Pembentangan Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016

Pembentangan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016 (AIA Healthy Living Index 2016) AIA Berhad,

Pada 11 Mei 2016, saya telah menghadiri pembentangan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016 (AIA Healthy Living Index 2016) anjuran syarikat insuran terkemuka AIA Berhad. Ia merupakan tinjauan kesihatan AIA yang ke-3 dilaksanakan, meliputi 10,000 orang dewasa daripada 15 buah negara di rantau Asia Pasifik. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan status terkini tentang tahap kesihatan rakyat Malaysia berbanding rantau Asia Pasifik secara keseluruhannya.

AIA Healthy Living Index 2016
AIA Health Perspectives: A Reality Check

Berdasarkan fakta yang dibentangkan, Malaysia mencatatkan mata lebih rendah berbanding purata serantau dan meletakkan kita di tangga ke-8 dalam penyenaraian indeks di rantau Asia Pasifik. Pada realiti, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016 tidak menampakkan penambahbaikan dan merupakan situasi yang membimbangkan.

Statistik menunjukkan 70% warga dewasa Malaysia tidak berpuas hati terhadap tahap kesihatan mereka dan merasakan ianya tidak sebaik 5 tahun yang lalu. Lebih merisaukan apabila 61% warga dewasa dibawah 30 tahun bersetuju dengan kenyataan tersebut walaupun mereka berada dalam kumpulan umur yang sepatutnya dikategorikan sihat.

Fakta Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat 2016


AIA Healthy Living Index 2016
AIA Healthy Living Index 2016

Sungguhpun ramai menyedari amalan hidup yang sihat melibatkan gabungan fizikal dan mental seperti tidur yang cukup, pemakanan yang sihat, minda yang positif dan tahu mengurangkan tekanan, senaman tidak tersenarai dalam aktiviti gaya hidup sihat dikalangan warga Malaysia. Berikut saya kongsikan fakta Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016 yang dibentangkan.

Amalan Diet Pemakanan Kurang Baik Penyebab Obesiti

Buat pertama kali, tinjauan mendapati obesiti, disebabkan tabiat makan yang buruk, menjadi masalah serius yang semakin menular dikalangan dewasa dan kanak-kanak. Kajiselidik mendapati, 6 daripada 10 rakyat Malaysia mahu menghilangkan purata 8.5 kg berat badan. Malaysia antara 3 negara teratas dengan sasaran penurunan berat badan yang tinggi. Sejumlah 55% peserta kajian Malaysia didapati pra-obes atau obes berdasarkan bacaan Indeks Jisim Badan mereka.

Kajiselidik juga mendapati 17% ibu bapa Malaysia mahukan penurunan berat badan untuk anak-anak mereka sekurang-kurangnya 4.5 kg. Ini juga menunjukkan bahawa tabiat pemakanan tidak sihat sudah pun menular dikalangan generasi muda. Selain itu, terdapat 81% tanggapan responden bahawa makanan yang sihat adalah mahal, manakala 64% menyatakan makanan sihat tidak sedap dan 58% berasa ia lebih sukar untuk disediakan.

Penemuan Tentang Senaman Dan Menghabiskan Masa Di Depan Skrin

Penggunaan internet dan telefon pintar telah muncul sebagai aktiviti yang menghalang rakyat Malaysia daripada mendapat senaman dan tidur yang cukup. Kira-kira 68% responden ketagih dengan aktiviti dalam talian, berbanding purata serantau sebanyak 57%. Oleh itu, realiti rakyat Malaysia hanya mendapat tidur 6.3 jam merupakan kadar tidur paling rendah antara 15 buah negara yang ditinjau.

Trend ketagihan ini akan terus bertambah dan menjadi sebahagian dari aspek kehidupan. 50% ibu bapa berpendapat anak-anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan skrin (TV 44%, internet 31%, dan permainan video 26%).  Secara purata, orang dewasa Malaysia menghabiskan 4.1 jam sehari melayari internet untuk aktiviti bukan berkaitan kerja dan merupakan bilangan jam paling tinggi dicatatkan di rantau ini.

AIA Healthy Living Index 2016

Statistik penggunaan internet menunjukkan perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan purata 2.6 jam seminggu yang diluangkan rakyat Malaysia untuk bersenam. Sejumlah 69% rakyat Malaysia dewasa berkata mereka bersenam secara kerap, namun kajian menunjukkan ia lebih rendah berbanding purata serantau sebanyak 3 jam dan tempoh minimum 3.5 jam seminggu yang di syorkan oleh pakar kecerdasan.

Ramai Rakyat Malaysia Tidak Tahu Status Sebenar Kesihatan Mereka


Majoriti mereka yang ditinjau berkata penyakit berkaitan jantung, kencing manis, kanser dan strok merupakan antara kebimbangan kesihatan yang utama. Ramai bimbang tentang kesejahteraan mental yang mencatatkan 76% bimbang tentang keresahan, 74% tentang kemurungan dan 72% tentang penyakit Alzhiemer.

Namun disebalik kebimbangan, hanya 46% rakyat Malaysia dewasa yang menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan lalu. Angka ini lebih rendah berbanding purata serantau pada 52% dan penurunan daripada tahun-tahun sebelumnya (52% tahun 2011 dan 50% tahun 2013).

AIA Healthy Living Index 2016

Mengharapkan Panduan Dan Galakan Untuk Mengekalkan Gaya Hidup Sihat

Kira-kira 91% orang dewasa Malaysia mengakui bahawa mereka boleh berusaha lebih lagi untuk meningkatkan tahap kesihatan. 75% pula menyatakan mereka mengambil beberapa langkah kecil ke arah itu dan hanya 15% mengaku tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan taraf kesihatan.

Sejumlah 84% orang dewasa Malaysia mahukan panduan yang boleh membantu mereka berubah sedikit demi sedikit; 79% matlamat yang lebih kecil dan mudah dicapai; 76% mendapatkan maklumat terkini mengenai kemajuan mereka dan 73% memperolehi ganjaran kerana mencapai matlamat. Bagi mereka yang tidak mengambil apa-apa langkah ke arah kehidupan yang sihat, 75% berkata penghalang utama adalah kerana tidak mengetahui matlamat sebenar yang harus dicapai.  

AIA Healthy Living Index 2016
Forum diskusi : Dr Myralini S. Thesan (Pengarah dan ketua pengurusan AIA) selaku moderator (kanan) bersama panelis Jacquilene Wong (Head of Learning & Development, Fitness First Asia), Indra Balaratnam (Consultant Dietitian Indra Balaratnam Nutrition) dan Thomas Isaac (Director Intuit Research).

Komitmen AIA Terhadap Gaya Hidup Sihat Rakyat Malaysia


Menurut Indra Balaratnam yang merupakan pakar nutrisi menyarankan rakyat Malaysia agar mengamalkan diet pemakanan sihat serta mengikut aturan waktu yang betul. Sarapan pagi merupakan pengambilan diet yang penting bagi semua. Selain itu beliau juga memberitahu kebanyakkan rakyat Malaysia berhasrat untuk bersenam tetapi tidak bertindak untuk melakukannya secara berdisiplin dan berjadual serta berterusan.

Diskusi juga menyarankan rakyat Malaysia agar mengambil inisiatif menjalani kehidupan sihat secara berperingkat. Kita perlu memulakan dengan langkah kecil secara konsisten melalui amalan diet pemakanan sihat, displin waktu tidur yang teratur serta bersenam. Bagi memotivasikan diri agar setiap langkah dapat dilakukan adalah dengan menggalakkan ahli keluarga serta rakan-rakan sebagai komitmen untuk bersama-sama mencapai matlamat gaya hidup yang sihat.

AIA Healthy Living Index 2016
Thomas Wong (kanan) selaku Ketua Eksekutif Pemasaran AIA Berhad bersama para panelis diskusi

Justeru, berdasarkan kenaikan kos perubatan masa kini, orang ramai perlu kesedaran dan digalakkan memilih gaya hidup yang sihat. AIA tidak mahu berhenti sekadar membayar tuntutan sahaja tetapi mahu memainkan peranan aktif dalam memperkasa dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan yang berkekalan kepada gaya hidup mereka setiap hari agar Malaysia menjadi sebuah negara yang sihat dan sejahtera.

COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pembentangan Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016
Pembentangan Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016
Pembentangan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016 (AIA Healthy Living Index 2016) AIA Berhad,
https://4.bp.blogspot.com/-eSpIYTNfoQA/V0UjqPz_EQI/AAAAAAAAMdU/X8nTwcgfp6IXYWNXi5VPdkzslt4D4LmSQCLcB/s640/KK%2BAIA%2BIndex.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-eSpIYTNfoQA/V0UjqPz_EQI/AAAAAAAAMdU/X8nTwcgfp6IXYWNXi5VPdkzslt4D4LmSQCLcB/s72-c/KK%2BAIA%2BIndex.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/pembentangan-tinjauan-indeks-kehidupan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/pembentangan-tinjauan-indeks-kehidupan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy