Bicara Aku Seorang Hamba Bersama Abang Long Fadhil

Abang Long Fadhil, bekas gangster Singapura, kembali ke pangkal jalan atas hidayah kurniaan Illahi, Bual santai bicara aku seorang hamba,

Merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana diberi kelapangan dengan izinNya. Saya berpeluang menghadiri majlis ilmu, Bual Santai; Bicara Aku Seorang Hamba yang mengundang Abang Long Fadhil menyampaikan perkongsian. Majlis ilmu ini telah berlangsung pada 27 Mei 2016, selepas solat Maghrib bertempat di surau Madrasah As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Abang Long Fadhil, Ustaz Mohamad Zuhd, Madrasah As Siddiqin,

Bual Santai Bersama Abang Long Fadhil


Pasti kebanyakkan kita mengetahui kisah Abang Long Fadhil di kaca TV. Seorang bekas gangster Singapura yang digeruni, telah memilih untuk kembali ke pangkal jalan atas hidayah kurniaan Illahi. Adalah menjadi harapan ramai agar beliau dapat berkongsi secebis perasaan bagaimana cahaya keimanan itu terbit dalam dirinya.

Sesungguhnya bual bicara ini bukan untuk membanggakan kisah lalu, tetapi menjelaskan betapa besarnya hikmah kasih sayang Illahi memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendakiNYA. Satu perkongsian peringatan buat insan termasuk diri ini tentang kebesaran anugerah Illahi. Apabila Allah swt mahukan sesuatu itu berlaku, ia pasti akan berlaku... subhanallah walhamdulillah. 

Bicara Aku Seorang Hamba, Abang Long Fadhil, Madrasah As Siddiqin,

Majlis Bual Santai, Bicara Aku Seorang Hamba ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Zuhdi, imam surau Madrasah As Siddiqin dan penceramah bebas. Beliau turut memperingatkan jemaah yang hadir agar memahami situasi Abang Long Fadhil yang bukan hanya memerlukan bimbingan ahli agama malah daripada umat Islam seluruhnya. Semoga hikmah keberkatan kita perolehi bersama dengan sokongan dan doa yang terbaik buat beliau.

Rahsia Solat

Tattoo Abang Long Fadhil


Selain itu, turut menyentuh isu bertattoo seperti sedia kita maklum di beberapa bahagian anggota badan termasuk muka Abang Long Fadhil disebabkan lampiran kisah lalu. Sungguhpun membuangnya melibatkan risiko dan kos yang tinggi, namun syukurlah ada insan yang berbesar hati menyumbang membiaya kos perawatan tersebut.

Islam adalah agama yang syumul dan tidak membebankan. Kesanggupan Abang Long Fadhil dengan sepenuh tekad bersedia menyahut seruan untuk menjalani operasi membuang tattoo di muka serta seluruh anggota badan walaupun berhadapan risiko yang tinggi adalah satu sifat terpuji. Semoga beliau selamat menjalani perawatan membuang tattoo dan dipermudahkan segala usahanya.

Bicara Aku Seorang Hamba, Abang Long Fadhil, Madrasah As Siddiqin,

Hasrat Abang Long Fadhil Menunaikan Umrah Bersama Bonda Termakbul


Beliau turut menyatakan niat merealisasikan hasrat ibunya menunaikan umrah. Sambil mengalirkan air mata beliau menceritakan pengorbanan kasih ibu yang sanggup bersusah demi anak walaupun tatkala beliau dipenjarakan. Ibu tetap sabar menghadapi dugaan anak seperti Abang Long Fadhil dan sentiasa yakin satu masa nanti beliau boleh berubah… itulah besarnya hikmah doa harapan seorang ibu.

Atas ihsan insan yang berhati mulia, seorang pemilik syarikat perkhidmatan pengurusan umrah dan haji telah menyatakan persetujuan untuk menaja Abang Long Fadhil bersama ibunya menunaikan umrah hujung tahun ini. Itulah antara harapan Abang Long Fadhil yang tanpa disangka telah dimakbulkan, in shaa Allah… syukurlah.

Bicara Aku Seorang Hamba, Abang Long Fadhil, Madrasah As Siddiqin,

Majlis berakhir sekitar jam 9 malam dengan solat Isyak berjemaah. Abang Long Fadhil turut meluahkan dugaan yang mungkin bakal berlaku disebabkan penghijrahannya. Beliau redha sekiranya ada musuh yang ingin membalas dendam atas penglibatan gangsterisme dahulu. Segala-galanya terserah atas takdir dan ketentuan Allah yang Maha Berkuasa.

Justeru, kita doakan agar Abang Long Fadhil sentiasa terpelihara di atas jalan yang diredhai. Semoga bersama kita semua sentiasa diberkati dan disinari cahaya keimanan di dunia hingga ke akhirat… aamiin ya Rabbal alaamiin.

Rahsia Solat

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Bicara Aku Seorang Hamba Bersama Abang Long Fadhil
Bicara Aku Seorang Hamba Bersama Abang Long Fadhil
Abang Long Fadhil, bekas gangster Singapura, kembali ke pangkal jalan atas hidayah kurniaan Illahi, Bual santai bicara aku seorang hamba,
https://4.bp.blogspot.com/-VasjC6OFre0/V02cbjfP3SI/AAAAAAAAMhs/XMrh1nPm5uk5J96JoOfGOLkzvRKe524DQCLcB/s640/Abang%2BLong%2BFadhil.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-VasjC6OFre0/V02cbjfP3SI/AAAAAAAAMhs/XMrh1nPm5uk5J96JoOfGOLkzvRKe524DQCLcB/s72-c/Abang%2BLong%2BFadhil.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/bicara-aku-seorang-hamba-bersama-abang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/bicara-aku-seorang-hamba-bersama-abang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy