Kajiselidik Menyelami Punca Kemelut Sosial Jiwa Remaja

kajiselidik sosial tentang mengenalpasti punca berlaku kemelut sosial jiwa remaja di Malaysia.

Baru-baru ini saya terlibat dalam kerjasama menjayakan kajiselidik sosial tentang mengenalpasti punca berlaku kemelut sosial jiwa remaja. Maklumlah, sebagai bapa yang kini membesarkan beberapa anak remaja, saya turut terkesan dengan tugasan ini. Selain mendapatkan ‘first hand information’ mengenai fakta terkini, ia juga menjadi peringatan buat diri juga sebagai pengetahuan bermanfaat buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Kajiselidik sosial

Fenomena Kemelut Sosial Jiwa Remaja


Fenomena anak-anak remaja bergaul bebas lelaki perempuan sambil melepak, merempit, atau membuang masa berpeleseran dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah pada dasarnya menyatakan golongan seperti ini sememangnya benar-benar berada dalam kemelut jiwa dan keserabutan fikiran.

Memang tidak dinafikan sebahagian besar masyarakat mudah menuding jari kepada golongan remaja diatas dengan mengatakan merekalah menjadi punca masalah masyarakat (society illness). Remajalah golongan yang kuat memberontak dan mudah mengambil tindakan tidak wajar sehingga berlaku permasalahan kritikal seperti menyuburkan budaya hedonisme, gangsterisme, rogol, jenayah hinggalah penyalahgunaan dadah

kajiselidik sosial

Kenalpasti Punca Keserabutan Dan Kemelut Jiwa Remaja


Persoalannya, mengapakah anak-anak remaja ini menghadapi pelbagai masalah sosial dan siapakah sebenarnya yang mewujudkan permasalahan ini serta dari manakah punca masalah ini tercetus?

Hasil pemerhatian dan pengkajian mendapati punca utama golongan remaja bermasalah adalah disebabkan jangkitan penyakit sosial daripada golongan lain sebelum ia tersebar dikalangan rakan sebaya. Golongan lain yang dimaksudkan ialah lingkungan tempat golongan remaja membesar dan mengenali dunia.

Ia adalah hasil kelemahan institusi kekeluargaan, institusi pendidikan, institusi pembangunan yang secara amnya merangkumi seluruh sistem masyarakat dan para pentadbirnya. Fenomena yang merosak dan gejala sosial yang berlaku dalam gaya hidup golongan remaja itu pada hakikat adalah pantulan daripada keadaan atau kealpaan masyarakat itu sendiri.

kajiselidik sosial

Pandangan Ilmuan Islam Tentang Penyakit Remaja


Rujukan tokoh ulama dunia Dr Muhammad Said Al-Buthi turut menyatakan bahawa golongan remaja pada asalnya tidak menghadapi sebarang masalah, tetapi mereka telah dijangkiti oleh masalah yang sudah terlebih dahulu ada dalam masyarakat tempat tinggal mereka.

Antara kata lain, jika baik masyarakat itu maka baiklah, dan jika buruk maka rosaklah golongan remajanya. Justeru, penyakit yang wujud pada golongan remaja adalah kesan dan akibat yang datang secara langsung atau tidak langsung disebabkan kealpaan masyarakatnya.

Pencegahan sebaiknya perlu dimulai ibu bapa, keluarga dan keperihatinan masyarakat seluruhnya. Kita perlu sedar agar tidak ketandusan pemimpin masa hadapan yang cemerlang dunia dan akhirat... wallahualam.

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kajiselidik Menyelami Punca Kemelut Sosial Jiwa Remaja
Kajiselidik Menyelami Punca Kemelut Sosial Jiwa Remaja
kajiselidik sosial tentang mengenalpasti punca berlaku kemelut sosial jiwa remaja di Malaysia.
https://3.bp.blogspot.com/-k02-2-UBV20/Vwfhmr2xrCI/AAAAAAAAME8/9wYanHBJHucyMj3P9hPGwokuPUSn_Slag/s640/Socialpreneur1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-k02-2-UBV20/Vwfhmr2xrCI/AAAAAAAAME8/9wYanHBJHucyMj3P9hPGwokuPUSn_Slag/s72-c/Socialpreneur1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/04/kajiselidik-menyelami-punca-kemelut.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/04/kajiselidik-menyelami-punca-kemelut.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy