Cabaran Kewangan Serta Strategi Membeli Rumah Untuk Generasi Muda

Panduan kewangan dan strategi membeli rumah untuk generasi muda (gen Y) dalam mengharungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Hastag #SayaZahra, pernah viral di media sosial tidak lama dahulu apabila graduan bernama Siti Zahra Abd Razly, telah menyampaikan ucapan mengenai cabaran kos sara hidup yang semakin menekan golongan muda, di hadapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu majlis anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Ucapan tersebut mendapat pelbagai reaksi. Ada yang menyokong dan juga mempertikaikan. Itulah realiti cabaran 'Gen Y' dalam menempuh alam kerjaya dan membina kehidupan.

Cabaran generasi Y terhadap ekonomi,

Fakta Generasi Muda Mengalami Tekanan Kewangan


Kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia (AIF) terhadap 1000 golongan professional di Malaysia mendapati hanya 28 peratus yakin dengan kedudukan kewangan mereka. Pecahan fakta kajian tersebut telah diperincikan lagi dengan pecahan-pecahan seperti berikut:

1. 75 peratus mempunyai 1 hutang jangka panjang.
2. 35 peratus mempunyai lebih daripada 1 hutang jangka panjang.
3. 40 peratus berbelanja diluar kemampuan manakala 30 peratus hidup di luar kemampuan.

Fakta kajian tersebut secara langsung menjelaskan bahawa, walaupun golongan muda mempunyai kelulusan tinggi seperti ijazah sarjana, namun kefahaman golongan ini mengenai perancangan kewangan masih kurang. Kajian turut membentangkan punca-punca hutang yang mempengaruhi Gen Y dalam cabaran kos sara hidup, antaranya;

1. 40 peratus pembiayaan pendidikan
2. 30 peratus pembiayaan peribadi
3. 47 peratus hutang kad kredit
4. 56 peratus pinjaman jual beli kenderaan
5. 28 peratus gadai janji

Hutang-hutang tersebut menjadi punca mengapa daripada 107,000 individu yang diistihar muflis, 32484 daripadanya adalah dari golongan remaja.

Mega 3 Housing, Raya Baiduri,

Cabaran Gen Y terhadap Isu Membeli Rumah


Antara ucapan Siti Zahra menyentuh isu harga rumah diluar kemampuan. Justeru, akhbar Kosmo ada melaporkan cabaran-cabaran yang ditulis oleh Muhd. Ramadhan Fitri Ellias selaku Ketua Jabatan Syariah, Maybank Islamic Berhad terhadap isu membeli rumah ini.

1. Tidak mampu membeli rumah - Kenaikan kos sara hidup dan perbelanjaan harian menyebabkan pembeli tidak mampu membeli kerana komitmen lain yang memakan peratusan tinggi daripada jumlah gaji. Dana yang diperlukan seperti 10 peratus deposit dan kos perundangan boleh memakan sehingga RM20,000 untuk rumah berharga RM100,000.

2. Pinjaman - Ramai pembeli rumah mengalami kesukaran untuk meminjam daripada bank kerana syarat pinjaman yang ketat disamping banyak bank yang enggan meluluskan pinjaman di bawah RM100,000. Adalah sukar untuk pembeli membeli rumah kos rendah dibawah harga tersebut.

3. Harga rumah melambung - kesan monopoli sekumpulan pelabur yang membeli rumah dengan tujuan memanipulasi harga menjadi faktor mengapa harga rumah di Malaysia melambung tinggi. Mereka yang dipanggil spekulator ini mencipta kenaikan harga rumah dan mengganggu kadar permintaan semasa. Sebagai contoh, unit-unit projek perumahan yang baharu sahaja dilancarkan akan dibeli oleh mereka lantas dijual selang beberapa tahun. Harga yang dijual pula ada yang mencecah 45 peratus lebih tinggi daripada harga beli.

4. Banyak projek 'high-rise' mewah yang dibina di lokasi-lokasi strategik mengakibatkan ramai terpaksa membeli rumah di luar kawasan bandar seterusnya menjadi punca 'reverse migration' penduduk masa kini.

Mega 3 Housing, Raya Baiduri,
Dapatkan info rumah mampu milik Mega 3 Housing di : http://mega3.com.my/site2/

Panduan Dan Strategi Membeli Rumah Mampu Milik


Bagi memastikan tahap kewangan Gen Y sentiasa positif dalam mengharungi cabaran kehidupan, satu strategi sememangnya perlu kepada mereka yang mempunyai masalah kurang kefahaman tentang perancangan kewangan. Mengenalpasti kedudukan kewangan berdasarkan langkah-langkah strategik sebagai panduan dapat membantu Gen Y agar mampu membeli rumah kediaman sendiri disebalik pelbagai cabaran kos sara hidup masa kini.

Panduan mengawal kewangan dan strategi membeli rumah telah tersedia buat anda. Ia juga merupakan solusi dan jawapan terhadap isu #SayaZahra dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin menekan generasi muda masa kini.



COMMENTS

BLOGGER: 13
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cabaran Kewangan Serta Strategi Membeli Rumah Untuk Generasi Muda
Cabaran Kewangan Serta Strategi Membeli Rumah Untuk Generasi Muda
Panduan kewangan dan strategi membeli rumah untuk generasi muda (gen Y) dalam mengharungi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
https://2.bp.blogspot.com/-2tbQqgQkBwk/Vs3ITjt8UAI/AAAAAAAALyQ/K5Yoyaacfh0/s640/%2523SayaZahra.gif
https://2.bp.blogspot.com/-2tbQqgQkBwk/Vs3ITjt8UAI/AAAAAAAALyQ/K5Yoyaacfh0/s72-c/%2523SayaZahra.gif
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/02/cabaran-kewangan-serta-strategi-membeli.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/02/cabaran-kewangan-serta-strategi-membeli.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy