Kuasa Bertindak Usahawan Berjaya dan Cemerlang

Kuasa bertindak, percaya dan yakin, resepi usahawan sukses, berjaya dan cemerlang.

Saya tertarik dengan perkongsian Master Trainer Ahmad Fadzli Yusuf, mengenai 'Kuasa Ajaib Orang Berjaya'. Ia menjelaskan mengapa ada orang yang berjaya melakukan banyak perkara, sedangkan ramai lagi menghabiskan masa tanpa menyelesaikan banyak perkara. 

Sememangnya semua orang mahu berjaya dan cemerlang, namun adakah mereka yang berjaya dan cemerlang itu mempunyai kuasa ajaib?

Resepi usahawan berjaya dan cemerlang

Usahawan Berjaya Bertindak Positif Dan Proaktif


Ya… ada satu kuasa ‘aura’ yang dimiliki mereka yang sangat cemerlang terutamanya usahawan dan ahli perniagaan berjaya. Kuasa yang kurang dimiliki oleh kebanyakan mereka yang biasa-biasa. Kuasa ini dikenali sebagai ‘Kuasa Bertindak’.

Pengajian juga mendapati usahawan berjaya memiliki perbezaan utama daripada mereka yang kurang berjaya. Iaitu kemampuan untuk merancang dan melaksanakan perancangan mengikut realiti misi yang dicitakan. Sayangnya ramai diantara kita yang berimpian dan berazam tetapi tidak merancang dan bertindak merealisasikan rancangan.

Pemikiran Negatif Halang Perancangan Dan Melemahkan Tindakan


Ramai mempunyai perasaan negatif ‘musyikil’ terhadap kemampuan diri sendiri. 

Ia biasa dilihat dalam sesi motivasi keusahawanan apabila peserta diminta menulis impian masing-masing. Semua peserta teruja dengan apa yang ditulis, namun realitinya ada yang gagal komited dan tidak konsisten bertindak merealisasikan apa yang mereka sendiri tulis. Akhirnya, kembali untuk selesa dengan situasi yang sepatutnya mereka ubah pada awalnya.

Mereka yang gagal bukanlah tidak berusaha tetapi masih kurang percaya potensi sendiri. Berbeza usahawan berjaya yang yakin dengan sentiasa menggali ilmu, fokus dan istiqamah membina kekuatan merealisasikan cita-cita walaupun menempuh kegagalan, dugaan dan cabaran. Itulah nilai kejayaan dan kecemerlangan berharga dalam erti kemanisan kehidupan yang sebenar.

Resepi usahawan berjaya dan cemerlang

Bertindak Atas Percaya Membentuk Keyakinan


Sesungguhnya perancangan dan tindakan dipengaruhi dengan kepercayaan diri. 

Jika kita ingin mencapai kecemerlangan yang diimpikan, kita perlu mengubah iltizam bertindak melakukan yang sepatutnya dengan sepenuh keyakinan. Usahawan berjaya percaya dan yakin, Allah tidak sesekali menghampakan hambanya yang senantiasa berusaha ke arah kejayaan tanpa mengenal erti kegagalan dan menyerah diri.

Justeru, menjadi peringatan diri ini juga, bahawa kita perlu ubah melihat setiap perkara dan bertindak atas kepercayaan diri sebagai landasan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diusahakan. Kita perlu yakin dan faham kepentingan ilmu, bantu usaha, 'movement and performance' dan membina 'Kuasa Bertindak' merealisasi kejayaan yang cemerlang untuk dunia dan akhirat, in shaa Allah.


COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kuasa Bertindak Usahawan Berjaya dan Cemerlang
Kuasa Bertindak Usahawan Berjaya dan Cemerlang
Kuasa bertindak, percaya dan yakin, resepi usahawan sukses, berjaya dan cemerlang.
https://3.bp.blogspot.com/-XKx5sdAFh-Q/Vpu0VFiqY-I/AAAAAAAALlY/qpelSmPY5Jg/s640/success%2Baction.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-XKx5sdAFh-Q/Vpu0VFiqY-I/AAAAAAAALlY/qpelSmPY5Jg/s72-c/success%2Baction.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/01/kuasa-bertindak-usahawan-berjaya-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/01/kuasa-bertindak-usahawan-berjaya-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy