Semangat Harimau Selatan Di Musim Cuti Sekolah

Santai di Padang Sri Gelam, lokasi latihan bola sepak Pasukan JDT, Harimau Selatan, Home of Southern Tigers,

Musim cuti sekolah pastinya ramai mempunyai pelbagai rancangan. Kebetulan saya ada majlis perkahwinan saudara di JB. Cuma sayang, puan Mem menyusul kemudian disebabkan perlu menemani anak ke 3 menghadiri program UPSR-DIDIK yang diadakan pada tarikh sama. Justeru, atas permintaan anak-anak, kami singgah ke Dataran Bandaraya Johor Bahru… santai bergambar di Padang Sri Gelam, lokasi latihan pasukan bola sepak Harimau Selatan… :)

Harimau Selatan, Southern Tigers,

Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim


Siapa peminat JDT?... Maklumlah, saya dilahirkan di Johor Bahru dan membesar di Pontian sehinggalah mencecah usia 18 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun semenjak itu terus menetap di Selangor sehingga kini, namun jika melibatkan bola sepak tempatan, pastilah kena beri sokongan kepada pasukan JDT… tanah kelahiran, tempat tumpahnya darah ku.     

Berbeza dengan anak-anak yang semuanya dilahirkan di Selangor. Mereka boleh memilih pasukan feveret sama ada The Red Giants atau Southern Tigers. Disebabkan selalu pulang ke Johor setakat ini membuatkan mereka terdorong memilih JDT sebagai pasukan feveret. Ibu bapa hometown Johor, kenalah dia orang ikut hehee... :D

Southern Tigers, Harimau Selatan, JDT,

Kenangan Johor Dan Bola Sepak Tanah Air


Sebenarnya agak lama saya tidak mengikuti perkembangan bola sepak. Kali terakhir sebagai penyokong tegar sewaktu di sekolah menengah. Permulaan mendapat izin ibu bapa menyaksikan beberapa perlawanan di stadium Larkin. Masih segar dalam ingatan, sewaktu pasukan Johor berada dalam prestasi cemerlang. Sekitar 1991 pasti mengimbau nama-nama seperti Ervin Boban atau Alistair Edward... paling teruja bila dapat bersalam pada sesi bersama peminat ketika itu… teruja.

Setelah meningkat dewasa, berhijrah melanjutkan pelajaran dan merantau ke pelbagai tempat hinggalah bermastautin di Selangor, saya kurang mengikuti perkembangan bola sepak kecuali World Cup. Namun, apabila anak meningkat dewasa… angin bola sepak muncul kembali. Pengaruh allahyarham atuk mereka yang merupakan bekas pemain dan peminat bola sepak, juga penyokong tegar JDT sejak dulu. Itulah... pengaruh atuk sebenarnya lebih kuat dari ayah huhu.    

Kelab Anak Bangsa Johor Di Perantauan


Saya berkesempatan berbual bersama ‘old timer bola’, rakan allahyarham bapa yang lama tidak berjumpa. Selain perkhabaran, pelbagai topik juga dikongsi termasuk informasi terkini tentang penubuhan Kelab Anak Bangsa Johor Di Perantauan yang bakal diusahakan. Menarik... peluang menambah kenalan dan silaturrahim kepada bangsa Johor di Perantauan.

Harimau Selatan, Southern Tigers, JDT,

Apa pun, bila melihat infrastruktur persediaan Pasukan JDT sememangnya nampak komitmen besar yang berbeza berbanding dahulu. Seronok melihat perkembangan yang berlaku hasil usaha pelbagai pihak dengan sokongan padu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim sendiri. Semoga JDT terus sukses… Luaskan Kuasamu!.. aauummm.

Semangat Harimau Selatan di musim cuti sekolah... mengabadikan coretan buat tatapan masa-masa mendatang. Semoga menjadi antara kenangan berharga ceria sekeluarga, in shaa Allah.
     

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Semangat Harimau Selatan Di Musim Cuti Sekolah
Semangat Harimau Selatan Di Musim Cuti Sekolah
Santai di Padang Sri Gelam, lokasi latihan bola sepak Pasukan JDT, Harimau Selatan, Home of Southern Tigers,
https://4.bp.blogspot.com/-ZqHsJOXmXWI/V0xHDb75aGI/AAAAAAAAMg8/lCxxSaEvIlIXGCDRhdTnScOBt52r7wQNACLcB/s640/JDT%2Bsupporters.JPG
https://4.bp.blogspot.com/-ZqHsJOXmXWI/V0xHDb75aGI/AAAAAAAAMg8/lCxxSaEvIlIXGCDRhdTnScOBt52r7wQNACLcB/s72-c/JDT%2Bsupporters.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/semangat-harimau-selatan-di-musim-cuti.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/semangat-harimau-selatan-di-musim-cuti.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy