Pelaburan Patuh Syariah
Artikel ini adalah lanjutan perkongsian terdahulu tentang asas pengetahuan halal haram kewangan Islam dan mengenalpasti jenis pelaburan patuh syariah yang disarankan dalam Islam, huraian Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pakar perbankan dan kewangan Islam. Ia telah beliau perjelaskan dalam seminar pelaburan dan kewangan yang telah saya hadiri dan boleh dibaca di sini : Evo Wang : Evolusi Wang Dan Pelaburan Patuh Syariah.
 
 

Jenis Asas Pelaburan 100% Patuh Syariah

 
Terdapat beberapa pecahan pelaburan yang disarankan dalam Islam dan menjadi keutamaan setiap umat Islam memahami dalam melakukannya demi memperkasa ekonomi sejagat mengikut apa yang telah dibenarkan dalam syariat Islam. Ia adalah seperti berikut:
 
Melabur dalam diri sendiri
Melabur untuk mendalami ilmu terlebih dahulu seperti ilmu pemasaran, urus duit, urus stok, teknik pembuatan produk/servis, skill bercakap (interpersonal skills) dan perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menjadi seorang usahawan, ahli perniagaan dan pelaburan.
 
Melabur dengan sedikit modal
Menyertai program-program perniagaan yang menyediakan sistem sokongan pemasaran 100% seperti program perniagaan affiliate, dropship atau online publisher dengan tawaran produk yang terjamin halal.
 
Melabur modal dan usaha kerja
Melabur modal kewangan yang disertakan dengan penglibatan usaha kerja seperti menyertai peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran sebagai pembekal, pengedar, agen rasmi produk, usahawan online (online marketer) termasuk berkecimpung dalam program perniagaan francais atau multi level marketing yang sah dan patuh syariah.
 
Buka bisnes dengan produk sendiri
Melaburkan sejumlah modal membangunkan perniagaan dengan produk sendiri termasuk merangka pelan pemasaran dan operasi. Perkara yang paling penting adalah memastikan pembuatan produk tersebut adalah berasaskan sumber yang halal dengan strategi urusniaga yang tidak melibatkan taktik mengelirukan, unsur penipuan, gharar dan riba’.
 
Melabur dalam perniagaan orang (rakan kongsi)
Melaburkan sejumlah kewangan dalam perniagaan orang lain yang diyakini potensinya berdasarkan kajian. Ia secara langsung menjadikan pelabur sebagai rakan kongsi yang mempunyai akses maklumat, tugasan serta tanggungjawab terhadap perniagaan tersebut dari masa ke semasa dengan persetujuan dan permuafakatan mereka yang sama-sama terlibat.
 
Melabur dalam pegangan dan pemilikan saham
Melaburkan kewangan dengan membeli saham syarikat atas potensinya termasuk syarikat-syarikat patuh syariah yang tersenarai di bursa saham. Terdapat sejumlah 667 syarikat patuh syariah daripada 905 yang tersenarai di Bursa Malaysia sewaktu artikel ini ditulis.
 
Antara syarat utama saham patuh syariah adalah sesuatu syarikat ini wajib mempunyai profil pengurusan dan portfolio operasi yang boleh dinilai secara rasmi dengan jelas. Selain itu, produk dan perkhidmatan yang diniagakan perlulah daripada sumber pembuatan dan bahan yang halal.
 
Melabur melalui sistem perbankan dan institusi kewangan
Melabur melalui bank dan institusi kewangan patuh syariah. Adalah ditegaskan bahawa sistem perbankan konvensional di Malaysia dikategorikan tidak patuh syariah. Selain itu, skim pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan tetap mingguan, bulanan atau tahunan juga adalah pelaburan yang haram di sisi muamalat Islam.
 
Ia termasuk Forex trading kerana ia hanya transaksi dagangan berdasarkan naik turun nilai matawang tanpa berlandaskan entiti, portfolio dan platform perniagaan yang nyata. Perincian tentang Forex Trading boleh di baca di sini : Hukum Forex Trading Adalah Haram
 
Ustaz Dr Zaharuddin, pelaburan patuh syariah
 

Jadilah Pelabur Berilmu Untuk Kejayaan Dunia Dan Akhirat

 
Inilah sedikit sebanyak perkongsian yang telah saya catatkan tentang jenis pelaburan yang disarankan syariat Islam sebagai sumber pengetahuan dan peringatan bersama. Semoga menjadi pencetus kepada sesiapa jua untuk mendalami sebelum menceburkan diri dalam dunia pelaburan, kewangan dan perniagaan demi mencapai kejayaan yang diberkati di dunia dan akhirat.
 
Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan ilmu… Ilmu tidak mencari kita tetapi kita yang perlu mendapatkannya. Ilmu yang diberi bertambah dan bercambah manakala harta yang diberi akan berkurangan. Ilmu itu lebih dari harta kerana ilmu menjaga manusia, sedangkan manusia menjaga harta.
 

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

13 Thoughts to “Jenis Pelaburan Yang Disarankan Syariat Islam”

  1. Info yg mnrik tuan khir..

    Nk mlabur kena tgk gk halal ke x..

  2. Info yg mnrik tuan khir..

    Nk mlabur kena tgk gk halal ke x..

  3. Alhamdulillah info berguna untuk Zumal

  4. Perkongsian yang bermanfaat.. TQ En. Khir.. 🙂

  5. Menarik perkongsian ni KK,memang sebelum melabur kita kena kaji dulu semua aspek kan 🙂

  6. APAPUN YG NAK DIBUAT ADA ILMUNYA APALAGI YG MELIBATKAN HUKUM HALAL HARAM…TKSH PERKONGSIANNYA.

  7. Banyaknya ilmu pelaburan islam yang belum diketahui, tahnks bro KK atas perkongsian

  8. Apa pun jenis pelaburan, tiada satu pun yang akan menjadikan kita cepat kaya kan KK 🙁

  9. Perlu berhati hati juga dengan skim atau konsep pelaburan yang ditawarkan. Selain dari faktor pulangan atau keuntungan, faktor halal & toyyibah juga perlu.

  10. Ya…Semoga terbuka minda bahawa pelaburan itu sangat luas dan banyak caranya. Yg paling penting…halal & toyyibah serta tidak rugi.

    Pelaburan untuk saham akhirat jugalah yang paling bernilai dan besar ganjarannya.

  11. Terbaik blog tuan.. Saya dapat belajar serba sedikit di blog ini.. Tuan boleh follow blog saya juga (http://megawealthvet.blogspot.my/)

  12. terima kasih atas perkongsian bro KK dalam jenis pelaburan yang disarankan dalam islam

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.