Sadiq Khan Datuk Bandar Muslim Pertama London

Sadiq Khan memenangi pilihanraya sebagai Datuk Bandar beragama Islam pertama di kota London dan sejarah politik ibu negara barat,

Sadiq Khan yang merupakan calon pemimpin dari Parti Buruh (Labour Party) telah dilantik secara rasmi sebagai Datuk Bandar London pada 4 Mei 2016. Beliau yang telah memenangi pilihanraya mengalahkan Parti Konservatif di ibu kota United Kingdom ini juga merupakan Datuk Bandar beragama Islam yang pertama di kota London dengan kemenangan undian majoriti dalam sejarah politik ibu negara dunia Barat.

Sadiq Khan Datuk Bandar London Baharu


Sadiq Khan, Datuk Bandar Muslim Pertama London,

Pelbagai isu negatif kempen Zac Goldsmith yang merupakan calon Parti Konservatif terhadap Sadiq Khan, namun ia berjaya ditangani dengan membuktikan kemenangan besar dalam pilihanraya. Antara propaganda yang disebarkan mendakwa Sadiq Khan mempunyai hubungan dengan pengganas radikal Islam yang telah melakukan serangan terhadap Perdana Menteri David Cameron dan beberapa pemimpin tertinggi Parti Konservatif.

Kemenangan beliau bukan sahaja melalui sokongan Muslim, bahkan beroleh sokongan undi majoriti masyarakat bukan Islam di kotaraya London. Kepercayaan padu masyarakat London seluruhnya juga menterjemahkan harapan London membina perpaduan dan kehidupan yang lebih baik. Ketua pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn turut berkongsi kegembiraan parti melalui twitternya dengan hastag #YesWeKhan yang mendapat pujian ramai.
Sadiq Khan Datuk Bandar Muslim Pertama London,

Sadiq Khan Pemimpin Politik Berjiwa Rakyat


Sadiq Khan merupakan anak seorang pemandu bas berketurunan Pakistan yang lahir di kota London. Ibu Bapa beliau berhijrah ke London sekitar 1960an dan memulakan kehidupan di London sebagai imigran. Beliau turut menyatakan bahawa sejarah kehidupan keluarganya merupakan kisah benar bagaimana keperihatinan masyarakat London menjadikan beliau berjaya hari ini. Biografi penuh Sadiq Khan boleh di rujuk di sini > My Story

Sadiq Khan, Datuk Bandar Muslim Pertama London,

Berbeza dengan calon parti lawan yang merupakan anak seorang billionaire dengan kredibiliti serta pengaruh yang besar. Kemenangan Sadiq Khan diukur dari aspek ketelusan dalam mengambil kira semua aspek keperihatinan sosio-ekonomi masyarakat London selaras dengan kepentingan dan perpaduan kaum menangani pelbagai cabaran persekitaran dunia Barat masa kini.

Namun ada pendirian lain yang tidak menyenangkan masyarakat Islam antarabangsa seperti menyokong gay dan pluralisme beragama. Ia menampakkan beliau hanya boneka politikal Barat, cuma belum diterjemahkan melalui tindakan pemikiran tempatan. Apa pun, kita hanya mampu berharap moga ada kebaikan atas kemenangan ini buat manfaat insan sejagat, in shaa Allah.

Tahniah buat Sadiq Khan sebagai Datuk Bandar London yang baharu. Semoga Allah jua yang membuka lembaran kejayaan dan sinar keimanan buat negara The Great Britain ini.

COMMENTS

BLOGGER: 22
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sadiq Khan Datuk Bandar Muslim Pertama London
Sadiq Khan Datuk Bandar Muslim Pertama London
Sadiq Khan memenangi pilihanraya sebagai Datuk Bandar beragama Islam pertama di kota London dan sejarah politik ibu negara barat,
https://4.bp.blogspot.com/-yZuinaGFVak/VzAUjQXeCiI/AAAAAAAAMUw/xJbVNGMIT-Q3JAJKmlPzxIdvOwEdk-DUwCLcB/s640/sadiq-khan-datuk-bandar-london.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-yZuinaGFVak/VzAUjQXeCiI/AAAAAAAAMUw/xJbVNGMIT-Q3JAJKmlPzxIdvOwEdk-DUwCLcB/s72-c/sadiq-khan-datuk-bandar-london.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/sadiq-khan-datuk-bandar-muslim-pertama.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/sadiq-khan-datuk-bandar-muslim-pertama.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy