Sejarah Kopi Dalam Tamadun Islam

Sejarah kopi dalam tamadun Islam,

Bagi sesetengah orang, satu hari belum terasa lengkap jika tidak minum secawan kopi. Apatah lagi jika memang pencinta kopi tegar. Hakikatnya, kopi adalah minuman 'universal' yang digemari pelbagai lapisan masyarakat. Ramai beranggapan kopi adalah resepi minuman yang dibawa dari budaya Barat. Namun, sejarah kopi sebenarnya berakar umbi dari tanah Arab oleh umat Islam yang akhirnya menjadi minuman kegemaran di seluruh dunia.

Sejarah kopi dan tamadun Islam

Sejarah Kopi Dan Dunia Islam


Sejarah tentang kopi berdasarkan sumber John Mchugo dalam bukunya ‘A Concise History of the Arabs’, negara Yaman disebut sebagai tempat pertama yang membudayakan minuman kopi. Sejak sekitar abad ke-11, kopi sudah terkenal di benua Arab seluruhnya.

Istilah kopi bermula daripada perkataan Arab iaitu qalwah atau qaha yang merujuk kepada maksud ‘tiada kelaparan’ disebabkan kopi mampu mengurangkan selera makan. Ada juga yang memberi erti qalwah dengan maksud 'kuat' kerana ia mampu membekalkan tenaga tambahan kepada peminumnya.

Tatkala keenakan kopi sampai ke Turki, orang Turki menamakannya sebagai 'kahveh'. Ia kemudiannya diserap menjadi 'koffie' menurut istilah Belanda dan 'coffee' bagi bangsa Inggeris. Masyarakat Eropah terdahulu mengatakan kopi sebagai minuman terkenal dari Arab sehingga digelar “Grapes of the Islamic Civilisation” (anggur dunia Islam).

Kopi Minuman Kegemaran Ahli Sufi


Kopi pada fakta sejarah juga merupakan minuman kegemaran ahli sufi. Syaikh Ibnu Ismail Ba’alawi, seorang ahli sufi mengatakan bahawa kopi membantu manusia memberi lebih tumpuan ketika beribadah sepanjang malam. Malah ramai ulama membincangkan tentang kopi yang mampu membuatkan hati rasa tenang dan lebih fokus beribadah.

Antara ahli sufi yang menyanjungi kopi dalam catatan sejarah Islam adalah Abu Bakr bin Abdullah al-Idrus, Abdurrahman bin Aliy, Syeikh bin Ismail, Ahmad bin Alawi Bajahdab, Abu Bakr bin Salim dan ramai lagi. Sanjungan mereka menghasilkan bait-bait syair indah, malah turut menulis lagu qasidah sebagai menghargai nikmat keenakan dan khasiat kopi.

Sejarah kopi dan tamadun Islam

Justeru, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa budaya minum kopi itu bermula di Barat adalah tidak benar. Cuma pada hari ini, kebanyakan pengusaha-pengusaha kopi dimonopoli pihak barat dengan resepi dan citara yang diperkaya dari masa ke semasa. Citarasa dan resepi ketamadunan Islam yang mereka hargai, akhirnya lebih dikenali sebagai salah satu minuman citarasa tinggi budaya Barat, wallahualam.

COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sejarah Kopi Dalam Tamadun Islam
Sejarah Kopi Dalam Tamadun Islam
Sejarah kopi dalam tamadun Islam,
https://4.bp.blogspot.com/-rg0L-tTHSSI/VyeQjqIn_SI/AAAAAAAAMQs/ClX-uc1TxvkoMmrfJhVBfzo_5-DjfkVJwCLcB/s640/Qohwah.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-rg0L-tTHSSI/VyeQjqIn_SI/AAAAAAAAMQs/ClX-uc1TxvkoMmrfJhVBfzo_5-DjfkVJwCLcB/s72-c/Qohwah.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/sejarah-kopi-dalam-tamadun-islam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/sejarah-kopi-dalam-tamadun-islam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy