EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah

seminar Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan patuh syariah anjuran 9 Equity Wealth Creation Sdn Bhd,

Pada Sabtu 12 Mac 2016, saya telah menghadiri seminar Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan yang menjelaskan tentang pengurusan kewangan dan pelaburan yang betul, sah disisi perundangan serta patuh syariah bagi menggandakan wang yang disimpan. Seminar anjuran 9 Equity Wealth Creation Sdn Bhd ini mengetengahkan saranan pakar-pakar dalam bidang kewangan, pelaburan saham, hartanah dan muamalat syariah Islamiah.

EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan

EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan


Kita perlu tahu mempelbagaikan sumber pendapatan demi mendepani cabaran ekonomi masa kini. Namun ramai yang tiada ilmu menguruskan kewangan dengan betul sehingga tiada sebarang simpanan untuk masa hadapan. Malah dengan kewujudan pelbagai jenis pelaburan membuatkan kita alpa tentang halal haram, apatah lagi terlibat dengan skim-skim pelaburan yang tidak diluluskan dan ‘non-syariah compliance’.

Justeru, seminar Evo Wang menjemput mereka yang pakar untuk menjelaskan ilmu pengurusan wang, pelaburan saham dan hartanah patuh syariah. Key speaker yang hadir adalah Ustaz Dr Zaharuddin (Pakar Perbankan Dan Kewangan Islam), AbangAbu (Speaker, Trainer, Penulis, Jurulatih Kewangan), Ahyat Ishak (Pengarang buku terlaris 'Buku Strategik Pelabur Hartanah') dan Mohd Asri Ahmad (Mentor Pelaburan Saham No. 1 Malaysia).

EVO WANG : Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Evolusi Pelaburan Dan Kewangan Patuh Syariah Islam


Ustaz Dr Zaharuddin menjelaskan asas halal haram kewangan Islam serta tips mengenalpasti pelaburan 100% patuh syariah. Turut menekankan pelaburan ‘non-syariah compliance’ seperti perbankan konvensional, insuran konvensional, forex trading, jualbeli emas berskim pulangan bulanan termasuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap. Terdapat juga jenis-jenis pelaburan yang disarankan dalam Islam yang akan saya kongsikan lebih terperinci pada artikel akan datang sebagai rujukan bersama.

Sesi diteruskan dengan perkongsian AbangAbu, pakar urus wang yang dikenali sebagai ‘Mekanik Wang’, berkongsi ilmu tarik wang dengan teknik cara yang betul serta patuh syariah. Antara formula beliau adalah 5 Rukun Wang, 6 Formula Kaya, Kompas Wang, 4 Langkah Capai Bebas Kewangan, Bina Aliran Wang Kekayaan dan Persiapan Menjadi Entrepreneur Investor.

EVO WANG : AbangAbu Mekanik Wang

Ahyat Ishak yang dikenali sebagai Pejuang Hartanah pula menjelaskan tentang ilmu pelaburan hartanah yang betul. Bagi beliau ia bukan sekadar pelaburan tetapi merupakan perjuangan dan menyeru masyarakat meningkatkan pemilikan hartanah bangsa yang amat jauh tercicir. Beliau berkongsi Formula 3S Hartanah, 8 Senjata Ilmu Pejuang Hartanah, 7 Langkah Pilih Aset dan membongkar sedikit lubuk rahsia hartanah mampu milik yang belum diserang pelabur hartanah.

EVO WANG : Ahyat Ishak, Pejuang Hartanah,

Hj Mohd Asri Ahmad mengisi sesi petang dengan teknik dan formula pelaburan saham. Terdapat sebanyak 905 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan 667 daripadanya adalah patuh syariah. Beliau berkongsi ilmu bagaimana meraih pulangan luar biasa dengan modal yang rendah melalui pelaburan saham secara sah, selamat dan patuh syariah. Turut berkongsi tips membina kekayaan secara pasif sehingga boleh bersara atau pencen awal.

EVO WANG : Mohd Asri Ahmad, Mentor pelaburan saham no 1 Malaysia,

Kuasai Dunia Pelaburan Dan Kewangan Patuh Syariah


Seminar diteruskan dengan sesi forum yang membentangkan pelbagai perkongsian bermanfaat untuk pengetahuan peserta yang hadir. Seminar ini juga menawarkan peluang kepada peserta untuk mendalami dan menguasai ilmu urus wang, pelaburan saham dan hartanah patuh syariah dengan bimbingan mentor oleh Hj Mohd Asri Ahmad, Abang Abu dan Ahyat Ishak sehingga menjadi usahawan pelaburan yang berjaya.

EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah, Dr Zaharuddin, Ahyat Ishak, AbangAbu, Mohd Asri Ahmad, Shakiddo, Khir Khalid,

Penghargaan terima kasih kepada 9 Equity Wealth Creation dan Denaihati Network atas peluang seminar Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah ini. Benarlah kata para ilmuan bahawa risiko itu wujud apabila manusia melakukan sesuatu yang mereka tidak mempunyai ilmunya. Ilmu bertambah, harta berkurang. Ilmu lebih daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia. Ilmu yang bermanfaat bukan sahaja untuk kejayaan dunia malah kesejahteraan kehidupan di akhirat.
    

COMMENTS

BLOGGER: 17
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah
EVO WANG : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah
seminar Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan patuh syariah anjuran 9 Equity Wealth Creation Sdn Bhd,
https://4.bp.blogspot.com/-Mf_iUYmukTU/VubKzibFcQI/AAAAAAAAL4Q/sCUC83x9okYlxdVd5Y6n6pkefzVstNVbA/s640/Evo%2BWang.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-Mf_iUYmukTU/VubKzibFcQI/AAAAAAAAL4Q/sCUC83x9okYlxdVd5Y6n6pkefzVstNVbA/s72-c/Evo%2BWang.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/03/evo-wang-evolusi-wang-dan-pelaburan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/03/evo-wang-evolusi-wang-dan-pelaburan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy