Panduan Pinjaman Perumahan Untuk Kakitangan Kerajaan

Panduan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan untuk rumah mampu milik selesa, berkualiti dan bertepatan dengan kos sara hidup, Mega3 Housing,

Pasti menjadi impian setiap orang di dunia ini untuk memiliki rumah sendiri. Bagi kakitangan kerajaan, anda sangat bertuah kerana pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan adalah pinjaman yang mempunyai faedah (interest) paling rendah sehingga kini dan boleh lulus sehingga 100% pinjaman. Justeru, sebagai kakitangan kerajaan anda seharusnya bersyukur dan menggunakan keistimewaan yang dimiliki dengan sebaik-baiknya.

Panduan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan


Saya sertakan di sini serba sedikit pengalaman pegawai bahagian jualan dan pemasaran perumahan dalam menguruskan para pembeli rumah daripada kakitangan kerajaan.

(1) Kelayakan Asas Dan Pinjaman – Berurusan Dengan BPP

Kelayakan asas perlu anda tahu sebelum membuat komitmen membeli rumah dan seterusnya membuat permohonan pinjaman. Kelayakan asas adalah seperti di bawah:

a. Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
b. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah disahkan jawatan.
c. Anda boleh semak syarat-syarat asas pinjaman di link berikut :
http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/2015-11-02-01-20-39/syarat-syarat-pinjaman

(2) Dua perkara yang sering digunakan untuk menentukan kelayakan

a. PERATURAN BPP: Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan kepada gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling dengan syarat potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji pokok (tidak termasuk potongan lain)

b. PERATURAN JABATAN: Ada diantara sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan. Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun-elaun) termasuk potongan lain yang berada dalam slip gaji. Oleh itu, pastikan dahulu sama ada jabatan anda ada menggunapakai peraturan ini atau sebaliknya sebelum membeli rumah.

(3) Setelah jelas kelayakan anda untuk lulus pinjaman, anda perlu mengisi boring ‘online’ Pinjaman Perumahan Perbendaharaan SPPP/SPPI dan mendapatkan tandatangan ketua jabatan anda pada boring tersebut bersama beberapa dokumen yang lain seperti:

     a. Salinan Kad Pengenalan
     b. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini
     c. Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan
     d. Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen

Bagaimanapun terdapat juga beberapa dokumen dari pihak pemaju yang perlu dihantar bersama untuk melalui proses pinjaman tersebut seperti:

     a. Salinan Fotostat Surat Hakmilik Individu
     b. Salinan Fotostat Surat Perjanjian Jualbeli
     c. Borang 3B/1999 untuk kes yang mempunyai Hak Individu
     d. Borang B5 – AKUJANJI PEMAJU DAN PERAKUAN FIRMA GUAMAN
     e. JADUAL IV (KEEMPAT) – Surat Kuasa Wakil
     f. Lesen Pemaju & Permit Iklan Dan Jualan

(4) Setelah pinjaman anda diluluskan, anda perlu menyempurnakan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-Syarat Pinjaman dengan mendapatkan pengesahan daripada ketua jabatan anda dan diserahkan kepada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan pada tempoh yang ditetapkan.

(5) Sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga seperti meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, anda boleh klik link berikut: http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/2015-11-02-01-20-39/kematian-peminjam 


Dapatkan visual terperinci panduan pinjaman perumahan kerajaan di sini:
http://mega3.com.my/site2/index.php?cat=415&page=529

Sebagai langkah selamat, anda perlu mengukur kemampuan membayar balik pinjaman dengan menyemak segala komitmen yang ada. Anda harus bijak dalam membuat percaturan kewangan. Sekiranya terlalu banyak tanggungan, dikuatiri berlaku kesukaran untuk membuat bayaran balik bulanan mahupun pinjaman anda lulus dengan jayanya.

Rumah Mampu Milik Pinjaman Kakitangan Kerajaan


Sekiranya anda merupakan kakitangan kerajaan yang berhasrat mendapatkan rumah mampu milik selesa, berkualiti dan bertepatan dengan kos sara hidup, anda boleh layari laman web Mega3 Housing yang disediakan di gambar di bawah:

Panduan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan
Dapatkan rumah mampu milik di: http://mega3.com.my/site2/home

Membuat pinjaman bank perumahan untuk kakitangan kerajaan bukan satu masalah yang rumit jika mendapat panduan sewajarnya. Panduan yang disediakan oleh Mega3 Housing adalah solusi terbaik. Anda boleh dapatkan khidmat perundingan daripada yang berpengalaman dengan menghubungi melalui info perhubungan yang disediakan, dan dapatkan rumah idaman mampu milik yang bertepatan untuk gaya hidup selesa anda dan keluarga. 

COMMENTS

BLOGGER: 17
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Panduan Pinjaman Perumahan Untuk Kakitangan Kerajaan
Panduan Pinjaman Perumahan Untuk Kakitangan Kerajaan
Panduan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan untuk rumah mampu milik selesa, berkualiti dan bertepatan dengan kos sara hidup, Mega3 Housing,
https://1.bp.blogspot.com/-I03bv0ZVWow/Vtgg9gMoYkI/AAAAAAAAL1A/-xC3pbiqx5I/s640/seremban3_aerial%2Bmega3%2Bhousing.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-I03bv0ZVWow/Vtgg9gMoYkI/AAAAAAAAL1A/-xC3pbiqx5I/s72-c/seremban3_aerial%2Bmega3%2Bhousing.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/03/panduan-pinjaman-perumahan-untuk.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/03/panduan-pinjaman-perumahan-untuk.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy