Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia 2016

Kajian seksual dan reproduktif seluruh negara menunjukkan jurang pengetahuan membimbangkan di kalangan warga muda Malaysia oleh Perspective Strategies dengan sokongan Durex Malaysia,

YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Durex Malaysia, Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia,

Pada 12 Mei 2016, saya telah menyertai pembentangan ‘Malaysian Youth Sexual and Reproductive Health Survey’ yang dijalankan oleh Perspective Strategies Sdn Bhd dengan sokongan Durex Malaysia di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral. Penyampaian kajian kesihatan seksual dan reproduksi turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dan Matias Caride, Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser.

Fakta Kajian Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Warga Muda Malaysia


Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia ini melibatkan seramai 1,071 belia Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun meliputi seluruh negara. Ia tertumpu kepada 5 tajuk utama merangkumi sumber pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif; pengetahuan tentang kehamilan; kesedaran STI; pengetahuan tentang kontraseptif; dan perhubungan jantina.

Penemuan kajian mendapati 79% warga muda Malaysia menerima maklumat tentang kesihatan seksual, namun lebih separuh daripadanya berpendapat bahawa maklumat tersebut tidak mencukupi untuk membantu mereka. Malah kajian menunjukkan bahawa wujudnya salah tanggapan yang berleluasa dikalangan warga muda tentang kehamilan, keganasan seksual serta penyakit jangkitan seksual (STI).

Antara fakta kajian seksual dan reproduktif warda muda malaysia;
- 35% tidak percaya bahawa wanita boleh mengandung selepas kali pertama melakukan hubungan seks.
- 19% warga muda Malaysia percaya menggunakan dua kondom menawarkan perlindungan lebih baik.
- 11% warga muda yang aktif secara seksual pernah dijangkiti penyakit seksual; satu perempat (24%) daripada kumpulan ini tidak cuba untuk mendapatkan rawatan.

YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Durex Malaysia, Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia,

Antara Penemuan Kajian Seksual Dan Reproduktif Warga Muda Malaysia Termasuk:


Mitos tentang kehamilan yang tersebar luas

Sejumlah besar responden mempunyai kefahaman yang salah dan tidak tahu cara melindungi diri dari kehamilan tidak dirancang.

Terdapat 42% responden berpendapat kaedah penarikan awal merupakan cara perlindungan berkesan walau ada hakikatnya, risiko kehamilan masih wujud. 35% responden pula percaya bahawa wanita tidak boleh mengandung daripada persetubuhan kali pertama.

Kedua-dua jantina memahami tentang fungsi seksual, namun kajian juga menunjukkan 51% responden wanita dan 20% lelaki tidak tahu sama ada melakukan hubungan seksual secara berdiri mampu mencegah kehamilan. Daripada 60% yang menjawab soalan dengan betul, hanya 40% daripada mereka terdiri wanita berbanding 77% lelaki.

Perlindungan kesihatan seksual bukan menjadi keutamaan

Kajian mendapati warga muda Malaysia tidak tahu melindungi diri semasa aktiviti seks.

Sejumlah 19% percaya bahawa menggunakan 2 lapis kondom adalah lebih selamat dan berkesan. Sebenarnya, ia boleh menyebabkan kondom atau kulit kelamin terkoyak akibat geseran aktiviti seksual dan membawa risiko lebih besar seperti STI serta kehamilan tidak dirancang. Antara 25% responden pula berpendapat bahawa perlindungan tidak perlu berdasarkan sikap saling percaya antara pasangan seks.

Kurang maklumat kesihatan seksual dengan fakta yang betul

Sejumlah 79% responden menyatakan menerima pendidikian kesihatan seksual reproduktif di sekolah, internet, dan rakan-rakan, namun 62% berpendapat maklumat tersebut tidak mencukupi. Walaupun tujuan utama penyampaian maklumat pendidikan adalah membantu belia memahami dan melindungi diri serta menyemai rasa hormat, namun 25% mempunyai salah tanggapan bahawa pendidikan seksual reproduktif menggalak mereka mengenal cara-cara melakukan hubungan seks.

Salah tanggap tentang rogol dan keganasan seksual masih kekal

Kajian juga mendapati 82% berpendapat bahawa jenayah rogol berlaku disebabkan dorongan seksual pelaku yang tidak terkawal, manakala 56% percaya cara wanita berpakaian terdedah lebih cenderung untuk dirogol. Walaubagaimanapun Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan ‘rogol’ adalah tentang cara menunjukkan kuasa, dominasi dan kawalan ke atas mangsa dan jarang tentang hubungan seks. Kejadian rogol adalah jenayah dan pelakunya harus dipersalahkan sepenuhnya, bukan mangsa.

Stigma sosial berkaitan STI masih wujud

Rasa takut tersisih serta perasaan malu menyebabkan 10% golongan belia Malaysia lebih rela untuk tidak menjalani ujian dan rawatan walaupun mungkin terdedah kepada risiko STI. Kajian mendedahkan bahawa 14% responden tidak mahu duduk di sebelah mereka yang positif HIV sama ada di tempat kerja atau di universiti.

Kefahaman Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Dikalangan Warga Muda Amat Penting


Golongan muda Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan masa hadapan negara. Melalui maklumat tepat dan saluran yang betul, ia membantu melengkapkan diri mereka dengan memberi peluang kepada tubuh, minda dan jiwa mereka berkembang secara sihat serta mampu membuat pilihan yang bertanggungjawab. Lebih penting, mereka lebih matang dan bertindak dengan pengetahuan secukupnya agar tidak memberi kesan negatif kepada kehidupan diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat.

Durex Malaysia, Khir Khalid, Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia,

Kajian Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Warga Muda Malaysia ini adalah sebahagian komitmen Durex Malaysia mengetengahkan pengetahuan kesihatan seksual dan reproduktif dikalangan warga muda melalui penyelidikan, pendidikan dan usaha sokongan yang berterusan.

Kempen pendidikan yang dijalankan sejak 2013 hingga 2015 juga turut disokong Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) dan AIESEC Malaysia.

Keputusan penuh kajian boleh di akses melalui : www.durex.com.my


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia 2016
Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia 2016
Kajian seksual dan reproduktif seluruh negara menunjukkan jurang pengetahuan membimbangkan di kalangan warga muda Malaysia oleh Perspective Strategies dengan sokongan Durex Malaysia,
https://4.bp.blogspot.com/-HN_Yb63wXlk/Vzb-gg6zdpI/AAAAAAAAMVo/-WhZQuScETM3pgHD97-7qw3XZwJREZN4gCLcB/s640/Sexual%2BReproductive%2Bsurvey.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-HN_Yb63wXlk/Vzb-gg6zdpI/AAAAAAAAMVo/-WhZQuScETM3pgHD97-7qw3XZwJREZN4gCLcB/s72-c/Sexual%2BReproductive%2Bsurvey.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/kajian-seksual-dan-reproduktif-warga.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/kajian-seksual-dan-reproduktif-warga.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy