yang kompetitif ini menandakan satu pencapaian dan kami berpuas hati melihat ramai graduan kami yang telah meningkatkan kemahiran serta keupayaan mereka dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya menjadi usahawan dan pemimpin industri yang berjaya. Kami berazam meneruskan legasi ini dengan menggalakkan lebih ramai pelajar INTI mengejar impian mereka dan mengubah hobi unik masing-masing menjadi kerjaya yang dapat menghasilkan impak positif bagi masyarakat,” kata Tan Yew Sing, Pengerusi dan Pengasas Bersama, INTI mengenai wawasan beliau membawa institusi tersebut terus maju ke hadapan.

Tahun ini bakal dipenuhi pelbagai aktiviti dimana INTI berhasrat menyambut ulangtahun istimewa ini dengan lebih 55,000 graduan termasuk mereka yang telah tamat pengajian sejak 1987 sehingga kini. Acara-acara lain yang akan turut memeriahkan sambutan sepanjang tahun ini termasuk #CelebINTI, iaitu siri kepimpinan bulanan yang akan berkongsi kisah ahli alumni INTI yang telah berjaya, TedxINTI dan Kepulangan INTI antara lainnya.

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: INTI Raikan Kepentingan Inovasi Dan Memperkasa Bakat
INTI Raikan Kepentingan Inovasi Dan Memperkasa Bakat
Pelancaran program INTIpreneur 2016 sempena ulangtahun ke 30 INTI International Universities & Colleges, Celebrating 30 years of empowering young minds,
http://4.bp.blogspot.com/-m5oqXYGgvH4/VqD5hD4Oo3I/AAAAAAAALmg/UIdMZ6-o4b0/s640/Mr%2BTan%2BYew%2BSing%252C%2BChairman%2Band%2BCo-founder%2Bof%2BINTI%2Bdelivering%2Bhis%2Bopening%2B....jpg
http://4.bp.blogspot.com/-m5oqXYGgvH4/VqD5hD4Oo3I/AAAAAAAALmg/UIdMZ6-o4b0/s72-c/Mr%2BTan%2BYew%2BSing%252C%2BChairman%2Band%2BCo-founder%2Bof%2BINTI%2Bdelivering%2Bhis%2Bopening%2B....jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/01/inti-raikan-kepentingan-inovasi-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/01/inti-raikan-kepentingan-inovasi-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy