6 Perkara Perlu Tahu Apabila Membeli Rumah Townhouse

6 Tips membeli atau menyewa rumah townhouse,



Membeli atau menyewa rumah townhouse dari laman seperti Property Guru merupakan peluang terbaik sama ada anda berhasrat menjadikannya sebagai pelaburan, rumah bermastautin tetap atau ‘weekday home’ yang berdekatan tempat kerja. Sekiranya anda pertama kali mencari townhouse, pasti anda tertanya apa bezanya membeli atau menyewa jenis-jenis hartanah yang lain dan apakah soalan yang sepatutnya ditanya kepada tuan tanah atau agen hartanah.

6 Perkara Perlu Tahu Apabila Membeli Rumah Townhouse

Berikut adalah faktor utama yang perlu diperhatikan sewaktu anda mencari rumah.

1. Kejiranan

Sebuah rumah townhouse berkongsi dinding dan persekitaran bersama komuniti. Oleh itu, amat penting untuk memastikan jiran tetangga tidak membuat bising yang melampau pada setiap masa. Adalah sebaiknya anda melakukan lawatan bersama agen hartanah dan bertanya kepada jiran di lokasi persekitaran. Maklumkan bahawa anda sedang meninjau hartanah di kawasan sekitar dan tanyakan tentang masalah tempatan yang patut anda ketahui. Sekiranya anda mendengar terlalu banyak cerita tentang permasalahan tempatan, parti yang mengganggu atau pelbagai maklumat yang tidak menyenangkan, ia merupakan ‘red flag’ untuk anda mencari lokasi yang lain.

2. Kos Penyelenggaraan

Terdapat pelbagai perdebatan tentang kebaikan dan keburukan rumah townhouse berbanding rumah-rumah biasa, tetapi ia kebiasaannya bergantung kepada keperluan peribadi. Kebaikan paling besar tentang rumah townhouse adalah penjimatan kewangan dan waktu terhadap kos penyelengaraan. Hanya sebahagian kecil ruang yang terlibat dalam persekitaran komuniti yang perlu diselenggara dan dijaga. Menjaga halaman yang luas dan rumah yang besar pastinya lebih mahal di lokasi urban. Memilih townhouse sememangnya menjimatkan kos penyelenggaraan dan waktu mengemas, tetapi ia juga mengurangkan privasi anda berbanding rumah biasa. Perhatikan kesemua faktor penjimatan kewangan dan masa dan pilih yang bersesuaian buat anda.

3. Komitmen Jangka Panjang

Walaupun bukan sebagai pelaburan, adalah penting untuk anda perhatikan apa yang anda mahukan dari townhouse anda untuk 10 atau 20 tahun kehidupan. Sememangnya mustahil untuk mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan tetapi sekurang-kurangnya jangkaan yang ada dapat memudahkan anda. Adakah satu masa nanti anda akan bersara dan berpindah ke rumah yang mempunyai halaman yang luas? Adakah anda mahu menjadikannya sebagai rumah tetap yang akan diwariskan kepada anak-anak? Adakah keluarga anda akan membesar dan menambahkan lagi townhouse? Sekiranya anda melabur, apakah jangkaan anda tentang pasaran beberapa tahun mendatang? Persoalan ini perlu diperhatikan demi keputusan membeli rumah yang sebaiknya.

4. Pencahayaan Semulajadi

Permasalahan lain tentang rumah yang berkongsi dinding adalah tentang cahaya yang hanya diperolehi dari dua bahagian rumah sahaja. Kebanyakkan arkitek akan memerhatikan perkara ini sama ada dengan memasang ‘skylight’ dan memastikan bahagian dalam rumah mendapat pencahayaan sebaiknya. Terdapat pelbagai lagi cara dalam memastikan lebih banyak pencahayaan di rumah, tetapi anda perlu juga memastikan agar pencahayaan tersebut tidak merosakkan keselesaan rumah anda.

5. Lokasi

Ia merupakan faktor terpenting dalam pemilihan rumah. Townhouse berdekatan dengan kawasan kedai, restoran, sekolah dan pusat perniagaan disamping memperolehi persekitaran yang lebih luas berbanding apartment. Tetapi walaupun begitu, perhatikan sebaiknya lokasi townhouse tersebut agar ia benar-benar memudahkan anda. Sekiranya pekerjaan atau persekolahan anak-anak anda memerlukan perjalanan pemanduan atau pengangkutan awam, kajilah terlebih dahulu tentang faktor trafik dan kepadatan pengguna pengangkutan awam yang ada serta anggaran kos yang diperlukan setiap bulan. Sekiranya ia membebankan, anda perlu memikirkan semula lokasi anda. Sekiranya anda membeli sebagai pelaburan, kajilah kawasan mana yang popular dengan penyewa, nilai hartanah dan perkhidmatan terdekat yang anda boleh maklumkan kepada penyewa berpotensi.

6. Kemudahan

Setiap rumah townhouse mempunyai kemudahan yang berbeza, oleh itu anda perlu memastikan sama ada rumah townhouse yang anda pilih mempunyai kemudahan yang anda perlukan termasuk tambahan lain yang menyenangkan lagi anda. Kemudah merangkumi tempat letak kereta atau garaj dan mungkin pusat jagaan kanak-kanak termasuk yang kurang penting seperti kolam renang, tennis, kelab sosial atau taman permainan. Kesemuanya bergantung kepada situasi anda dan pastikan setiap kemudahan yang anda perlukan ada disediakan.

Perkara diatas merupakan idea pandangan penting tentang apa yang perlu anda perhatikan sewaktu memulakan pencarian membeli atau menyewa rumah townhouse. Perhatikan kesemua faktor tersebut demi memastikan anda memperolehi rumah townhouse yang bertepatan untuk anda, keluarga, ataupun penyewa anda.  


COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: 6 Perkara Perlu Tahu Apabila Membeli Rumah Townhouse
6 Perkara Perlu Tahu Apabila Membeli Rumah Townhouse
6 Tips membeli atau menyewa rumah townhouse,
https://www.klikjer.com/members/media/banners/rrl02.gif
https://3.bp.blogspot.com/-Bh3G6hnPEWQ/VuWOHqC8vBI/AAAAAAAAL38/EaJPtWnX0RM4XjGDJ_2QKa7KalOWbodVA/s72-c/Rumah%2BTownhouse.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/02/6-perkara-perlu-tahu-apabila-membeli.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/02/6-perkara-perlu-tahu-apabila-membeli.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy