Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan

Tips motivasi Zig Ziglar, 10 langkah untuk mencapai kejayaan,

Tertarik dengan perkongsian yang dibaca di laman web success.com tentang 10 langkah penting untuk merealisasikan kejayaan oleh pakar motivasi dan usahawan terkenal Zig Ziglar. Justeru terpanggil untuk menterjemah dan mencatatkan pengisiannya sebagai perkongsian bermanfaat juga rujukan sokongan bagi sesi motivasi yang saya jalankan nanti.

Tips Motivasi Zig Ziglar Untuk Mencapai Kejayaan


Zig Ziglar, motivasi kejayaan,

Menurut Zig Ziglar, seorang yang mempunyai perancangan dan persediaan rapi dalam setiap usaha yang dilakukan pasti beroleh kebarangkalian kejayaan sangat tinggi. Kita perlu mengenalpasti kualiti yang ingin dicapai agar kejayaan dapat direalisasikan sebaiknya. Walaupun adakalanya kejayaan tidak mencapai seperti yang dihasratkan, tetapi ia pasti membuka jalan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kegagalan.

Tidak kira apa jua misi kejayaan yang ingin anda capai sama ada menurunkan berat badan, sukses dalam pembelajaran, memperoleh kenaikan pangkat, mendapatkan rumah idaman atau percutian impian, anda boleh mendapatkannya jika mempunyai perancangan dan persediaan menjayakannya.

Berikut 10 langkah penting agar kejayaan yang anda inginkan tercapai, in shaa Allah


1. Bina asas yang kukuh
Perkara paling utama ialah perlunya kita bina asas modal insan yang kukuh bermula dari diri sendiri. Kejujuran, karekter diri, integriti, kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap apa yang ingin dilakukan. Asas yang kukuh akan memberikan ruang yang mantap dalam mencapai apa yang dicitakan.

2. Cipta komitmen diri
Apa jua falsafah dan ilmu yang dipelajari tidak akan membantu mencapai apa yang kita inginkan sekiranya kita tiada komitmen untuk menjayakannya. Ibarat falsafah dari Mary Crowley, “Seorang yang mempunyai komitmen menyamai 100 orang yang hanya sekadar minat sahaja”.

3. Buat pecahan (breakdown) misi impian
Langkah penting yang memerlukan kesabaran dan istiqamah adalah dengan menggariskan pecahan jangka pendek dan panjang komitmen yang perlu anda lakukan. Sentiasa pastikan dari masa ke semasa perkembangan yang berlaku dengan inisiatif penambahbaikan mengikut kesesuaian.

4. Visualisasi impian seperti dapat melihat kenyataannya
Perkara ini dipersetujui oleh kesemua mereka yang berjaya. Sebelum anda merancang impian, pastikan anda dapat melihat visual minda tentang kejayaan tersebut. Ia umpama melihat diri anda menerima kepujian dipentas jika anda ingin berjaya dalam pelajaran. Sekiranya impikan rumah idaman, anda boleh melihat visual minda rumah tersebut secara terperinci tentang harga, lokasi, keluasan, bilik dan segala yang terkait dengannya. Ia seharusnya sesuatu yang nyata dan dapat dinyatakan.

5. Pastikan diri anda layak terhadap impian anda
Displin diri adalah tunjang bagi memastikan diri anda layak untuk mencapai impian tersebut. Sekiranya anda berhasrat menjadi seorang usahawan, sentiasa berusaha untuk memastikan diri anda layak sebagai usahawan berdasarkan ilmu pengetahuan dalam bidangnya. Displinkan diri dan progres rancangan adalah perkara melayakkan diri ke arah kejayaan.

6. Bersedia terhadap perubahan dan sebarang kemungkinan
Sentiasa pastikan membuat sebarang keputusan dengan berhati-hati dan bersedia mengubah haluan rancangan sekiranya terdapat sebarang kemungkinan yang menghalang impian. Mengubah strategi walaupun berbeza dari sebelumnya tidak bermaksud mengubah impian tetapi adalah usaha tanpa mengenal erti putus asa merealisasikan kejayaan yang diimpikan.

7. Nyatakan hasrat kepada orang lain
Perlu bagi anda memberitahu kepada orang lain matlamat impian sebagai komitmen mencapainya. Ia juga sebagai persediaan memperkasa diri menempuh kejayaan bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Pastinya ada yang memberi galakan dan tidak kurang juga kesangsian terhadap apa yang ingin anda capai, dan ia adalah cabaran sihat buat diri untuk menjayakannya.

8. Jadilah ‘team player’ dalam skop yang besar
Setiap individu yang berjaya pasti menyatakan bahawa kunci kejayaan adalah dengan membantu orang lain berjaya. Kita perlu membina kesanggupan dan keikhlasan diri membantu insan lain atas jalan yang semampunya.

9. Tulis impian anda
Tulis matlamat impian anda kerana setiap progres yang dicapai membantu membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar dimasa mendatang. Pastikan juga anda tulis jurnal kejayaan yang dicapai sama ada dalam diari perjalanan merealisasikan misi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan.

10. Sentiasa bermuhasabah diri
Apa yang anda perolehi dalam destinasi kejayaan pasti akan menjadikan siapa sebenarnya diri anda dalam kehidupan ini. Sekiranya tindakan anda baik, maka baiklah interpretasi kejayaan tersebut buat diri anda dan begitu juga sebaliknya. Sentiasa mengkaji semula setiap langkah yang telah dilakukan. Kejayaan melalui tindakan yang baik adalah kemenangan buat diri anda.

Zig Ziglar, motivasi kejayaan,

Marilah Kita Menuju Kejayaan


Semoga coretan yang baik dari perkongsian antara insan yang terbukti sudah berjaya ini dapat dijadikan panduan semangat yang bermanfaat demi merealisasikan kejayaan diri dalam kerjaya juga kehidupan. Semoga Allah jua yang memberkati setiap usaha yang kita lakukan dengan sepenuh kejayaan di dunia dan juga akhirat… aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan
Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan
Tips motivasi Zig Ziglar, 10 langkah untuk mencapai kejayaan,
https://3.bp.blogspot.com/-tuefzOzUFCA/Vzssz-LcWfI/AAAAAAAAMWY/FIvO8wXa1bw2nBM2rUn4ivQfzBogyv_fACLcB/s640/Zig%2BZiglar.png
https://3.bp.blogspot.com/-tuefzOzUFCA/Vzssz-LcWfI/AAAAAAAAMWY/FIvO8wXa1bw2nBM2rUn4ivQfzBogyv_fACLcB/s72-c/Zig%2BZiglar.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/05/tips-10-langkah-penting-untuk-mencapai.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/05/tips-10-langkah-penting-untuk-mencapai.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy