Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan 'Sweet 17'

Hari ulangtahun perkahwinan yang ke 17, merafak kesyukuran anugerah kekeluargaan dan kehidupan kepada Illahi,

Sekian lama tidak berkongsi jurnal kekeluargaan bersama rakan pembaca yang dihormati sekelian. Artikel kali ini merafakkan kesyukuran atas limpah kurnia Illahi buat anugerah kehidupan ini. Hari Sabtu (7 Mei 2016) merupakan hari yang bersejarah buat saya dan isteri. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-17… sweet 17 gitu… :)

Zuraidah Misan,

Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 17 Tahun


Sungguh cepat dirasakan masa berlalu, malah terdapat 2 perkongsian artikel penghargaan sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-15 dan ke-16 yang dirasakan seperti baru sahaja ditulis. Hakikatnya telah menjangkau dua tahun dari yang pertama diterbitkan.

Kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang amat disyukuri. Ia mengajar erti perkongsian hidup, pengorbanan, mendidik tanggungjawab serta ketabahan dalam menempuh realiti kehidupan. Kegembiraan dan ujian yang hadir diiringi peringatan kasih yang Maha Pencipta kepada hambanya. Nilai kekeluargaan yang pasti dihargai selamanya.

Perkahwinan Dan Nilai-Nilai Kekeluargaan


Kurniaan 4 orang cahaya mata menempuh alam remaja dan persekolahan juga membuka lembaran baru tentang pengorbanan dan pengharapan. Cabaran dunia kini memerlukan keperihatinan mengenal dunia generasi muda, tentang inspirasi dan aspirasi, tentang kawan, minat, trend, gadget… cabaran media sosial serta pelbagai tarikan dunia tanpa sempadan.

Mengatur waktu buat anak-anak, keluarga dan kerjaya menyuntik displin diri agar dapat memperuntukkan masa sebaiknya dalam merealisasikan hasrat kehidupan ke arah yang lebih baik. Hubungan emosi dan didikan sebagai ibu bapa kepada anak-anak bukan perkara kecil dan boleh dipandang ringan… perlunya kita sebagai ibu bapa menyelami dunia mereka sebagai sahabat demi membina perisai kebaikan dan keyakinan diri.

Khir Khalid, zuraidah misan,

Penghargaan Ulangtahun Perkahwinan Ke 17


Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tercinta atas kesetiaan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang membina perkongsian hidup ini. Semoga perjalanan kehidupan kami untuk hari mendatang senantiasa disinari kebahagiaan, kemuliaan dan keberkatan Illahi, in shaa Allah.

Mohon doakan agar segalanya sentiasa dilimpahi rahmat dan kesejahteraan, begitu jugalah doa harapan saya kepada semua pembaca yang dihormati sekelian. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dikurniakan kehidupan yang berkat serta dipermudahkan jalan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin, aamiin ya Rabbalalaamiin.

Salam cinta dan kasih sayang dari saya buat anda sekelian… :)

COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan 'Sweet 17'
Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan 'Sweet 17'
Hari ulangtahun perkahwinan yang ke 17, merafak kesyukuran anugerah kekeluargaan dan kehidupan kepada Illahi,
https://4.bp.blogspot.com/-QNXUgdTpV8I/VyyTlDJsovI/AAAAAAAAMUI/wCK-yjNRUN8hTo8sBOPEEI2eRdLlu15kACLcB/s640/Dinner%2BJDH.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-QNXUgdTpV8I/VyyTlDJsovI/AAAAAAAAMUI/wCK-yjNRUN8hTo8sBOPEEI2eRdLlu15kACLcB/s72-c/Dinner%2BJDH.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/menyambut-hari-ulangtahun-perkahwinan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/menyambut-hari-ulangtahun-perkahwinan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy