AYDA XChange: Inspirasi Bakat Reka Bentuk Daripada Peneraju Industri

Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA XChange) 2016, Nippon Paint,

AYDA XChange telah diperkenalkan oleh Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) sebagai platform ilmu yang menampilkan para penceramah terkemuka antarabangsa serta mereka yang pernah memenangi Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA), untuk tampil berkongsi idea serta pengalaman dalam industri senibina dan reka bentuk dalaman. Majlis berlangsung pada 17 Mei 2016 bertempat di Taylor's University Lakeside Campus 

AYDA XChange

Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2016


AYDA XChange dianjurkan sempena pelancaran dan penjenamaan semula Anugerah Pereka Muda Nippon Paint menjadi Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2016. Pertandingan reka bentuk yang terkemuka di Asia ini membawa tema ‘Be Bold, Be Free, Be You’ bagi tahun ini.

Majlis telah menjemput 2 orang pemimpin industri terkemuka sebagai penceramah jemputan. Mereka ialah Ar Serina Hijjas dan encik Lai Siew Hong yang berkongsi pengalaman demi memperkayakan lagi pengetahuan pelajar.

Alumni AYDA turut dijemput menjadi sebahagian panel perbincangan berkongsi pengalaman dalam industri reka bentuk selepas tamat pengajian. Tujuan utama adalah menyuntik inspirasi kepada pereka muda Malaysia agar lebih berani dan berpegang teguh kepada prinsip yang menjadi sebahagian rasional reka bentuk mereka.

AYDA XChange Inspirasi Ikon Peneraju Industri


AYDA XChange

Ar Serina Hijjas, seorang tokoh seni bina hijau dan pembangunan lestari, merupakan penceramah yang menyampaikan pandangan tentang keperluan memastikan reka bentuk yang mengimbangi persekitaran binaan dengan sumber sekeliling yang terhad. Serina menekankan bahawa pemacu utama kemampanan masa depan adalah penyatuan idea individu dengan alam dan teknologi serta mencari keseimbangan antara ketiga-tiganya.

Encik Lai Siew Hong yang merupakan Ketua Hakim Kategori Reka Bentuk Dalaman AYDA 2016, merupakan tokoh terkemuka industri rekaan dalaman. Semasa sesi ceramah, beliau menyentuh tentang penyelesaian reka bentuk inovatif dan berani bagi perancangan ruang dalaman dan identiti korporat dengan meneroka serta memahami sinergi antara idea asal dan kebebasan untuk mencipta.

AYDA XChange 2016 turut menjemput empat orang alumni NPYDA menyertai sesi forum yang membincangkan pengalaman ‘Be Bold, Be Free, Be You’. Ia memberi inspirasi kepada pereka muda untuk melahirkan konsep baru dan segar mencerminkan keberanian, kebebasan dan keaslian dalam cabaran melahirkan reka bentuk yang tersendiri.

AYDA XChange 2016 : ‘Be Bold, Be Free, Be You’


Nippon Paint mengambil langkah strategik menamakan semula Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA) menjadi Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA). Ia bakal menjadi pertandingan reka bentuk yang terkemuka di Asia dan memupuk bakat baru dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman untuk pasaran akan datang.

AYDA XChange

Sejak diperkenalkan pada 2008, AYDA telah meluas ke negara rantau Asia termasuk Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Taiwan, India, Bangladesh, Pakistan, Jepun, Hong Kong dan Sri Langka. 

NPYDA juga disokong persatuan industri seperti Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), Pertubuhan Indeks Bangunan Hijau (GBI), Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA). 

Info terkini AYDA sila layari: www.asiayoungdesigneraward.com

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: AYDA XChange: Inspirasi Bakat Reka Bentuk Daripada Peneraju Industri
AYDA XChange: Inspirasi Bakat Reka Bentuk Daripada Peneraju Industri
Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA XChange) 2016, Nippon Paint,
https://2.bp.blogspot.com/-gKF0LQRzX5U/V0PyrftzMoI/AAAAAAAAMck/7N_EOXj_A60R2nd8ck0hNgal0nM2-jMSQCLcB/s640/AYDA%2BXChange%2B2016.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-gKF0LQRzX5U/V0PyrftzMoI/AAAAAAAAMck/7N_EOXj_A60R2nd8ck0hNgal0nM2-jMSQCLcB/s72-c/AYDA%2BXChange%2B2016.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/ayda-xchange-inspirasi-bakat-reka.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/ayda-xchange-inspirasi-bakat-reka.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy