Ciri-Ciri Rumah Yang Perlu Dihindari Seorang Mukmin

Ciri-ciri dan unsur rumah yang perlu dijauhi setiap mukmin,

Saya berpeluang menghadiri satu tazkirah yang amat terkesan buat diri ini. Ia merupakan perkongsian yang menarik perhatian saya untuk mencatat dan terpanggil berkongsi di ruangan blog ini sebagai sebaran peringatan demi kebaikan bersama. Ia mengenai ciri-ciri dan unsur yang tidak patut sama sekali wujud pada rumah orang-orang Mukmin.

“Jika Allah berkati, rumah yang kecil pun pasti dirasakan indah dan selesa. Jika sebaliknya, sebesar mana pun rumah, tetap ada sahaja yang dirasakan tidak kena. Namun tetap ada yang berumah besar dan penghuninya selesa dan sejahtera di dalamnya... itulah manisnya keberkatan.”

Konsep Rumah Minimalis Mukmin
Gambar sekadar hiasan

Unsur-unsur Rumah Bukan Mukmin


Berikut saya kongsikan catatan ringkas ciri-ciri rumah yang perlu dihindari Mukmin sekadar peringatan buat kita semua. Ia melibatkan beberapa unsur dalaman juga luaran yang memerlukan keperihatinan kita sebagai seorang Muslim agar kehidupan sentiasa beroleh keberkatanNya, in shaa Allah.

1. Hiasan rumah berunsurkan agama lain
Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah saw tidak membiarkan ada di rumah Baginda sesuatu pun seperti lambing salib melainkan Baginda pasti menghapuskannya” (Riwayat al-Bukhari)

2. Rumah berunsurkan daripada sumber haram
Daripada Ibnu Abbas: “Satu dirham riba lebih dibenci Allah hatta daripada 36 kali berzina. Sesiapa menumbuhkan dagingnya dengan kemurkaan, maka nerakalah yang lebih layak untuknya!” (Riwayat al-Baihaqi). Ia juga menjelaskan hal-hal beroleh pendapatan hasil menipu, mencuri, merompak, memeras, menganiaya, curi tulang, tidak beramanah dan yang setara dengannya.

3. Rumah berunsurkan syirik dan khurafat
Antara yang menjadi adat budaya masyarakat adalah menanam tangkal di setiap bucu rumah sebagai pendinding. Ia juga merangkumi kepercayaan mengenai lambing zodiak pada kelender atau terikut dengan kepercayaan feng sui dan adat lama yang tidak berasas dalam menata rias luaran dan dalaman rumah.

4. Rumah yang meriah dengan muzik, nyanyian dan hiburan
Rasulullah saw bersabda: "Akan ada dalam kalangan umatku nanti orang yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), arak dan alat-alat muzik.” (Riwayat ak-Bukhari). Mereka yang menyuburkan nyanyian dan hiburan di rumah secara berlebihan dan melampaui batas sehingga penghuninya leka.   

5. Rumah berhiaskan Patung, ukiran dan gambar
Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah saw: “Sesungguhnya kami tidak akan masuk rumah yang ada gambar dan anjing.” (Riwayat al-Bukhari). Berlaku perbincangan panjang dalam kalangan ulama dalam hal ini yang dirumus sebagaimana berikut:

i. Sepakat melarang patung dan ukiran berbentuk manusia mahupun haiwan, sama ada di dalam atau luar rumah. Patung permainan kanak-kanak tidak termasuk dalam larangan ini. Saidatina Aisyah dahulu menyimpan patung permainan.

ii. Sebahagian ulama berpendapat gambar fotografi tidak termasuk dalam larangan ini, manakala sebahagian ulama mengatakan haram kerana maksud umum ‘gambar’. Justeru, berpada-padalah dalam soal gambar di rumah dan sebaiknya dielakkan atas prinsip keimanan.

6. Rumah yang kotor
Kebersihan adalah sebahagian iman, maka kotor itu sebahagian kekufuran. Kotor bukan sahaja pada persekitaran tetapi perangai penghuninya yang berperilaku kotor termasuk suka mengumpat, mencarut dan setaraf dengannya.

7. Rumah yang berunsur maksiat
Ia adalah rumah yang ada bahan-bahan lucah termasuk majalah dan buku yang mendedahkan aurat atau aksi membangkitkan syahwat diletakkan ditempat terbuka dan mudah dicapai seluruh penghuni dan juga tetamu.

8. Rumah berunsurkan riak dan takbur
Segala binaan, hiasan dan kelengkapan membuatkan penghuninya rasa hebat dari orang lain. Penghuninya akan merasa tidak senang hati bila ada jiran tetangga yang berperabot baharu, mengubahsuai rumah dan membesarkan rumah yang akhirnya cemburu dan berlawan mencantikkan rumah atas perasaan riak dan takbur itu.

Rumah mewah Mukmin berjaya
Gambar sekadar hiasan

Rumah  Cahaya Kehidupan Mukmin Sejahtera


Sesungguhnya perkongsian ini merupakan asas peringatan buat sesiapa jua termasuk diri ini. Adalah sebaiknya mendapatkan penjelasan dan pandangan dari mereka yang arif dalam ilmu agama untuk dijadikan panduan agar kita tidak tergolong dikalangan mereka yang alpa, jahil mahupun munafik, nauzubillah.

Semoga rumah kita semua sentiasa disinari cahaya keimanan dan dikurniakan kehidupan mukmin yang sejahtera dengan sepenuh keberkatan cinta Illahi… aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 29
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ciri-Ciri Rumah Yang Perlu Dihindari Seorang Mukmin
Ciri-Ciri Rumah Yang Perlu Dihindari Seorang Mukmin
Ciri-ciri dan unsur rumah yang perlu dijauhi setiap mukmin,
https://3.bp.blogspot.com/-6HhEM5ucIPU/VrieNgQF4uI/AAAAAAAALtE/6QPSDYQamGA/s640/Rumah-Mewah-Minimalis-Modern.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-6HhEM5ucIPU/VrieNgQF4uI/AAAAAAAALtE/6QPSDYQamGA/s72-c/Rumah-Mewah-Minimalis-Modern.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/02/ciri-ciri-rumah-yang-perlu-dihindari.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/02/ciri-ciri-rumah-yang-perlu-dihindari.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy