Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video 'YEO'S, I Love Malaysia'

Majlis penyampaian hadiah peraduan video Yeo’s, I Love Malaysia dengan slogan ‘I am Malaysian, We love our country… What’s your story?’

Yeo Hup Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s), jenama makanan dan minuman terkemuka di Malaysia telah mengadakan majlis penyampaian hadiah peraduan video ‘Yeo’s I Love Malaysia’ kepada peserta-peserta yang terpilih. Majlis penyampaian hadiah yang bermula sekitar 11:00 pagi ini telah berlangsung di perkarangan RUANG di Subang Jaya.

YEO'S I Love Malaysia Video Contest

Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest


Peraduan video Yeo’s, I Love Malaysia dengan slogan ‘I am Malaysian, We love our country… What’s your story?’ ini telah bermula pada 31 Ogos 2015. Ia menjadi platform melahirkan bakat-bakat kreativiti dan inovatif dengan memaparkan kemahiran peserta meluahkan ekspresi dan kisah kecintaan mereka terhadap Malaysia melalui penghasilan video patriotik.

Peraduan yang telah mendapat sambutan memberangsangkan ini memilih pemenang berdasarkan kreativiti, kebolehan, inovasi dan keaslian dalam meluahkan semangat cintakan tanah air melalui video berdurasi 60 saat. Ia dinilai oleh para juri iaitu Ong Chay Seng selaku Naib Presiden Yeo’s Malaysia dan Indonesia, Vincent Chui selaku Naib Presiden Pertama Pemasaran, Osman Ali dan Dick Chua yang merupakan pengarah filem Malaysia.

YEO'S I Love Malaysia Video Contest
YEO'S I Love Malaysia Video Contest

Senarai Pemenang Yeo’s, I Love Malaysia


Peserta Teh Chun Yen dan pasukannya memenangi tempat pertama dan menerima hadiah wang tunai bernilai RM25,000.00 bersama produk Yeo’s untuk video yang berjudul ‘Xie Xie’. Menurut Teh Chun Yen, beliau dibesarkan dengan produk-produk Yeo’s dan video ‘Xie Xie’ itu diinspirasikan daripada situasinya sewaktu kecil. Beliau berterima kasih kerana Yeo’s telah membuka peluang beliau menonjolkan bakat dalam bidang seni visual.

Pihak Yeo’s juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang terdiri daripada pelbagai kategori. Senarai pemenang-pemenang berserta hadiah adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Teh Chun Yen
Tajuk Video: Xie Xie
Hadiah : RM25,000.00 + Produk Yeo’s

Tempat Kedua: Low Tiong Lim
Tajuk Video: The Natural Reaction
Hadiah: RM5,000.00 + Produk Yeo’s

Tempat Ketiga: Zurayah bt Abdul Razak
Tajuk Video: Bermulanya Sebuah Cinta
Hadiah: RM3,000 + Produk Yeo’s

Hadiah Istimewa (2 Pemenang): Emily Yii En Li / Ang Yik Chuan
Tajuk Video: Kopitiam / Belong
Hadiah: RM2,000.00 + Produk Yeo’s

Most Shared Award : Foo Wei Ling
Tajuk Video: I’m Proud To Be Malaysia Who Loves Yeo’s Drinks
Hadiah: RM1,000.00 + Produk Yeo’s

Most Patriotic Award: Zurahyah bt Abd Razak
Tajuk Video: Bermulanya Sebuah Cinta
Hadiah: RM1,000.00 + Produk Yeo’s

Most Touching Video: Ang Yik Chuan
Tajuk Video: Belong
Hadiah: RM1,000.00 + Produk Yeo’s

The Most Funniest Video: Teh Rou Ning
Tajuk Video: Geh Chu Ki (Dentures)
Hadiah: RM1,000.00 + Produk Yeo’s

YEO'S I Love Malaysia Video Contest

Tahniah Kepada Pemenang Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest


Anda boleh menonton video para peserta peraduan video Yeo’s I Love Malaysia ini melalui link di bawah. Yeo’s juga mengajak anda untuk ‘like’ dan mengikuti kesemua saluran rasmi media sosial Yeo’s Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan You Tube atau melalui laman utama peraduan ini di : http://www.yeos.com.my/ilovemalaysia-videocontest/  

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video 'YEO'S, I Love Malaysia'
Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video 'YEO'S, I Love Malaysia'
Majlis penyampaian hadiah peraduan video Yeo’s, I Love Malaysia dengan slogan ‘I am Malaysian, We love our country… What’s your story?’
https://1.bp.blogspot.com/-TdhJ5Urs0Is/VtRHbn1ORvI/AAAAAAAALzw/jdpWn0Payj0/s640/Khir%2BKhalid%2BYeo%2527s.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-TdhJ5Urs0Is/VtRHbn1ORvI/AAAAAAAALzw/jdpWn0Payj0/s72-c/Khir%2BKhalid%2BYeo%2527s.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/02/majlis-penyampaian-hadiah-peraduan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/02/majlis-penyampaian-hadiah-peraduan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy