Dedicated2Cikgu : Raikan Guru Lebih Daripada Ucapan Terima Kasih

Peraduan Report Card of Happiness dalam kempen #Dedicated2Cikgu sempena menyambut sambutan Hari Guru,

Hari Guru memberi peluang yang terbaik untuk kita menghargai guru, sama ada yang dahulu mahupun sekarang, yang telah memberi impak besar kepada kehidupan kita. Dengan memperkenalkan kempen #Dedicated2Cikgu, INTI International University and Colleges telah memberi nafas baharu untuk meraikan golongan berjasa ini.

Dedicated2Cikgu, INTI

Kempen #Dedicated2Cikgu INTI 


Kini memasuki tahun ke-5 penganjuran, kempen #Dedicated2Cikgu ini mengambil pendekatan luar biasa dan kreatif untuk memberi peluang kepada para pelajar meraikan guru mereka dengan memberi markah dalam Kad Laporan Kegembiraan (Report Card of Happiness).

Peraduan Kad Laporan Kegembiraan ini terbuka kepada semua sekolah menengah di seluruh Negara dan membenarkan pelajar untuk memberi markah kepada guru masing-masing mengikut ciri positif seperti Awesome, Brilliant, Cool, Delightful, Excellent atau Fantastic. Pelajar juga boleh menghantar mesej dedikasi yang memberi mereka peluang memenangi hadiah untuk diri sendiri dan juga guru yang menerima dedikasi tersebut.

Dedicated2Cikgu, INTI

Kempen #Dedicated2Cikgu mula dilancarkan pada 2012 menggunakan media sosial. Ia telah berjaya menawan hati ramai guru dan pelajar yang kini semakin kerap menggunakan rangkaian media sosial untuk berkomunikasi, belajar dan bersosial. Kempen ini telah melibatkan lebih 4 juta pelajar dan 200,000 guru di seluruh negara sepanjang 4 tahun lalu.

Kempen pada tahun ini juga menghasilkan video istimewa bersempena Kad Laporan Kegembiraan yang berjudul “Role Reversal”, sepanjang 2 setengah minit yang memaparkan pelajar-pelajar sedang memberi markah kepada guru masing-masing pada Hari Kad Laporan. Video tersebut telah ditayangkan di laman Facebook INTI pada 11 April 2016, kini telah menjadi viral dan ditonton lebih 653,976 kali, mendapat 27,205 likes dan dikongsi oleh 6,473 pengguna maya.


“Kadar kejayaan kempen #Dedicated2Cikgu amat memuaskan. Kami berbangga menyaksikan para pelajar di seluruh negara masih lagi menghormati Hari Guru dan kami gembira kempen ini terus menjadi platform untuk mereka meraikan guru-guru mereka” – Timothy Johnson, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Korporat, Produk dan Kerjasama INTI.

Antara inisiatif kempen ini termasuk memberi 40,000 kuntum bunga kepada guru di 400 buah sekolah dan juga tarikan selebriti terkenal Malaysia seperti Rozita Che Wan, Amar Asyraf, Elfira Loy, Fizz Fairuz serta kumpulan anak muda berbakat beatboxer yang terkenal, iaitu 4Teen sebagai duta kempen. 

Dedicated2Cikgu, INTI

Pemenang-pemenang peraduan Kad Laporan Kegembiraan berpeluang memenangi Samsung Chromebook, Pebble Smart Watch dan pemacu kilat USB dari INTI. Peraduan akan berakhir pada 11 Mei 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #Dedicated2Cikgu dan peraduan Kad Laporan Kegembiraan, layari www.newinti.edu.my/dedicated2cikgu

COMMENTS

BLOGGER: 24
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Dedicated2Cikgu : Raikan Guru Lebih Daripada Ucapan Terima Kasih
Dedicated2Cikgu : Raikan Guru Lebih Daripada Ucapan Terima Kasih
Peraduan Report Card of Happiness dalam kempen #Dedicated2Cikgu sempena menyambut sambutan Hari Guru,
https://4.bp.blogspot.com/-k0qNfjqUucA/VxzPFpxPzUI/AAAAAAAAMOU/JMTWAIIPoIUIXRXSgqGku1fS7MxEDMM1ACLcB/s640/%2523Dedicated2Cikgu.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-k0qNfjqUucA/VxzPFpxPzUI/AAAAAAAAMOU/JMTWAIIPoIUIXRXSgqGku1fS7MxEDMM1ACLcB/s72-c/%2523Dedicated2Cikgu.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/04/dedicated2cikgu-raikan-guru-lebih.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/04/dedicated2cikgu-raikan-guru-lebih.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy