CORDYCEPS : Lagenda Herba Diraja Dan Evolusi Bioteknologi

Cordyceps bioteknologi, herba termahal, mempunyai manfaat kesihatan yang terbukti secara saintifik dan klinikal di iktiraf dunia, Asia Herbal Biotech,


Tahukah anda apa itu Cordyceps?

Dikenali sebagai ‘Legenda Harta Karun Timur’, merupakan sejenis cendawan yang terbukti dengan kehebatan sejarah penyembuhan sejak lebih 1500 tahun dahulu. Cordyceps liar atau nama saintifiknya Cordyceps Sinesis merupakan sejenis herba tradisi cina yang hanya tumbuh di pergunungan China, Tibet dan Nepal pada ketinggian 3000 – 6000 meter dari aras laut. Merupakan herba termahal di dunia dengan harga pasaran dari sekitar RM60,000 hingga mencecah RM100,000 sekilogram.      
Cordyceps liar atau Cordyceps Sinesis
Cordyceps liar atau Cordyceps Sinesis

Sejarah Herba Diraja Cordyceps


Cordyceps merupakan herba yang hanya dimakan oleh kerabat dan maharaja China bermula sewaktu Dinasti Tang sekitar 620M. Ia dianggap 'makhluk ajaib' disebabkan transformasinya dari haiwan ke tumbuhan. Cordyceps liar berasal sejenis ulat pada musim dingin, tetapi berevolusi menjadi tumbuhan pada musim panas. Ia terkenal dengan manfaat penyembuhan penyakit berkaitan paru-paru, ginjal buah pinggang dan lemah tenaga batin.

Khasiat Cordyceps terbukti membaikpulih sistem tubuh meningkatkan imunisasi, pro-seksual, anti-inflamasi, anti-oksida, anti-tumor dan pelbagai lagi. Hanya dalam 2 dekad ini khasiatnya diketahui oleh pakar perubatan Barat. Kini terdapat 21 klinikal jurnal rasmi yang diperakui badan perubatan sedunia melalui penyelidikan saintifik moden terhadap herba diraja ini.

Antara buku kajian tentang Cordyceps
Antara buku kajian tentang Cordyceps
Klinikal jurnal tentang manfaat Cordyceps
Klinikal jurnal tentang manfaat Cordyceps

Cordyceps Dan Evolusi Bioteknologi


Disebabkan harga pasaran cordyceps liar yang terlalu mahal berserta khilaf ulama tentang ulat sebagai sumber halal, kemajuan teknologi dan saintifik menangani pertikaian tersebut. Evolusi bioteknologi kultur cordyceps menggunakan soya dan beras perang membantu meningkatkan pengeluaran dan menurunkan harga pasaran untuk dikomersilkan.

Cordyceps bioteknologi meningkat nutrisinya 28 kali ganda daripada Cordyceps liar dengan kualiti yang lebih terjamin dan halal. Pusat penyelidikan tisu penanaman Cordyceps ini dimiliki hasil kolaborasi 3 syarikat gergasi Malaysia dan diterajui oleh Y.A.M Dato’ Seri Tengku Baharuddin, Tengku Seri Temenggong Diraja Terengganu dengan usahasama Yunnan University terletak di Weshan, Yunnan, China. Yunnan juga merupakan pengeluar hub halal terbesar di dunia.

Cordyceps Bioteknologi
Cordyceps Bioteknologi
Pusat Penyelidikan Tisu Penanaman Cordyceps
Pusat Penyelidikan Tisu Penanaman Cordyceps

Cordyceps bioteknologi ini telah dipatenkan dibawah Pusat Kekaryawan Intelektual Negara China menjadikan ia pengeluar utama cordyceps bioteknologi di dunia. Rangkaian produk berasaskan Cordyceps bioteknologi ini juga diiktiraf halal JAKIM, kelulusan KPDNKK, KKM, HACCP, GMP, HSA termasuk pelbagai badan piawaian pengiktirafan kualiti antarabangsa.

Pengiktirafan produk berasaskan cordyceps tempatan dan antarabangsa
Pengiktirafan tempatan dan antarabangsa

Cordyceps Platform Keusahawanan e-Bioteknologi


Kepada yang mengikuti jurnal blog ini pasti membaca tentang bisnes yang diusahakan bersama Jemaah Bisnis Denaihati. Justeru, artikel ini adalah informasi pertama mengenai asas produk yang menjadi syarat wajib perniagaan yang sah dan patuh syariah. 

Kami menyediakan platform keusahawanan kepada yang berhasrat membina kerjaya dan menjana income melalui potensi pelan pemasaran strategik berserta bimbingan dari usahawan berjaya dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri. 

Akan saya kongsikan informasi rangkaian produk dan manfaat kebaikannya pada artikel-artikel akan datang sebagai rujukan, in shaa Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: CORDYCEPS : Lagenda Herba Diraja Dan Evolusi Bioteknologi
CORDYCEPS : Lagenda Herba Diraja Dan Evolusi Bioteknologi
Cordyceps bioteknologi, herba termahal, mempunyai manfaat kesihatan yang terbukti secara saintifik dan klinikal di iktiraf dunia, Asia Herbal Biotech,
https://2.bp.blogspot.com/-XPLMmGzSTtU/Vv1w3jBs_gI/AAAAAAAAL-E/bGgJuFy67rk8kqm58QWqxZtcSfdGKdbig/s640/Cordeyceps%2Bliar.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-XPLMmGzSTtU/Vv1w3jBs_gI/AAAAAAAAL-E/bGgJuFy67rk8kqm58QWqxZtcSfdGKdbig/s72-c/Cordeyceps%2Bliar.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/04/cordyceps-lagenda-herba-diraja-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/04/cordyceps-lagenda-herba-diraja-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy