Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

Fakta 6 pulau buatan manusia yang termahal binaan evolusi teknologi kejuruteraan tercanggih dunia,

Teringat gurauan rakan satu masa dahulu... "kalau kaya, aku nak beli pulau hehee...". Namun apa yang lebih mencabar lagi adalah jika ia bukan sebuah pulau semulajadi, tetapi dibina melalui kebijaksanaan, kemajuan teknologi dan kejuruteraan pembinaan masa kini. Hartanah evolusi ciptaan manusia bernilai berbillion yang wujud di lautan bukan sesuatu yang mustahil lagi... amacam bro... ada bran?? :D

The Palm, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

6 Pulau Buatan Manusia Termahal Dan Terkenal


1. The Pearl

Pulau The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan 4 juta meter persegi. Pulau yang terletak kira-kira 350 meter dari luar persisiran West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan untuk pembinaan kawasan kediaman. Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan oleh United Development Company.

The Pearl, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

2. Palm Island

Palm Island terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) telah dibina oleh Nakheel Properties dengan teknologi dari Belgium dan Belanda. Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersil, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur. Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertonton ke seluruh dunia.

Palm Island, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

3. Pulau Eden

Pulau Eden bermula dengan sebuah idea untuk membina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi bagi jalan air yang bersambung ke laut. Ia bersambung dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.

Pulau Eden, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

4. The World (Archipelago)

The World adalah gagasan kepulauan buatan manusia yang mengandungi 300 pulau. Ia dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta dataran bumi. The World dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai yang terletak berhampiran dengan The Palm. Gugusan pulau-pulau dibina daripada 14,000 hingga 42,000 meter persegi dengan jarak diantara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 mencecah 14 billion.

The World Dubai, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

5. Kepulauan Venetian

Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne, Miami, Florida. Selain Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat di situ ialah Pulau Di Lido, Pulau Rivo Alto dan Pulau Belle Isle (Miami Beach). Pulau-pulau ini bersambungan oleh jambatan dari tanah besar Florida ke Pantai Miami. Pada Hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjogging, berbasikal, beriadah, berjalan kaki dan bersiar-siar.

Pulau Venetian Florida, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

6. Pulau Thilafushi

Thilafushi adalah sebuah pulau buatan yang dibina sebagai sebuah pusat perbandaran diantara Kaafu Atoll Giraavaru dan Ghulhifalhu di Maldives. Thilafushi asalnya adalah sebuah lagun yang dipanggil "Thilafalhu' dengan keluasan 77 kilometer dan kelebaran 200 meter di kawasan cetek. Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah dataran dengan lebih 4.6 juta kaki persegi, dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk perindustrian.

Pulau Thilafushi Maldives, Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia

Pulau Buatan Manusia Sebagai Hartanah Berstatus


Justeru, mana satu pilihan anda. Rezeki di tangan Illahi, cuma kebanyakkan kita hanya mampu melihatnya dan dijadikan sebagai sumber pengetahuan. Namun apa yang pasti, ia satu pelaburan yang besar kepada pembeli hartanah pulau buatan manusia ini. Nilai pelaburan yang bukan sekadar terletak pada hartanah tersebut tetapi kepada reputasi pemiliknya sama ada dalam kerjaya, pengaruh, kedudukan keluarga mahupun taraf sosial serta yang seangkatan dengannya... wallahualam. 
    

COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
Pulau Buatan Manusia Hartanah Termahal Di Dunia
Fakta 6 pulau buatan manusia yang termahal binaan evolusi teknologi kejuruteraan tercanggih dunia,
https://1.bp.blogspot.com/-jmFYZ_C4KEU/Vt0aT9gnNlI/AAAAAAAAL1w/12L8h__ABbQ/s640/Palm-Island-UAE.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-jmFYZ_C4KEU/Vt0aT9gnNlI/AAAAAAAAL1w/12L8h__ABbQ/s72-c/Palm-Island-UAE.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/03/pulau-buatan-manusia-hartanah-termahal.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/03/pulau-buatan-manusia-hartanah-termahal.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy